omniture

Sinopec Capital Ramal Berakhir "Era Pembakaran" dan Masa Depan Lebih Hijau Didominasi Kenderaan Elektrik

Sinopec Group
2019-01-21 23:46 761

BEIJING, 21 Januari 2019 /PRNewswire/ - China Petrochemical Corp (Sinopec Group) hari ini mengumumkan bahawa Huang Wenshang, Pengerusi bahagian Pelaburan Sinopec, menyampaikan ucaptama pada 13 Januari di Forum China EV100 2019.

Sokong teknologi baru muncul untuk 'melangkaui era pembakaran'

Semasa ucaptama, bertajuk "Masa Depan Di Sini," Huang menangani beberapa isu mendesak yang dihadapi industri tenaga dan menggesa "revolusi dalam penghasilan dan penggunaan tenaga" untuk menghentikan kesan pemanasan global dan ancamannya terhadap kehidupan. Huang mendesak umat manusia untuk "melangkah melepasi 'era pembakaran', tidak menggunakan bahan bakar fosil, menerima pakai elektrifikasi dan berusaha ke arah masa depan yang lebih hijau di mana kenderaan elektrik menguasai jalan raya di bandar-bandar."

Untuk menangani perubahan iklim, Perjanjian Paris menyasarkan untuk mempertingkatkan suhu purata global di bawah 2 darjah celcius di atas paras pra-industri dan untuk menghadkan peningkatan kepada 1.5 darjah celcius. Untuk mencapai sasaran sedemikian, Huang berhujah, manusia perlu beralih kepada bentuk baharu penggunaan tenaga yang bersih, hijau, selamat, cekap dan mampan.

Berakhirnya enjin pembakaran dan masa depan tenaga baharu semakin hampir

"Usul saya, 'Crossing the Burning Era', didasarkan pada kesan yang mendalam setiap revolusi dalam pengeluaran dan penggunaan tenaga pada aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial. Elektrifikasi, hasil kemajuan dalam penyimpanan tenaga yang telah meningkatkan kecekapan penggunaan elektrik , mempunyai potensi untuk menjadi revolusi tenaga yang seterusnya. Oleh itu, kami meramalkan bahawa penerimaan dan penggunaan elektrifikasi akan meningkat,"kata Huang.

Menekankan sifat-sifat teknologi baharu yang disruptif, Huang meramalkan bahawa kenderaan elektrik - kini merangkumi kurang daripada 1 peratus kenderaan yang sedia ada - akan menggantikan kereta yang dikuasakan gas antara 2035 dan 2045. Ramalan ini berdasarkan analisa dalaman Sinopec Capital, kata Huang, memetik bahawa enjin bahan bakar hanya mengambil masa 30 tahun untuk melenyapkan kereta kuda dalam revolusi tenaga yang terdahulu.

Teknologi + Modal iringi ke arah masa depan yang lebih hijau

Berusaha mengekalkan kepimpinan dalam persekitaran perniagaan yang pesat berubah, Sinopec, penapis terbesar dunia, membuat taruhan strategik dalam industri baru muncul melalui Sinopec Capital, sebuah syarikat pelaburan yang baru ditubuhkannya. Jentera pelaburan yang baru diwujudkan komited untuk membina pelaburan jangka panjang dalam bidang seperti tenaga baharu, produk hijau, bahan canggih dan pembuatan pintar dan mencari peluang baharu melangkaui sektor tenaga untuk menggalakkan pembangunan silang industri bagi perniagaan bukan teras untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan melalui reformasi pemilikan campuran.

Sinopec Capital Co Ltd., ialah platform pelaburan yang ditubuhkan pada Julai 2018 dan berpangkalan di zon ekonomi Xiongan di Hebei. Dengan modal berdaftar sebanyak 10 bilion yuan, misi Sinopec Capital adalah untuk membina jentera pertumbuhan baharu untuk syarikat induk Sinopec, dengan membuat pelaburan jangka panjang dalam industri baru muncul seperti tenaga baharu dan produk hijau. Dengan memanfaatkan kekuatan Sinopec merentasi keseluruhan rantaian nilai perniagaan, Sinopec Capital akan berusaha mengenal pasti dan memupuk teknologi baharu dalam sistem tenaga China untuk mengubah industri menjadi sektor hijau, bersih, dan lebih mampan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://www.sinopecgroup.com/group/en 

 

Source: Sinopec Group
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities