omniture

UNISOC Berkolaborasi dengan Google Jalankan Pensijilan GMS, Singkatkan Tempoh ke Pasaran untuk Peranti Mudah Alih

UNISOC
2019-02-13 00:31 1073

SHANGHAI, 13 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai subsidiari utama Tsinghua Unigroup, UNISOC, salah sebuah syarikat reka bentuk cip yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan ia telah diberi kebenaran oleh Google untuk menjadi makmal pensijilan pihak ketiga, mengesahkan peranti GMS Express Plus dengan cipset UNISOC. Ini merupakan satu lagi pencapaian penting menerusi jalinan kerjasama berterusan UNISOC dengan Google sejak menyertai program Google GMS Express pada Disember 2017.

UNISOC komited untuk menyediakan pelanggan dengan produk-produk berkualiti dan penyelesaian siap guna yang amat berkesan kos dan menjimatkan masa, termasuk perisian Android™ pra-uji, pra-diperakui dan serasi sepenuhnya, Google Mobile Service (GMS) dan pelbagai suit ujian Android (CTS, GTS, VTS, CTS/GSI, BTS, STS, ITS dan sebagainya). Sebagai pemberi pensijilan GMS 3PL, UNISOC akan berupaya memudahkan proses pensijilan keserasian dengan ketara, memendekkan tempoh masa untuk pelanggan OEM dan ODM, mempercepatkan pelancaran produk, seraya meningkatkan daya saing pasaran keseluruhan. Dalam masa yang sama, pelanggan akan turut menerima tampalan keselamatan yang kerap bagi mengurangkan risiko penggodaman peranti.

UNISOC menggabungkan kekuatan reka bentuk cip uniknya dengan program Google GMS Express untuk mempercepatkan proses pelancaran produk-produk terminal pintar untuk pembuat peranti global dan memberikan pengalaman Android yang selamat dan pintar kepada pengguna akhir.

* Google dan Android ialah tanda dagangan Google Inc.

Latar Belakang UNISOC
Sebagai subsidiari utama Tsinghua Unigroup, UNISOC merupakan sebuah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi yang terkemuka, komited terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) bebas untuk cipset teras dalam komunikasi mudah alih serta IoT. Produk-produknya mencakupi platform cipset mudah alih yang menyokong piawaian komunikasi 22G / 3G / 4G/5G. Dengan lebih 4,500 kakitangan, 14 pusat R&D dan 8 pusat sokongan pelanggan di seluruh dunia (setakat Januari 2018), UNISOC berdedikasi untuk menjadi antara tiga pembekal cipset jalur asas mudah alih terkemuka di dunia, dari segi bahagian pasaran global dan pembekal pan-cip terbesar di China menerusi teknologi 5G yang utama.

Source: UNISOC
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors Licensing/marketing agreements