omniture

CIFF ke-43 labuh tirai setelah jadi tuan rumah untuk sekitar 300,000 pengunjung profesional

CIFF
2019-04-22 10:08 530

GUANGZHOU, China, 22 April 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (Guangzhou) (CIFF) kali ke-43, yang dilihat oleh pemerhati-pemerhati industri sebagai suatu kejayaan hebat, melabuhkan tirainya pada 31 Mac lalu. Pameran tersebut diadakan dalam dua fasa, dari 18 hingga 21 Mac dan dari 28 hingga 31 Mac, menghimpunkan 4,344 pempamer serta menjadi tuan rumah kepada kira-kira 300,000 pembeli dan juga pengunjung profesional seluruh dunia.

2434713-1
2434713-1

CIFF, platform pilihan penampilan sulung produk baharu sehenti untuk perniagaan, direka bagi mencipta peluang kepada pempamer yang ingin melancarkan produk baharu atau memasarkan produk di dalam mahupun di luar China.

Zon pameran perabot dikhususkan untuk pembaikan rumah mempamerkan pelbagai produk baharu daripada jenama-jenama reka bentuk asli, pengeluar-pengeluar yang terkenal di peringkat antarabangsa serta usahawan-usahawan baru muncul dalam bidang barangan rumah.

Bahan pameran di kawasan aksesori rumah dan tekstil meliputi rangkaian lengkap daripada produk baharu untuk hiasan latar belakang kepada suit perabot untuk projek-projek pembentukan semula berskala penuh bagi tujuan mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang menginspirasikan di rumah keluarga.

Dalam zon pameran kelengkapan luar rumah, pengunjung meninjau-ninjau antara barisan produk yang merupakan gabungan gaya hiasan antara Timur dan Barat untuk keluarga yang ingin melengkapkan laman belakang rumah atau teres mereka dengan bergaya.

Zon pameran perabot dan aksesori pejabat menggabungkan tema-tema baharu yang semakin popular dalam seluruh sektor tersebut seperti penjagaan kesihatan dan warga tua, perabot hospitaliti dan dalaman selain pameran kemudahan pejabat konvensional.

Zon pameran yang direka untuk jentera dan peralatan memberi tumpuan pada aplikasi baharu selain pembangunan teknologi pintar yang berkaitan dengan industri tersebut, memberi peluang kepada pengunjung untuk memperoleh gambaran menyeluruh tentang trend yang berlaku di seluruh dunia perabot melalui bahan pameran daripada jenama-jenama yang kukuh di peringkat antarabangsa, di samping beberapa persidangan dan juga forum keluaran produk.

CIFF, selaku pentas untuk pelancaran produk baharu, menonjolkan 25 daripada produk asli dan paling berpandangan jauh yang dipamerkan di zon ciri acara tersebut yang bertajuk Bahan Pameran Produk serta Perabot Isi Rumah Baharu dan Terkini.

CIFF juga merupakan pilihan utama jenama-jenama global mewah yang ingin mewujudkan suatu segmen khusus dalam pasaran China yang amat kompetitif. Zon pameran sulung untuk bahan pameran mewah dan diimport diwujudkan bagi menampung keperluan pempamer-pempamer luar negara.

CIFF menghimpunkan beberapa jenama asli. Beberapa peneraju dalam bidang berkenaan, antaranya Wen Hao, Zhu Xiaojie, Hou Zhengguang, Chen Xiangjing dan Chai Xiaodong, mengadakan pembentangan tentang trend-trend baharu dalam sektor perabot Cina.

Sorotan reka bentuk yang mengagumkan dan pelbagai, kelebihan perniagaan yang dipertingkat serta pengalaman perkhidmatan yang dinaik taraf secara komprehensif, antara sentuhan baharu yang lain, membolehkan pempamer dan juga pengunjung pulang dengan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190412/2434713-1

Source: CIFF
Keywords: Furniture & Furnishings Household/Consumer/Cosmetics Trade show news