omniture

Bradesco - Keputusan pada Suku Pertama 2019

Banco Bradesco S.A.
2019-04-27 23:21 256

SAO PAULO, 27 April 2019 /PRNewswire/ -- Angka-angka utama yang dicapai oleh Bradesco (BM&FBovespa: BBDC3; BBDC4, NYSE: BBD) ditunjukkan di bawah:

1. Pendapatan Bersih Berulang pada suku pertama mencatatkan R$6.2 bilion, meningkat 7% berbanding suku tahun sebelumnya dan 22.3% berbanding suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya, mewakili R$2.83 sesaham dengan keuntungan terakru pada suku tahun ini berbanding Ekuiti Pemegang Saham sebanyak 20.5%.  

2. Pendapatan Operasi pada suku pertama mencatatkan sebanyak R$8.9 bilion, meningkat 3.1% berbanding suku tahun sebelumnya dan 15.6% berbanding suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya.

3. Pendapatan Bersih Bradesco Seguros pada suku pertama mencatatkan sebanyak R$1.8 bilion, meningkat 1.8% berbanding suku tahun sebelumnya dan 16.1% berbanding suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya. Nisbah Tuntutan mencecah 68.5%, satu peningkatan sebanyak 190 bps berbanding suku tahun sebelumnya manakala Nisbah Tergabung mencecah 80.3%, meningkat 50 bps berbanding suku tahun sebelumnya.

4. Jumlah Aset mencatatkan baki sebanyak R$1.388 trilion pada Mac 2019, meningkat 0.2% berbanding suku tahun sebelumnya. Pulangan untuk Purata Aset Keseluruhan ialah 1.8%.

5. Portfolio Pinjaman Diperluas pada Mac 2019 mencecah R$548.3 bilion, meningkat 3.1% berbanding suku tahun sebelumnya dan 12.7% berbanding tahun sebelumnya.

6. Pendapatan Faedah Bersih berjumlah R$14.1 bilion, meningkat 4.2% berbanding suku tahun sebelumnya dan penguncupan 4.7% berbanding suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya.

7. Pada suku pertama, Delikuensi lebih 90 hari mencecah 3.3%, satu peningkatan sebanyak 20 bps berbanding suku tahun sebelumnya dan 110 bps berbanding tahun sebelumnya, membolehkan pengurangan relevan sebanyak 8.4% terhadap Perbelanjaan Peruntukan Kerugian Kredit berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

8. Bayaran dan Pendapatan Komisen meningkat 2.4 berbanding tahun sebelumnya dan menguncup 4.3% berbanding suku tahun sebelumnya.

9. Aset Bawah Pengurusan mencecah R$2.205 trilion, meningkat 1.1% berbanding suku tahun sebelumnya dan 8.1% berbanding pada suku pertama tahun 2018.

10. Pada Mac 2019, Ekuiti Pemegang Saham berjumlah R$126.674 bilion, meningkat 4.6% berbanding suku tahun sebelumnya dan mengalami pertumbuhan 11.3% berbanding pada Mac 2018.

11. Nisbah Basel Tahap I ialah 14.4% pada Mac 2019, meningkat 70 bps berbanding suku tahun sebelumnya.

Pembentangan Panggilan Persidangan Penyiaran Pendapatan, Laporan tentang Analisis Ekonomi dan Kewangan serta Penyata Kewangan Lengkap disediakan di laman sesawang Perhubungan Pelabur - bradesco.com.br/ir-en.

MAKLUMAT LANJUT:
Bahagian Perhubungan Pelabur
Tel.: +55 (11) 2194-0922
e-mel: investors@bradesco.com.br

Source: Banco Bradesco S.A.
Related Stocks:
NYSE:BBD NYSE:BBDO SaoPaulo:BBDC3 SaoPaulo:BBDC4
Keywords: Banking/Financial Service Conference call announcements Earnings