omniture

Serlahkan Yang Terbaik daripada Hiburan India kepada Dunia: ZEE5 Global Perkenal Kandungannya dalam 5 Bahasa Antarabangsa Baharu

ZEE5
2019-04-29 12:05 328

Platform OTT pertama seumpamanya sesuaikan kandungan India untuk audiens global pada skala ini

BALI, Indonesia, 29 April 2019 /PRNewswire/ -- Pada tahun 1994, ZEE Entertainment Enterprises Limited menjadi syarikat kandungan India pertama untuk menembusi pasaran antarabangsa. 25 tahun kemudian, hari ini, platform hiburan digitalnya ZEE5 mengambil langkah besar ke hadapan bagi menjadi platform OTT pertama seumpamanya yang menawarkan kandungan India yang disesuaikan untuk audiens arus perdana dalam pasaran-pasaran secara begitu meluas.

ZEE5 Global unveils its content in 5 New International
ZEE5 Global unveils its content in 5 New International
Archana Anand, Chief Business Officer, ZEE5 Global
Archana Anand, Chief Business Officer, ZEE5 Global
Amit Goenka, CEO, ZEE International and Z5 Global
Amit Goenka, CEO, ZEE International and Z5 Global

 

Minat yang amat tinggi terhadap Rancangan TV Bollywood dan India tidak terhad kepada penduduk India atau warga Asia Selatan di luar negara; ia merentas audiens dan juga sempadan. Meneruskan misinya untuk menjadikan kandungan India terbaik dapat diakses dengan mudah, bukan sahaja untuk penduduk Asia Selatan tetapi juga untuk audiens arus perdana di seluruh dunia, hari ini ZEE5 Global mengumumkan bahawa kini ia akan menawarkan kandungannya dalam 17 bahasa, dengan tambahan 5 bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Thai, Bahasa, Bahasa Jerman dan Bahasa Rusia, dengan lebih banyak bahasa akan ditambah dari masa ke masa. Dengan ini, ZEE5 Global terus menekankan komitmennya untuk membawakan audiensnya yang berada di merata tempat, dengan hiburan terbaik dalam bahasa pilihan mereka.

Pengumuman ini dibuat oleh Archana Anand, Ketua Pegawai Perniagaan-ZEE5 Global di APOS 2019 (Sidang Kemuncak Pengendali Video Asia Pasifik) di Bali, Indonesia semasa sesi beliau tentang 'INDIA: OTT PACU CITA-CITA TANPA SEMPADAN'.

Mengulas tentang pengumuman ini, Amit Goenka, Ketua Pegawai Eksekutif, ZEE International dan Z5 Global berkata, "Dengan memperkenalkan bahasa-bahasa baharu ini, ZEE5 terus mempercepatkan usahanya untuk menjadi pengusaha yang benar-benar bersifat global. Ketika kami melangkah ke hadapan menerusi peluasan global kami, kami akan meneruskan usaha kami bukan sahaja untuk mengukuhkan dan meluaskan katalog kandungan kami tetapi juga dengan menambah bahasa-bahasa baharu. Ini bukan sahaja dapat membuka platform kepada penonton arus perdana yang lebih luas, tetapi juga membolehkan kami meluaskan perkongsian kami ke seluruh dunia dengan pantas." 

Dengan menekankan pengumuman tersebut, Archana Anand turut memperkenalkan kempen ZEE5 'Extreme Emotion' yang menghidupkan keghairahan, drama dan aksi ekstrem yang digambarkan dalam kandungan hiburan India yang menjadikannya begitu digemari di seluruh dunia. Bermula dengan adegan drama yang ekstrem dan tegang kepada adegan romantis yang berlebihan, komedi keterlaluan dan adegan berlawan yang pantas, kempen ini merangkumkan intipati sebenar daripada semua elemen yang menjadikan hiburan India amat menggamit perhatian. 

Archana Anand, Ketua Pegawai Perniagaan, ZEE5 Globalberkata, "India ialah negara yang amat rancak dan berwarna warni. Di sini, setiap emosi dihidupkan dan diekspresikan sepenuhnya, dan filem serta cerita kami dapat menyelami kerancakan ini. Segala yang terbaik daripada filem dan cerita ini adalah apa yang kami bawakan kepada anda di ZEE5. Sebagai penglipur lara, menjadi tugas kami untuk menceritakan kisah yang hebat dan berkongsi cerita tersebut bersama audiens yang akan menikmatinya tanpa mengira di mana mereka berada atau bahasa yang mereka tuturkan. Menerusi kandungan kami yang kini turut tersedia dalam Bahasa Thai, Bahasa, Bahasa Melayu, Bahasa Rusia dan Bahasa Jerman, kami berharap dapat memupuk hubungan yang semakin mendalam bersama penonton kami dalam pasaran-pasaran ini."

Pengenalan kempen 'Extreme Emotion' telah didahului oleh beberapa iklan acah yang diikuti dengan ketibaan delegasi APOS di Bali – daripada Papan Iklan Manusia sepanjang laluan indah dari Lapangan Terbang ke Hotel yang mengajak orang ramai untuk 'ketawa, menangis, menjerit dan bersorak, namun lebih rancak berbanding sebelum ini', kepada penjenamaan lapangan terbang inovatif, beg cenderahati bertema yang menarik, kepada pelbagai makanan dengan perisa ekstrem citarasa India, kesemuanya mencapai kemuncaknya dalam video pengenalan yang rancak. Klik di sini untuk menonton video.

ZEE5 boleh dimuat turun daripada Google Play Store/ iOS App Store dan juga di www.ZEE5.com. Aplikasi tersebut turut tersedia di Samsung Smart TV, Apple TV Android TV dan Amazon Fire TV.

Perhubungan Akhbar:

Cik Rashmi Punshi

Rashmi.Punshi@zee.esselgroup.com

+91-98202-98575

Cik Louane Simone Rodrigues

Louane.Rodrigues@zee.esselgroup.com

+91-78754-98111

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/808397/ZEE5_Logo.jpg

Imej: https://mma.prnewswire.com/media/877229/ZEE5_5_New_Languages.jpg

Imej: https://mma.prnewswire.com/media/818490/Archana_Anand_ZEE5_Global.jpg

Imej: https://mma.prnewswire.com/media/818489/Mr_Amit_Goenka.jpg

Source: ZEE5
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Television New products/services