omniture

Diversified Peroleh Rutledge AV, Lancar dalam Pasaran Australia

Diversified
2019-05-01 07:00 248

Telah bertapak kukuh di EMEA dan APAC, pemerolehan terus perluas jejak global Diversified.

KENILWORTH, New Jersey, 1 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Diversified, penyedia penyelesaian teknologi global yang terkemuka, mengumumkan pemerolehan Rutledge AV. Sebagai penyepadu utama di Australia, kumpulan pelanggan yang mantap dan rekod prestasi perkhidmatan teladan Rutledge AV membolehkan Diversified menyediakan sokongan setempat kepada pelanggan dan keyakinan untuk menyediakan piawaian yang menyebabkan mereka dikenali di benua Amerika, EMEA dan APAC.

"Saya amat teruja atas usaha ini, meluaskan keupayaan kami ke dalam pasaran Australia dan menjadi rakan kongsi teknologi global yang sebenar untuk pelanggan kami," kata Fred D'Alessandro, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Diversified. "Pasukan Rutledge dan semuanya yang dibina oleh mereka merupakan bukti kekuatan mereka sebagai sebuah organisasi dan sinergi budaya kami, sentiasa menjadi faktor penentu utama, yang menjanjikan pertumbuhan dan juga peluang berterusan."

Ditubuhkan daripada permulaan sederhana pada tahun 1979 oleh Michael dan Sandy Rutledge, Rutledge AV berkembang menjadi pakar penyepaduan AV terbesar di Australia yang mempunyai pejabat-pejabat di tujuh negeri dan wilayah serta lebih 350 ahli profesional AV. "Saya amat berbesar hati kerana telah menemui lokasi sempurna untuk sesuatu yang menjadi kerjaya sepanjang hayat saya," kata Michael Rutledge. "Saya dan Sandy berharap dapat melihat syarikat ini terus berkembang maju sebagai sebahagian daripada keluarga Diversified."

Kevin Collins, Presiden Diversified mengulas, "Penerimaan Rutledge ke dalam keluarga Diversified merupakan satu pencapaian besar.  Saya berbangga menjadi sebahagian daripada pencapaian ini. Sebahagian besar daripada pertumbuhan antarabangsa strategik kami membawa telah kami ke tahap ini, yang mana kini kami telah menubuhkan entiti-entiti dalam hampir kesemua benua di seluruh dunia. Paling penting, kami telah berada di tahap ini melalui jalinan kerjasama dengan organisasi-organisasi berkemahiran tinggi yang berkongsi nilai dan minat yang sama dengan kami untuk penyelesaian teknologi generasi seterusnya."

Andrew Morrice, Ketua Pegawai Eksekutif Rutledge AV menambah, "Kami amat teruja menjadi sebahagian daripada Diversified. Penggabungan ini merupakan pilihan logik dengan pelbagai persamaan antara perniagaan kami dan pendekatan inovatif Diversified ke atas industri perkhidmatan teknologi. Kami tidak sabar-sabar untuk mula bekerjasama sebagai sebuah pasukan."

Rutledge AV akan beroperasi sebagai subsidiari milik penuh Diversified, terus menjadi rakan kongsi dipercayai untuk pelanggannya di samping memperkenalkan portfolio tawaran Diversified dan memberi nilai tambahan untuk organisasi mereka. Andrew Morrice dan pasukannya akan memimpin usaha peluasan Diversified ke Australia, lalu membantu memulakan operasi syarikat di wilayah ini.

Latar Belakang Diversified

Diversified ialah penyedia penyelesaian teknologi global terkemuka yang menyediakan suit penyelesaian komprehensif yang menghubungkan perusahaan-perusahaan hari ini kepada pasaran global. Ketahui lebih lanjut di www.diversifiedus.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/713415/Diversified_Logo.jpg

Source: Diversified
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers