omniture

Hikvision umum keputusan kewangan setahun-penuh 2018 dan suku pertama 2019

Hikvision
2019-05-05 12:56 644

HANGZHOU, China, 5 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Hikvision, pembekal produk dan penyelesaian keselamatan yang inovatif yang terkemuka di dunia, mendedahkan keputusan kewangan setahun-penuh 2018. Keputusan tahunan ini menunjukkan jumlah pendapatan operasi sebanyak RMB 49.84 billon, sepadan dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 18.93%. Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat berjumlah RMB 11.35 bilion, sepadan dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 20.64%. 

Pada tahun 2018, jumlah pendapatan operasi dalam pasaran domestik adalah sebanyak RMB 35.65 bilion, dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 20.18%; manakala pendapatan operasi luar negara berjumlah RMB 14.19 bilion, dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 15.90%.

Data Perakaunan Utama


2018

2017

Perubahan 
Berbanding Tahun Sebelumnya 
(%)

Pendapatan Operasi (RMB)

49,837,132,481.61

41,905,476,572.07

18.93%

Keuntungan bersih boleh diagihkan
kepada pemegang saham Syarikat
                   (RMB)

11,352,869,241.32

9,410,855,084.82

20.64%

Keputusan secara keseluruhan adalah memuaskan walaupun dengan persekitaran pasaran yang rumit serta kelembapan dalam ekonomi domestik Cina.

Semasa tahun 2018, Hikvision terus meningkatkan bilangan pusat perniagaan peringkat wilayah domestik dan membuka lima subsidiari luar negara baharu serta beberapa pejabat cawangan baharu. Dengan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan pada masa depan, syarikat mengekalkan tahap tinggi pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kini menggaji lebih 16,000 jurutera R&D. Jumlah tenaga kerja bertambah 31% kepada sejumlah lebih 34,000 kakitangan.

Syarikat juga berjaya melancarkan teknologi, produk dan penyelesaian baharu. Antaranya, platform terbuka AI Hikvision terus diperkukuhkan bagi mempercepatkan penggunaan aplikasi pintar; kamera pintar siri DarkFighterX generasi baharu diperkenalkan untuk menyediakan lebih kejelasan dalam situasi yang sukar; manakala terminal pengecaman wajah yang dapat membantu meningkatkan operasi bangunan, pengurusan tenaga kerja dan operasi keselamatan; antaranya.  

Pada tahun 2018, Hikvision meneruskan pelaburannya dalam bidang perniagaan baharu. Perniagaan Kediaman Pintar EZVIZ menunjukkan pertumbuhan yang sihat dan keuntungan yang dikekalkan, manakala HikRobotics mula mencapai keuntungan. Pelaburan selanjutnya turut dibuat dalam perniagaan-perniagaan baharu yang lain seperti Barangan Elektronik Automotif Hikvision dan Storan Pintar Hikvision.

Hikvision turut mengumumkan keputusan kewangan suku pertamanya, menunjukkan jumlah pendapatan operasi sebanyak RMB 9.94 bilion, sepadan dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 6.17%. Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat adalah sebanyak RMB 1.54 bilion, menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 15.41%. Walau bagaimanapun, dengan kenaikan baru-baru ini dalam peluang-peluang perniagaan menerusi pasaran domestik dan pertumbuhan yang stabil dalam pasaran-pasaran luar negara, syarikat mempunyai pandangan yang positif terhadap suku kedua tahun 2019.

Untuk membaca versi penuh laporan kewangan setahun-penuh 2018, sila klik DI SINI.

Latar Belakang Hikvision

Hikvision ialah pembekal produk dan penyelesaian keselamatan yang terkemuka dunia. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) yang luas dan amat mahir, Hikvision mengeluarkan suit penuh produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran vertikal. Selain industri keselamatan, Hikvision meluaskan capaiannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan industri dan industri-industri elektronik automotif demi mencapai visi jangka panjangnya. Produk-produk Hikvision juga menyediakan kecerdasan perniagaan yang hebat untuk pengguna akhir, yang dapat mendayakan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited terhadap kualiti dan keselamatan terbaik untuk produk-produknya, Hikvision menggalakkan rakan-rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan oleh Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Source: Hikvision
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Earnings