omniture

Barry Sternlicht Umum Treehouse Hotels, Penuh Keajaiban Gaya Baharu

SH Hotels & Resorts
2019-06-10 08:00 90

Treehouse Hotels, jenama ikonik terbaru daripada Starwood Capital Group

Treehouse London dibuka Suku Keempat Tahun 2019

NEW YORK, 10 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Penggiat hotel yang berwawasan Barry Sternlicht, pengasas asal W Hotels, dan Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif Starwood Capital Group, firma pelaburan swasta global, sekali lagi membawa keajaiban dalam mencipta semula pengalaman hotel.

Sternlicht telah menerima banyak pengiktirafan untuk jenama hotel 1 Hotel dan Baccarat yang diilhamkan oleh alam semulajadi, yang masing-masingnya begitu menonjol di Anugerah Readers' Choice 2018 oleh Conde Nast Traveller. 1 Hotel South Beach, 1 Hotel Brooklyn Bridge, 1 Hotel Central Park dan Baccarat New York semuanya diberi penarafan dalam 10 hotel teratas  masing-masing di Miami dan NYC, dalam masa yang singkat sejak penampilan sulungnya.

Hari ini, Sternlicht telah mengumumkan usaha jenama terbaharunya, Treehouse Hotels, yang digambarkannya sebagai "adik lelaki 1." Treehouse kurang serius, lebih kepada seluar jeans koyak dan kemeja-t dan boleh diakses sepanjang masa. Cerah, nyaman, meriangkan dan menyeronokkan.

Anak syarikat Starwood Capital Group akan menguruskan hotel untuk jenama baharu ini bagi pihak Starwood Capital Group.

Treehouse Hotels adalah tentang kebebasan. Perasaan yang menakjubkan yang kami masing-masing miliki ketika kami masih kanak-kanak memanjat ke rumah pokok dan membuat peraturan "rumah kelab" kami sendiri. Ia mengenai persahabatan, komuniti dan rahsia yang dikongsi. Mengilhamkan, gembira dan nostalgia, anda akan mendapati ruang yang intim, mainan mudah, buku, ceruk, permainan ... dan keajaiban.

Seperti semua hotel dalam portfolio Sternlicht, Treehouse akan menerima protokol mampan. "Ini semua berkaitan mendekati diri kita sendiri, antara satu sama lain dan mengingati semua perkara mudah yang pernah membuat kita tersenyum, ketawa dan berpelukan."

Treehouse London akan menjadi yang pertama dalam portfolio jenama untuk dibuka pada akhir 2019, dengan lokasi tambahan di A.S. dan seterusnya. "Ia benar-benar menarik untuk mempamerkan hartanah pertama kami di salah satu daripada pasaran perjalanan yang hebat di dunia, London. Saya percaya Treehouse ini, dengan lounge dan bar atas bumbung yang benar-benar sensasi, akan mengisi kekosongan di pasaran London yang kehilangan sebuah hotel yang berada dalam keseronokan dan tidak terlalu serius," kata Sternlicht. Terletak betul-betul di seberang jalan dari Ibu Pejabat BBC, Treehouse London akan menampilkan 95 bilik tetamu, termasuk 15 suit, restoran emper, dan bar atas bumbung yang menakjubkan yang menawarkan pemandangan latar langit 360 darjah. Restoran dan bar akan dikendalikan oleh The Madera Group, sebuah kumpulan hospitaliti antarabangsa yang berpangkalan di L.A yang memiliki dan mengendalikan lokasi-lokasi di Selatan California dan Arizona, termasuk Tocaya Organica dan Toca Madera.

"Bekerjasama dengan perintis industri Barry Sternlicht adalah penghormatan untuk kami dan begitu sejajar dengan pemikiran inovasi kami dan usaha untuk meningkatkan pengalaman tetamu kami ke tahap yang lebih tinggi. Lokasi mercu tanda kami di Regent Street akan memberikan persada sempurna untuk menerajui pengalaman hotel jenis baharu dan kami berharap dapat mempamerkan pameran global hotel Treehouse pertama di dunia dengan rakan kongsi baharu kami Starwood Capital Group dan SH Hotels & Resorts," kata Aneil Handa, Pengarah di Cairn Group.

Treehouse London akan dibuka kepada semua tetamu, bermula dengan pelancong perniagaan dan hujung minggu kepada penduduk tempatan yang mencari perlindungan dari jalan-jalan London yang sibuk. Terletak di 14-15 Langham Place, Marylebone, London W1B 2QS, UK, Treehouse London dijadualkan dibuka pada lewat 2019.

Latar Belakang Starwood Capital Group
Starwood Capital Group ialah firma pelaburan swasta dengan tumpuan utama terhadap hartanah global, infrastruktur tenaga dan minyak & gas. Syarikat dan sekutunya mengekalkan 13 pejabat di lima negara di seluruh dunia, dan kini mempunyai kira-kira 4,000 pekerja. Sejak penubuhannya pada tahun 1991, Starwood Capital Group telah mengumpul modal ekuiti $45 bilion, dan kini mempunyai lebih daripada $60 bilion aset di bawah pengurusan. Syarikat telah melabur dalam hampir setiap kategori hartanah secara global, menggerakkan kelas aset, geografi dan kedudukan himpunan modal berganting kepada peluang yang ada kerana ia melihat dinamika risiko/ganjaran akan berkembang. Sepanjang 27 tahun yang lalu, Starwood Capital Group dan sekutu-sekutunya telah berjaya melaksanakan strategi pelaburan yang melibatkan perusahaan-perusahaan pembinaan di pasaran swasta dan awam. Maklumat tambahan boleh didapati di starwoodcapital.com.

Latar Belakang SH Hotels & Resorts
SH Hotels & Resorts, sebuah syarikat pelaburan global swasta Starwood Capital Group, ialah sebuah syarikat pengurusan jenama hotel yang mengendalikan 1 Hotel, sebuah jenama gaya hidup yang diilhamkan alam yang dilancarkan pada tahun 2015 dengan hartanah di South Beach dan Manhattan; dan Baccarat Hotels & Resorts, sebuah jenama mewah yang membuat kemunculannya pada bulan Mac 2015 dengan pembukaan hartanah utamanya di New York, dengan projek yang sedang dibangunkan di Doha dan Bordeaux. Dengan memanfaatkan kepakaran pemasaran, reka bentuk, operasi dan teknologi, SH Hotels & Resorts ialah daya di sebalik beberapa jenama hotel yang paling hebat dan dinamik di dunia.

Latar Belakang Cairn Group
Cairn Group adalah pemilik dan pengendali utama 33 hotel, 30 restoran dan bar, dan 9 rumah kejururawatan di seluruh UK, dan mempunyai kehadiran yang semakin meningkat dalam sektor perhotelan dan harta benda. Di samping pembangunan jenama unik, hotel bebas dan projek mercu tanda, kumpulan ini bekerja dalam perkongsian jenama antarabangsa seperti Hilton Worldwide, Marriott International, Intercontinental Hotels Group dan Accor. Projek yang menonjol dalam portfolionya ialah Stoke Place Hotel, sebuah hotel rumah mewah 27-hektar yang terletak di Buckinghamshire. DNA Cairn Group berpusat pada inovasi dan pertumbuhan, terus melabur dalam tenaga kerjanya sebanyak 3000 orang dan dalam masa depan dengan rancangan pembangunan 5 hotel.

Latar Belakang The Madera Group
Berpangkalan di West Hollywood dan terdiri daripada satu pasukan pencipta, penginovasi dan pemaju, The Madera Group didedikasikan untuk evolusi perhotelan. Pada masa ini, The Madera Group membangunkan, memiliki dan mengendalikan koleksi tempat-tempat restoran terkemuka merentasi Selatan California dan Arizona, termasuk Tocaya Organica dan Toca Madera.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/897844/Treehouse_Hotels_Logo.jpg

Source: SH Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion New products/services Future Events