omniture

ColorTokens Membawa Keselamatan Kepercayaan Sifar kepada Generasi Baharu dengan Menyatukan Keselamatan Rangkaian dan Titik Akhir Ke dalam Platform Penyampaian Awan Tunggal

ColorTokens Inc.
2019-06-20 15:50 71

Dibina bermula dari bawah, Platform Xtended ZeroTrust menyampaikan penyelesaian perusahaan pertama dan satu-satunya yang menggabungkan perlindungan beban kerja, keterlihatan, kawalan aplikasi, AV dan EDR generasi seterusnya dalam satu ejen ringan.

SANTA CLARA, California, 20 Jun 2019 /PRNewswire/ -- ColorTokens Inc., peneraju dalam keselamatan awan kepercayaan sifar generasi baharu, hari ini mengumumkan ColorTokens Xtended ZeroTrust Platform revolusioner yang secara proaktif melindungi semua saiz perusahaan daripada realiti pelanggaran keselamatan dan serangan yang disasarkan – dan pada masa yang sama menjadikan kepercayaan sifar satu kenyataan bagi pemimpin keselamatan dan risiko. Hasilnya ialah generasi baharu keselamatan yang secara bersendirian menjamin keselamatan beban kerja awan, kontena, aplikasi dinamik, titik akhir, pelayan dan pengguna daripada ancaman dalaman dan luaran. Platform Xtended ZeroTrust berasaskan awan yang mudah dilaksanakan membolehkan perusahaan untuk membayangkan dan mengsegmenkan keseluruhan infrastruktur IT mereka, melindungi titik akhir, dan mengepung dan bertindak balas terhadap serangan sifar hari - kesemuanya lancar disepadukan dengan alat keselamatan sedia ada.

Walaupun membelanjakan lebih daripada $130 bilion pada tahun 2018 untuk mencegah serangan, pelanggaran awam - termasuk data kewangan, rekod perubatan dan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti yang lain - terus menjadi tajuk utama tatkala perisian hasad dan serangan yang maju sentiasa mengancam perusahaan yang membuat transformasi digital hari ini. Akibatnya, organisasi-organisasi memberi tumpuan kepada pendekatan kepercayaan sifar strategik - sesuatu yang melangkaui legasi dan keselamatan perimeter, dan bermula dengan postur keselamatan 'penafian lalai'.

"Organisasi berada di bawah tekanan kos, risiko dan transformasi awan yagn besar manakala serangan siber semakin meningkatkan jumlah dan keterukannya. Namun begitu, penyelesaian keselamatan dan titik perimeter tidak lagi mencukupi.Satu platform keselamatan amanah sifar yang komprehensif dan moden kini kritikal," kata Nitin Mehta, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ColorTokens. "Penyelesaian ZeroTrust kami yang inovatif dan mengubah industri - yang menyatukan keterlihatan, mikrosegmentasi, dan pengesanan dan tindak balas titik akhir untuk kali pertama - menyediakan platform serahan awan berkuasa dan boleh diperluas untuk membantu organisasi menghentikan pelanggaran siber dan pada masa yang sama memperoleh keterlihatan 360 darjah ke dalam rangkaian awan dan hybrid mereka."

Platform Xtended ZeroTrust yang baharu diuruskan secara berpusat melalui satu konsol tunggal dan anak tetingkap kaca untuk pentadbiran dan kawalan mudah. Dikuasakan oleh ColorTokens ProtectionCLOUD platform ini memberikan perisikan IP, URL, dan reputasi fail, perlindungan beban kerja, penilaian kerentanan, pemburuan ancaman, pematuhan dan analisis DNA pelayan yang komprehensif untuk terus mengenal pasti lalu lintas yang hasad – dan pada masa yang sama secara automatik dan dinamik mengemas kini dasar keselamatan untuk mengekang ancaman sifar-hari.

Platform Xtended ZeroTrust berasaskan awan yang boleh diperluas, menggabungkan tiga penyelesaian yang berkuasa dan unik:

Xtended Visualization – Melihat setiap kejadian interaksi antara proses, fail, pengguna, aplikasi, dan beban kerja - di seluruh pusat data, cawangan dan infrastruktur berbilang awan. Mengurangkan risiko dan memperoleh masa-untuk-pematuhan yang lebih mudah dan pantas (HIPAA, PCI, GDPR).

Xtended Workload Protection - Segmen mikro dengan hanya beberapa klik untuk mengautomasikan perlindungan beban kerja, dan pada masa yang sama mengurangkan serangan APT dan lateral (timur-barat) dengan kerumitan sifar. Mengautomasi dan mengkoordinasikan dasar keselamatan beban kerja, dan memindahkan aplikasi ke awan dengan selamat - tanpa VLAN/ACL yang rawan kesalahan atau tembok api yang kompleks.

Xtended Endpoint Detect & Response - Melindungi titik akhir, pelayan dan sistem legasi/tidak ditampal dengan keselamatan titik akhir berasaskan awan. Memburu dan bertindak balas kepada ancaman sifar-hari dengan mengasingkan dan membunuh rantaian proses buruk yang berasal dari titik akhir kompromi.

Ketersediaan

Platform ColorTokens Xtended ZeroTrust kini boleh didapati sebagai perisian-sebagai-perkhidmatan hantaran awan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati www.colortokens.com.

Latar Belakang ColorTokens

ColorTokens Inc., pemimpin dalam keselamatan ZeroTrust hantaran awan, menyediakan keselamatan generasi moden dan generasi baharu yang memperkasakan perusahaan global dengan pendekatan proaktif untuk menjamin keselamtan beban kerja awan, aplikasi dinamik, titik akhir dan pengguna secara bersendirian. Melalui Platform Xtended ZeroTrust yang memenangi anugerah, ColorTokens menyampaikan satu-satunya penyelesaian berasaskan awan yang menggabungkan AV, EDR, perlindungan beban kerja, visualisasi dan kawalan aplikasi ke dalam satu ejen ultra ringan - kesemuanya dalam masa yang sama membuat penyepaduan dengan alat keselamatan sedia ada dengan lancar. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.colortokens.com.

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/838609/ColorTokens_Logo.jpg

Source: ColorTokens Inc.
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications New products/services