omniture

Publicis Sapient Umum John Maeda sebagai Ketua Pegawai Pengalaman

Publicis Sapient
2019-06-20 17:35 68

CANNES, Perancis, 20 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Publicis Sapient, hab transformasi perniagaan digital Publicis Groupe, hari ini telah mengumumkan pelantikan John Maeda sebagai Ketua Pegawai Pengalaman. Pemilihan Maeda, salah seorang pemimpin kreatif reka bentuk pengkomputeran di dunia - penumpuan reka bentuk dan teknologi - menandakan komitmen berterusan Publicis Sapient untuk menolak sempadan kaedah bagi perniagaan mewujudkan nilai eksponen untuk pelanggan dan pasaran mereka.

Nigel Vaz, CEO at Publicis Sapient (left) and John Maeda, Chief Experience Officer at Publicis Sapient (right).
Nigel Vaz, CEO at Publicis Sapient (left) and John Maeda, Chief Experience Officer at Publicis Sapient (right).

"John Maeda adalah salah seorang pemikir teknologi dan reka bentuk yang paling luar biasa di zaman kita, dengan latar belakang yang luar biasa sebagai pemimpin yang membantu syarikat-syarikat untuk menolak sempadan kreativiti dan inovasi untuk mengolah semula perniagaan dan industri mereka," kata Nigel Vaz, Ketua Pegawai Eksekutif Publicis Sapient.

Dalam peranan ini, John menyertai Kolektif Eksekutif Kreatif Publicis Groupe yang mana kepimpinan kreatif mempunyai pelbagai aspek dan struktur untuk membangunkan pelet kreativiti yang luas untuk dunia moden - kreativiti dinamik yang dihidupkan melalui kisah, pengalaman dan inovasi.

"Publicis Groupe merupakan satu-satunya syarikat di dunia yang boleh menghubungkan perjalanan pelanggan penuh melalui kreativiti - di mana cerita bertembung pengalaman sebagai jambatan kepada teknologi, semua didayakan oleh data. Dengan kepakaran dan kepimpinannya dalam menghubungkan reka bentuk dan teknologi untuk mewujudkan produk, perkhidmatan dan pengalaman yang lebih hebat, John menambah kekuatan yang luar biasa kepada keupayaan kami untuk mencipta pengalaman yang bermakna bagi pelanggan," kata Nick Law, Ketua Pegawai Kreatif untuk Publicis Groupe.

Peranan Maeda sebagai Ketua Pegawai Pengalaman menjalin perkongsian kejuruteraan dan rekabentuk di peringkat tertinggi, secara tidak konvensionalnya menyahgandingkan pengalaman daripada peneraju kreatif tradisional dan sebaliknya menggandingkannya dengan EVP Kejuruteraan. Tindakan ini mengambil kekuatan daripada kemantapan sejarah Publicis Sapient dalam teknologi dan pengalaman sinergistik yang ketat, dan menandakan masa depan yang amat berpaksikan teknologi yang mendalam di mana kreativiti disepadukan sepenuhnya.

"Kami sentiasa percaya bahawa jenama ialah pengalaman dan pengalaman ialah jenama dan, dalam Publicis Sapient, kami menghabiskan hampir tiga dekad menggunakan kuasa teknologi dan reka bentuk yang mengganggu untuk membantu mendayakan perniagaan pelanggan kami secara digital dalam usaha mereka seterusnya. Dengan menggabungkan strategi dan perundingan, pengalaman dan kejuruteraan dengan budaya berterusan dalam kreativiti penyelesaian masalah, kami dapat bekerjasama dengan pelanggan kami untuk mengenal pasti dan meneroka cara mereka mencipta nilai untuk pelanggan dan pasaran," kata Nigel Vaz, Ketua Pegawai Eksekutif Publicis Sapient.

Di samping meneraju reka bentuk di peringkat dunia Maeda akan meluangkan masa pada kakitangan, membawa komitmennya untuk mengetengahkan pembangunan inklusif dan bakat - komponen penting untuk mendedahkan nilai sebenar untuk pelanggan.

"Pelanggan kami telah lama melihat keperluan untuk teknologi dan media bekerja bergandingan tanpa kehilangan atau merendahkan produk kreatif. Sejarah Maeda yang memupuk pemikiran inklusif sebagai kunci ke arah kecemerlangan dalam kreativiti adalah sejajar dengan tonggak strategik Publicis Groupe dalam pembangunan bakat dan kebudayaan kami," kata Carla Serrano, Ketua Pegawai Strategi, Publicis Groupe.

John Maeda berkata, "Apabila teknologi menjadi komoditisasi, kualiti pengalaman menjadi faktor utama yang membezakan, tetapi anda tidak boleh mempunyai pengalaman hebat tanpa digandingkan dengan teknologi yang hebat. Publicis Sapient membawa kepada pelanggannya kejayaan kejuruteraan tindanan penuh digabung dengan sejarah yang beraneka di barisan hadapan teknologi kreativiti - menyelusur kembali ke 90-an ketika saya mula-mula mengetahui tentangnya sewaktu saya di MIT. Beraspirasi untuk memperkasakan perniagaan yang mantap di semua skala untuk merealisasikan pengalaman hebat bagi pelanggan mereka untuk menolak Gergasi Teknologi sejajar dengan kehendak hati saya sekarang ini. Saya tidak sabar-sabar untuk menyaksikan impak yang boleh kita lakukan dan saya teruja untuk menyertai pasukan hebat yang berbilang-disiplin ini."

Maeda menyertai Publicis Sapient dari Automattic, di mana beliau berkhidmat sebagai Ketua Global Reka Bentuk Pengkomputeran + Keterangkuman. Maeda berkhidmat di Board of Sonos, Muzium Reka Bentuk Smithsonian dan Weiden + Kennedy, dan merupakan pengarang lima buku termasuk buku laris, "Laws of Simplicity."

Maeda ialah penerima Anugerah Reka Bentuk Kebangsaan Rumah Putih, Anugerah Inovasi Disruptif Festival Filem Tribeca, dan karyanya dipersembahkan dalam koleksi tetap Muzium Seni Moden. Beliau memiliki ijazah dalam Kejuruteraan Elektrik + Sains Komputer dari MIT, MBA dari Arizona State University, PhD dari University of Tsukuba di Jepun, dan telah menerima tiga ijazah kedoktoran kehormat.

Sebelum Automattic, Maeda memegang peranan Rakan Reka Bentuk di Kleiner Perkins dan Pengerusi Lembaga Penasihat Reka Bentuk eBay, Inc. Sebelum itu, beliau merupakan profesor penyelidikan berpengalaman di MIT Media Laboratory dan 16th President of the Rhode Island School of Design.

Latar Belakang Publicis Sapient

Publicis Sapient ialah rakan kongsi transformasi digital yang membantu organisasi yang dibina mendapat kemudahan digital, baik dalam cara mereka bekerja dan cara mereka melayani pelanggan. Kami membantu meneroka nilai melalui pemikiran permulaan dan kaedah moden, menggabung strategi, perundingan dan pengalaman pelanggan dengan kejuruteraan tangkas dan kreativiti penyelesaian masalah. Sebagai perintis digital dengan 20,000 orang dan 53 pejabat di seluruh dunia, pengalaman kami merangkumi teknologi, sains data, perundingan dan obsesi pelanggan - digabungkan dengan budaya rasa ingin tahu dan yang tidak kenal lelah - membolehkan kami mempercepatkan perniagaan pelanggan kami melalui perekaan produk dan perkhidmatan yang benar-benar dihargai oleh pelanggan mereka. Publicis Sapient ialah hab transformasi perniagaan digital Publicis Groupe. Untuk maklumat lanjut, lawati publicissapient.com.

Hubungi: ashish.prashar@publicissapient.com / +1 347-545-8609

Gambar - https://mma.prnewswire.com/media/924559/PS_VazMaeda.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/823375/Publicis_Sapient_Logo.jpg

 

Source: Publicis Sapient
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Personnel announcements