omniture

WeRobotics Lancar Cabaran Bernilai $235,000 Selesaikan Isu-isu Sosial melalui Data Dron

WeRobotics
2019-06-21 06:03 78

Pertandingan Unusual Solvers kini dibuka kepada pelajar, ilmuwan, pertubuhan bukan untung, syarikat berasaskan keuntungan serta penginovasi seluruh dunia

GENEVA, 21 Jun 2019 /PRNewswire/ -- WeRobotics, sebuah pertubuhan yang menumpu untuk mempercepatkan kesan positif penyelesaian robotik melalui kepakaran tempatan, hari ini melancarkan Pertandingan Unusual Solvers untuk memajukan gerakan "dron untuk kebaikan" di seluruh dunia. Pertandingan ini, kini menerima penyertaan sehingga 31 Ogos 2019, akan mengganjari $235,000 kepada penginovasi-penginovasi yang menggunakan dron serta data untuk menangani cabaran-cabaran tempatan yang mendesak dalam isu-su bantuan kemanusiaan, kesihatan awam, hak tanah, pemuliharaan, pertanian, perancangan bandar berdaya tahan dan banyak lagi.

Meskipun dron kini lebih mudah diakses berbanding sebelum ini, masyarakat seluruh dunia khususnya di Selatan Global masih bergelut untuk menterjemahkan data dron kepada penyelesaian berkesan yang dapat mendorong tindakan dan impak. Analisis data boleh memakan masa, mahal dan rumit — dan seringkali tidak menggambarkan nuansa tempatan dan budaya. Selain itu, proliferasi dron telah membawa kepada beberapa cabaran etika dengan perlindungan privasi dan data, seterusnya menghalang potensi dron untuk mempertingkatkan kehidupan.

Melalui Pertandingan Unusual Solvers, WeRobotics bermatlamat untuk mencetuskan penyelesaian asli yang boleh diskala bagi menangani isu-isu ini. Khususnya, pertandingan ini menggalakkan penyelesaian dari kawasan-kawasan yang biasanya menerima pelaburan lebih rendah dan mengalami halangan kemasukan lebih tinggi — Amerika Latin, Afrika, Asia dan Oceania. Pemohon-pemohon tidak perlu menjadi pakar-pakar dron teknikal mahupun perlu memiliki dron. Walau bagaimanapun, mereka perlu memahami cabaran yang ingin ditangani oleh mereka dan mempunyai pengetahuan mendalam tentang komuniti yang mereka ingin berkhidmat.

"Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh kami dalam gerakan 'dron untuk kebaikan' ialah mencipta persekitaran mendayakan dalam komuniti tempatan, memperkasa kerja-kerja belakang tabir yang kritikal yang melangkaui sekadar foto-foto menarik yang sering kita lihat daripada dron yang sedang terbang. Kami tahu secara langsung bahawa analisis data serta penglibatan komuniti dan pemegang kepentingan — bukan dron itu sendiri — yang membawa kepada penyelesaian sebenar," kata Sonja Betschart, pengasas bersama WeRobotics. "Pertandingan ini akan menyumbang pembiayaan yang amat diperlukan ke arah persekitaran yang didayakan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan Selatan Global, di samping membantu membina asas lebih kukuh untuk penginovasi tempatan bagi memperbaiki kerja-kerja mereka untuk dan bersama-sama masyarakat setempat.

Sebagai sebahagian daripada pertandingan, sembilan finalis akan menerima $15,000 setiap seorang dan sokongan daripada mentor untuk mengubah idea mereka menjadi konsep yang dibawakan kepada juri berkepakaran pada awal tahun 2020. Pemenang hadiah utama akan menerima $100,000 untuk membiayai penyelesaian mereka. Pertandingan ini disokong oleh Omidyar Network, firma pelaburan amal yang dimulakan oleh Pam dan Pierre Omidyar.

"Kami baru sahaja meneroka tentang apa yang dapat dilakukan oleh data dan analisis geospatial terhadap komuniti tempatan," kata Peter Rabley, rakan usaha sama di Omidyar Network. "Walau bagaimanapun, untuk teknologi dron mencapai potensi penuhnya, kami perlu membina lebih banyak kapasiti tempatan, membolehkan lebih ramai orang untuk memanfaatkan kepelbagaian luas data yang boleh dihasilkan oleh alatan ini dengan berkesan dan beretika. Kami tidak sabar-sabar menantikan idea-idea menginspirasikan yang akan dicungkil oleh Pertandingan Unusual Solvers, membantu mencipta dron dan sektor data mampan yang berdaya maju dari segi ekonomi dalam ekonomi-ekonomi baru muncul."

Sejak tahun 2016, WeRobotics dan Flying Labs Network bekerjasama dengan NGO, agensi kerajaan, universiti dan institusi-institusi lain di lebih 20 negara, menyediakan latihan di lapangan, kursus dalam talian dan berkolaborasi untuk projek-projek bagi menyepadukan penggunaan dron dalam respons bencana dan pengurusan risiko, perkhidmatan kesihatan awam, usaha alam sekitar dan banyak lagi. Pertubuhan ini turut menjalankan kajian dan menganjurkan persidangan serta acara perkongsian ilmu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pertandingan Unusual Solvers dan mengemukakan cadangan, sila kunjungi unusualsolvers.org.

Latar Belakang WeRobotics
WeRobotics ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang melabur dalam pakar-pakar tempatan bagi mencipta penyelesaian robotik di mana ia paling diperlukan, mempercepatkan kesan positif usaha-usaha bantuan, kesihatan, pembangunan dan persekitaran di seluruh dunia. WeRobotics memudahkan Flying Labs Network yang terdiri daripada hab-hab pengetahuan tempatan di Afrika, Asia, Amerika Latin dan Oceania. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi https://werobotics.org, dan ikuti di Twitter @WeRobotics dan Facebook.

Latar Belakang Omidyar Network
Omidyar Network ialah firma pelaburan amal yang mengkhusus untuk memanfaatkan kuasa pasaran-pasaran bagi mencipta peluang untuk orang ramai memperbaiki kehidupan mereka. Ditubuhkan pada tahun 2004, dermawan Pam dan Pierre Omidyar, pengasas eBay, pertubuhan yang menyatakan komitmen sebanyak lebih $1 bilion untuk syarikat-syarikat berasaskan keuntungan yang inovatif dan pertubuhan-pertubuhan bukan untung bagi memangkinkan perubahan ekonomi dan juga sosial. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.omidyar.com, dan ikuti di Twitter @omidyarnetwork.

 

Source: WeRobotics
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components New products/services Data Analytics Future Events