omniture

Aeroflot Dinamakan Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur Kali Kelapan di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019

Aeroflot
2019-06-21 06:31 96

MOSCOW, 20 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Aeroflot sekali lagi meraih gelaran Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur menerusi Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax, yang diadakan hari ini di Air and Space Museum sempena Pameran Udara Antarabangsa Paris kali ke-53 di Le Bourget.

Dikenali sebagai Anugerah Oscar dalam dunia penerbangan, Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia disampaikan setiap tahun oleh Skytrax, badan berkuasa global utama untuk kualiti perkhidmatan syarikat penerbangan dan lapangan terbang. Penilaian adalah berasaskan tinjauan kepuasan penumpang yang terbesar di dunia, yang diadakan dari September 2018 hingga Mei 2019 menerusi undian dalam talian dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Jepun, Bahasa Cina dan Bahasa Rusia. Tahun ini, penumpang dari lebih 100 negara mengundi untuk 300 syarikat penerbangan dari seluruh dunia.

Vitaly Saveliev, Ketua Pegawai Eksekutif Aeroflot, berkata: "Dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali kelapan ialah satu penghormatan dan pengiktirafan besar untuk usaha kami di peringkat global. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua penumpang yang mengundi Aeroflot. Undian mereka menggalakkan kami untuk meningkatkan lagi perkhidmatan premium kami dan mencapai matlamat bercita-cita tinggi yang ditetapkan dalam Strategi 2023 kami."

Edward Plaisted, Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax, berkata: "Aeroflot kekal menjadi kegemaran pelanggan yang sebenar dan kemenangan anugerah global tertinggi ini merupakan satu pengiktirafan hebat terhadap perkhidmatan berkualiti tinggi yang disediakan oleh semua kakitangan barisan depan di Aeroflot. Kami mengucapkan tahniah kepada mereka atas pencapaian hebat ini."

Latar Belakang Aeroflot 

Aeroflot ialah syarikat penerbangan kemegahan Rusia dan ahli penting bagi perikatan syarikat penerbangan global SkyTeam. Aeroflot menawarkan perkhidmatan di 159 destinasi dalam 54 negara.

Kumpulan 252 pesawat Aeroflot merupakan yang terbaharu dalam mana-mana syarikat penerbangan seluruh dunia yang mengendalikan lebih 100 pesawat. Pada tahun 2018, Aeroflot membawa 35.8 juta penumpang (55.7 juta penumpang sebagai Aeroflot Group termasuk subsidiari-subsidiari).

Aeroflot memegang status Syarikat Penerbangan 4-Bintang daripada Skytrax dan dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali kelapan pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019. Aeroflot juga telah dianugerahkan dengan penarafan syarikat penerbangan global lima bintang oleh persatuan penerbangan AS, APEX. Aeroflot ialah jenama syarikat penerbangan terkukuh di dunia menurut perunding strategi jenama terkemuka, Brand Finance.

Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com/ .

Source: Aeroflot
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel Awards Survey, Polls & Research Trade show news