omniture

Arria NLG dan UiPath dorong transformasi dan automasi digital ke hadapan dengan perkongsian strategik baharu

Arria NLG
2019-06-21 06:42 106

Pertama dalam industri: Penjanaan Bahasa Tabii (NLG) dan Automasi Proses Robotik (RPA) kini digabungkan menjadi platform tunggal

MORRISTOWN, New Jersey, 21 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Arria NLG, pembekal utama NLG, dan UiPath, syarikat perisian RPA perusahaan terkemuka hari ini mengumumkan perkongsian untuk memacu tahap integrasi baharu dengan menggabungkan NLG dengan RPA .

Oleh kerana trend automasi perusahaan digital semakin meningkat, perkongsian ini menyediakan pelanggan UiPath dengan akses kepada dua teknologi terbaik dalam satu platform. Ini memudahkan pelanggan bersama untuk menerima manfaat sepenuhnya daripada kedua-dua penyelesaian automasi.

Mengenai perkongsian itu, Dhruv Asher, Naib Presiden Kanan, Ketua Pembangunan Perniagaan dan Perikatan Teknologi di UiPath, berkata: "Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan pembekal Penjanaan Bahasa Tabii (NLG) yang inovatif dan menawarkan teknologi ini kepada pelanggan kami. digabungkan dengan platform Arria NLG membantu merapatkan jurang komunikasi antara robot dan manusia. Integrasi teknologi menyediakan platform yang dapat menyelaraskan proses pengetahuan automatik. Dengan perkongsian, pelanggan dapat mengautomasikan laporan yang sebelum ini ditulis manusia dengan aktiviti NLG untuk UiPath Studio dengan mudah."

Menurut Sharon Daniels, Ketua Pegawai Eksekutif di Arria: "Kerjasama ini mempamerkan sinergi rapat yang dinikmati oleh kedua-dua syarikat ketika kami berdua melayani perniagaan peringkat perusahaan yang sama yang berfokus pada kes-kes penggunaan yang sama seperti automasi laporan kewangan, penipuan, kredit dan aplikasi risiko, dan lain-lain lagi. Ini adalah lanjutan semula jadi untuk mengautomasi kedua-dua aliran kerja dan analisis berasaskan bahasa."

Dengan bekerjasama dengan Arria, UiPath menjadi penyedia RPA pertama untuk menyepadukan NLG ke platformnya. Selepas proses pemilihan yang teliti, UiPath memilih teknologi NLG Arria kerana fungsi analitik dan linguistiknya yang hebat, dan penggunaannya yang mudah. Hasilnya, Arria kini akan dimasukkan ke dalam platform UiPath dan disenaraikan dalam ekosistem UiPath Go yang menampilkan kemudahan boleh dimuat turun dan automasi selamat untuk komuniti RPA terbesar di dunia.

Menggunakan kedua-dua teknologi ini bersama-sama memberikan pelanggan peringkat perusahaan keupayaan untuk membuat perubahan besar model operasi mereka secara dramatik dan memperoleh kelebihan daya saing di pasaran dengan mempercepatkan automasi mereka dengan ketara. Di pihak RPA, ini menghasilkan ketepatan yang lebih baik, pematuhan yang lebih baik, penjimatan kos yang pantas, kebolehskalaan yang hubat, peningkatan kelajuan dan produktiviti; dan dengan NLG, meningkatkan kelajuan dan kecekapan dalam analitik dan pelaporan mereka.

Penjanaan Bahasa Tabii (NLG) mengautomasikan pengetahuan-kerja. Ia ialah sistem AI yang maju yang boleh berfikir dan menulis seperti manusia. Berdasarkan linguistik dan algoritma pengkomputeran lanjutan, ia menelan banyak data, menganalisisnya, membuat kesimpulan-dan menukarnya menjadi kata-kata bertulis (atau bercakap) dengan serta-merta seolah-olah ditulis oleh pakar subjek manusia. Laporan, penjelasan dan ringkasan bertulis yang dicipta disesuaikan khusus kepada pembaca khusus naratif tersebut.

Automasi Proses Robotik (RPA) mengautomasikan tindakan manusia. Ia membolehkan sesiapa sahaja untuk mengkonfigurasi perisian komputer, atau "robot" untuk meniru dan mengintegrasikan tindakan manusia berinteraksi dalam sistem digital untuk melaksanakan proses perniagaan. Platform RPA UiPath dikuasakan AI membolehkan syarikat mengautomasikan tugas-tugas berulang dan proses perniagaan berasaskan peraturan yang menghasilkan pecutan operasi, pengurangan kos, dan peningkatan kepuasan pekerja.

Gandingan dua teknologi yang meneraju ini memberikan keuntungan langsung dan pada masa yang sama meningkatkan kecepatan dan ketepatan seluruh organisasi dan industri.

Latar Belakang UiPath
UiPath ialah salah satu syarikat perisian perusahaan AI yang paling pantas berkembang dan tertinggi di seluruh dunia. Ia memimpin era "yang pertama dalam automasi" yang memperjuangkan satu robot untuk setiap orang, menyampaikan latihan dan kerjasama yang percuma dan terbuka serta membolehkan robot mempelajari kemahiran baharu melalui AI dan pembelajaran mesin. Dipimpin oleh komitmen untuk membawa kemahiran era digital kepada lebih sejuta orang, platform Automasi Proses Robotik (RPA) perusahaan telah mmengautomasikan berjuta-juta tugas berulang-ulang yang tidak memerlukan pemikiran untuk organisasi perniagaan dan kerajaan di seluruh dunia, meningkatkan produktiviti, pengalaman pelanggan dan kepuasan kerja kakitangan.

Latar Belakang Arria NLG
Arria NLG ialah pemimpin global dalam bidang Penjanaan Bahasa Tabii (NLG), suatu bentuk kecerdasan buatan yang mengkhusus dalam mengekstrak pandangan dari sumber data yang rumit dan menyampaikan maklumat itu dalam bahasa tabii (iaitu seolah-olah ditulis atau dituturkan oleh manusia). Syarikat memiliki, membangunkan dan melancarkan teknologi melalui Platform Arria NLG Studio.

Arria NLG Studio memperkasa penulis dan pakar bidang untuk mencipta jumlah naratif canggih yang tidak terhad berdasarkan set data berstruktur. Antara muka berasaskan web yang mudah mengandungi satu set fungsi mudah difahami yang sesuai dengan pelbagai keputusan analitik, linguistic dan gaya yang dibuat oleh seorang penulis manusia apabila mencipta naratif yang teliti.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Arria NLG sila hubungi, Lyndsee Manna, Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan, +1 973 534 9478 atau melalui e-mel lyndsee.manna@arria.com

Pautan:

www.uipath.com
www.arria.com/partners
lyndsee.manna@arria.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/329543/Arria_NLG_Logo.jpg

Source: Arria NLG
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Contracts