omniture

LG U+ Pilih iBwave sebagai Alatan Pilihan Bawakan Reka Bentuk Stadium 5G Pertama Asia

iBwave Solutions
2019-06-21 09:39 134

MONTREAL, 21 Jun 2019 /PRNewswire/ -- iBwave Solutions teruja mengumumkan bahawa ia merupakan penyelesaian perisian pilihan yang digunakan oleh LG U+ untuk menyiapkan reka bentuk stadium 5G pertama Asia. Sebagai pemimpin dalam menyampaikan komunikasi tanpa wayar yang inovatif kepada khalayak ramai, LG U+ memilih iBwave untuk membantu menyiapkan reka bentuk 5G.

LG U+ Selects iBwave as the tool of choice to bring Asia's first 5G stadium design.
LG U+ Selects iBwave as the tool of choice to bring Asia's first 5G stadium design.

LG U+ dan iBwave telah bekerjasama erat sejak tahun lalu. Dengan sokongan daripada Penyelesaian Perusahaan Reka Bentuk 5G iBwave, LG U+ telah meningkatkan kualiti reka bentuknya dengan ketara, kesemuanya sambil mengurangkan kos dan masa untuk menyiapkan reka bentuk tanpa wayar dalam bangunan.

"Kami teruja untuk menerajui laluan bersama LG U+ dalam membawakan 5G ke Korea Selatan," kata Ketua Pegawai Eksekutif iBwave Claude Echahamian. "Sebagai peneraju global bagi perkhidmatan telekomunikasi termaju, LG U+ berkedudukan sempurna untuk menerajui laluan ke arah masa depan terhubung 5G. Ini merupakan evolusi seterusnya dalam teknologi tanpa wayar dan kami teruja untuk membantu menetapkan contoh duluan rintis bagi penyepaduan 5G yang lancar."

iBwave menggunakan inovasi unik seperti pemodelan 3D, liputan, interferens dan enjin daya pemprosesan, selain visualisasi penunjuk prestasi penting, untuk menyediakan reka bentuk yang tepat untuk semua saiz tempat. Ciri-ciri ini penting untuk membuat peningkatan stadium dengan 5G.

"Apabila tiba masanya untuk memilih penyelesaian perisian bagi membantu mereka bentuk rangkaian 5G, iBwave merupakan pilihan yang jelas. Pengalaman luasnya dalam industri, digabungkan dengan perisian inovatif menjadikannya sebagai rakan kongsi yang sempurna untuk LG U+," kata Daehyun Kwon, pakar dari LG U+ NW Development Group. 

Pada tahun 2019, perkongsian antara iBwave dan LG U+ akan terus diperkukuh, dengan rancangan untuk memperkenalkan penyelesaian Unity dan Mobile Note iBwave kepada ekosistem reka bentuk tanpa wayar tertutupnya.

"Kami teruja untuk menerima era baharu ketersambungan tanpa wayar di Korea Selatan. Dengan 5G yang bakal tiba, penting untuk kami mula mereka bentuk infrastruktur hari ini agar ia akan bersedia memenuhi permintaan hari esok yang semakin meningkat untuk akses tanpa wayar berkelajuan tinggi," sambung En. Kwon.

Ketahui lebih lanjut bagaimana iBwave Suite dapat membantu mereka bentuk rangkaian cekap kos di ibwave.com/products-solutions.

Latar Belakang LG U+ 

LG U+ ditubuhkan pada 11 Julai 1996 dan sejak itu telah mengubah kehidupan pelanggan. Mereka berusaha untuk membangunkan perkhidmatan telekomunikasi, internet berkelajuan tinggi, perkhidmatan VoIP dan IPTV serta perkhidmatan data yang lain. Bahkan, mereka merupakan yang pertama di dunia menubuhkan rangkaian LTE seluruh negara dengan perkhidmatan berkelajuan super tinggi dengan kualiti tertinggi. Meneruskan ke era 5G dan IoT, LG U+ terus mewujudkan piawaian perkhidmatan lebih tinggi dan membuatkan pelanggan mereka gembira.

Latar Belakang iBwave 

iBwave Solutions, piawaian untuk perancangan rangkaian tertutup tertumpu, ialah kuasa di sebalik pengalaman tanpa wayar dan talian dawai dalam bangunan yang hebat, membolehkan berbilion-bilion pengguna akhir dan peranti berhubung dalam pelbagai tempat. Sebagai rujukan industri global, penyelesaian perisian kami membolehkan perancangan, reka bentuk dan penggunaan lebih pintar untuk sebarang projek tanpa mengira saiz, kerumitan mahupun teknologi. Berserta perisian yang inovatif, kami diiktiraf untuk sokongan bertaraf dunia dalam 90 negara, pangkalan data komponen yang paling komprehensif dalam industri dan program pensijilan yang kukuh. Untuk maklumat lanjut kunjungi: ibwave.com

Untuk maklumat lanjut: Bertrand Guignat, Naib Presiden Pemasaran - iBwave Solutions, bertrand.guignat@ibwave.com, +1-514-397-0606 x355

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/924989/iBwave_Solutions_LG_U__Selects_iBwave_as_the_Tool_of_Choice_to_B.jpg

 

Source: iBwave Solutions
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications New products/services