omniture

Aeroflot Perluas Jaringan Laluan untuk Musim Panas 2019

Aeroflot
2019-06-21 14:34 101

MOSCOW, 21 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Pada musim panas ini, Aeroflot melancarkan penerbangan-penerbangan baharu ke lebih banyak destinasi di Rusia dan luar negara. Mulai 1 Jun, Aeroflot mengendalikan lima penerbangan mingguan dari Moscow ke Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis serta pusat kebudayaan dan sejarah yang terkenal. Satu lagi destinasi di Mediterranean yang ditambah ke dalam jaringan laluan Aeroflot ialah Palma de Mallorca – Aeroflot kini mengendalikan empat penerbangan mingguan ke bandar-bandar terbesar di Kepulauan Balear.

Selain itu, bagi menyokong pembangunan perkhidmatan yang selanjutnya di Asia, Aeroflot meningkatkan kekerapan penerbangan antara Moscow dan Seoul – mulai 1 Jun, Aeroflot meningkatkan dua kali ganda bilangan penerbangan ke ibu kota Korea Selatan. Tawaran Aeroflot dalam pasaran Asia disokong selanjutnya oleh perjanjian perkongsian kod yang ditandatangani bersama Vietnam Airlines. Perkongsian kod untuk laluan domestik dan antarabangsa bermula pada minggu lalu dan bertujuan untuk menawarkan pelanggan dengan ketersambungan yang dipertingkat dan sambungan lancar antara destinasi-destinasi di Rusia dan Vietnam.

Meningkatkan pergerakan penduduk Rusia kekal menjadi salah satu keutamaan penting Aeroflot. Berhubung dengan rancangan untuk meningkatkan bilangan penerbangan antara wilayah yang memirau Moscow, pada musim panas ini, Aeroflot melancarkan penerbangan-penerbangan terus yang baharu antara bandar-bandar utama di selatan Rusia – Volgograd dan Sochi, Krasnodar serta Simferopol. Penerbangan-penerbangan antara bandar-bandar ini akan beroperasi setiap hari.

Aeroflot terus meluaskan jaringan laluannya dan meningkatkan kekerapan penerbangan ke destinasi-destinasi popular. Pada musim panas ini, Aeroflot akan terbang ke 159 destinasi dalam 54 negara, termasuk 58 destinasi di Rusia.

Maklumat lanjut disediakan di pusat panggilan 24 jam syarikat penerbangan ini: +7 495 223 5555, 8-800-444-5555 (panggilan percuma di Rusia), melalui nombor-nombor panggilan percuma global pusat perhubungan berkenaan (disediakan di laman sesawang: https://www.aeroflot.ru/ru-en/offices/free_numbers), atau di pejabat-pejabat jualan syarikat penerbangan.

Latar Belakang Aeroflot 

Aeroflot ialah syarikat penerbangan kemegahan Rusia dan ahli penting bagi perikatan syarikat penerbangan global SkyTeam. Aeroflot menawarkan perkhidmatan di 159 destinasi dalam 54 negara.

Kumpulan 252 pesawat Aeroflot merupakan yang terbaharu dalam mana-mana syarikat penerbangan seluruh dunia yang mengendalikan lebih 100 pesawat. Pada tahun 2018, Aeroflot membawa 35.8 juta penumpang (55.7 juta penumpang sebagai Aeroflot Group termasuk subsidiari-subsidiari).

Aeroflot memegang status Syarikat Penerbangan 4-Bintang daripada Skytrax dan dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali kelapan pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019. Aeroflot juga telah dianugerahkan dengan penarafan syarikat penerbangan global lima bintang oleh persatuan penerbangan AS, APEX. Aeroflot ialah jenama syarikat penerbangan terkukuh di dunia menurut perunding strategi jenama terkemuka, Brand Finance.
Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com/  

Logo: http://mma.prnewswire.com/media/561410/Aeroflot_Logo.jpg

Source: Aeroflot
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Corporate Expansion New products/services