omniture

Royal Canadian Mint Lancar Penghargaan Inovatif kepada Kanada Tepat Pada Masanya untuk Sambutan Tahunan 1 Julai

Royal Canadian Mint
2019-06-27 08:16 71

OTTAWA, 27 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Tatkala negara bersedia menyambut 1 Julai, Royal Canadian Mint terus mencari cara baharu untuk meraikan Kanada dengan duit syiling yang asli dan inovatif. Hasil ciptaan ini termasuk Syiling Perak Halus $30 2019 – The Fabric of Canada. Artis Rebecca Yanovskaya telah mereka bentuk bendera Kanada yang beralun dan berwarna yang pertama seumpamanya, berkibar dengan realistik di atas mercu tanda negara seperti Peace Tower Parliament Hill dan rumah api Pantai Timur. Berkongsi wawasan unik beliau terhadap negara kami, artis Alisha Giroux menghasilkan kolaj dengan ilustrasi seakan-akan buku cerita tentang fauna Kanada, menonjolkan sempadan kawasan dan wilayah kami, pada Syiling Perak Halus $50 2019 – The Canadian Landscape, yang berbentuk unik seperti peta Kanada. Kedua-dua duit syiling ini dan banyak lagi syiling boleh kumpul luar biasa yang lain disediakan mulai hari ini.

The Royal Canadian Mint's "Fabric of Canada" silver collector coin
The Royal Canadian Mint's "Fabric of Canada" silver collector coin

Tawaran patriotik tersebut diteruskan dengan Syiling Perak Halus $15 2019 – Golden Maple Leaf, satu penghargaan Trevor-Tennant kepada daun mapel ikonik kami, yang disadur emas secara selektif dan diukir dengan ukiran timbul 3D, dikelilingi oleh dahan daun mapel yang menonjolkan reka bentuk belakang syiling edaran pertama Kanada. Syiling Emas Tulen $200 2019 – Celebrating Canada's Diversity: Light and Prosperity ialah hasil ciptaan mengagumkan yang direka oleh artis Frances Ferdinand, menampilkan batu delima Madagascar tulen di sekeliling susunan simbol rentas budaya diinspirasikan mandala yang diukir dengan teliti.

Kisah yang kurang diketahui tentang kepakaran dan kebijaksanaan Kanada terletak di sebalik salah satu pencapaian terbesar dalam sejarah manusia, diraikan dengan sepasang duit syiling emas dan perak cembung bagi memperingati ulang tahun ke-50 pendaratan bulan Apollo 11. Direka oleh artis Tony Bianco, menampilkan modul lunar yang membawa angkasawan pertama ke permukaan bulan pada Julai 1969. Peralatan pendaratan modul ini, dikeluarkan oleh syarikat Quebec, Héroux-Devtek, merupakan satu langkah yang amat besar untuk industri aeroangkasa Kanada yang sedang berkembang. Mengelilingi bahagian lilitan syiling ini ialah kata-kata bekas Perdana Menteri Kanada Pierre Elliott Trudeau yang mana, bersama-sama pemimpin-pemimpin dunia yang lain pada era beliau, menyampaikan pesanan muhibah untuk misi Apollo 11.

Syiling-syiling boleh kumpul lain yang disediakan pada bulan ini termasuk:

  • Syiling Perak Halus $20 2019 – Viola Desmond, dijual dalam set yang menampilkan wang kertas peringatan $10 Bank of Canada;
  • Syiling Perak Halus $25 2019 – Her Majesty Queen Elizabeth II's Personal Canadian Flag, syiling segiempat tepat yang menampilkan bendera dengan warna berani, dibingkaikan dengan simbol-simbol kebangsawanan, dengan reka bentuk Cathy Bursey-Sabourin;
  • Syiling Perak Halus $20 2019 – Peter McKinnon Photo Series: Mount Rundle, meraikan mercu tanda ikonik Canadian Rockies dengan 2 auns perak tulen;
  • Piedfort Perak Halus $1 2019 – Heritage of the Royal Canadian Mint: The Matthew;
  • Siri Syiling Besar Perak Halus 5-Auns 2019 bersadur emas secara selektif: 2-Dollar Coin;
  • Syiling Perak Halus $125 2019 – Primal Predators: The Grizzly, karya setengah kilo yang direka oleh artis Pierre Leduc;
  • Syiling Perak Halus $30 2019 – Majestic Birds in Motion: Canada Geese, turut direka oleh Pierre Leduc;
  • Set 5-Syiling 2019 – Canada's Wildlife Treasures, menampilkan syiling keluli bercelup nikel, direka oleh Joel Kimmel yang dipakejkan dalam buku kecil bersifat pendidikan berwarna warni yang direka dengan mengutamakan pengumpul muda;
  • Syiling Perak Halus $3 2019 – Celebrating Canadian Fun and Festivities – Rodeo, direka oleh Steve Hepburn; dan
  • Syiling Perak Halus $5 2019 – Zodiac Series: Leo, direka oleh Jori Van Der Linde.

Tempaan, harga dan maklumat latar belakang penuh setiap produk boleh didapati di tab "Shop" di www.mint.ca. Imej-imej duit syiling disediakan di sini.

Semua produk ini boleh dipesan terus daripada Mint di talian 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS, atau di laman sesawang Mint. Syiling ini juga boleh didapati di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg serta melalui rangkaian peniaga dan pengedar global kami, termasuk outlet Canada Post yang mengambil bahagian.

Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah sebuah kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, kunjungi www.mint.ca. Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

Untuk maklumat lanjut: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Tel: (613) 949-5777, reeves@mint.ca

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/928690/Royal_Canadian_Mint_The_Royal_Canadian_Mint_Releases_Innovative.jpg

 

Source: Royal Canadian Mint
Related Stocks:
Toronto:MNT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Mining/Metals Precious Metals New products/services Canadian Federal Government