omniture

Royal Canadian Mint keluarkan syiling ditempa daripada emas Nunavut tulen raikan Ulang Tahun ke-20 wilayah terbaharu Kanada

Royal Canadian Mint
2019-06-27 23:58 152

Syiling Artik sepenuhnya, bermula daripada reka bentuk kepada kandungan logamnya

OTTAWA, Ontario, 27 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Bagi meraikan ulang tahun ke-20 Wilayah Nunavut, Royal Canadian Mint dengan bangganya mengeluarkan syiling pengumpul baharu yang direka bentuk sepenuhnya dengan emas bersumberkan Nunavut. Syiling ini merangkumkan semula, dalam emas tulen 99.99%, reka bentuk penggendang ikonik Germaine Arnaktauyok yang mula-mula muncul pada syiling edaran $2 bagi meraikan penciptaan Nunavut pada tahun 1999. Syiling yang direka bentuk dengan begitu indah itu boleh mula dibeli mulai hari ini.

The Royal Canadian Mint's pure gold coin celebrating the 20th anniversary of Nunavut
The Royal Canadian Mint's pure gold coin celebrating the 20th anniversary of Nunavut

"Mint bersemangat untuk menghargai bakat Kanada dan meraikan kepelbagaian budaya luar biasa kami melalui syiling-syiling yang direka bentuk dengan begitu indah," kata Marie Lemay, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint. "Kami berbangga untuk memberi penghormatan kepada legasi artistik Germaine Arnaktauyok, menerusi emas Nunavut tulen, untuk mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-20 kepada penduduk wilayah yang penting ini."

Syiling ini direka bentuk daripada emas tulen 99.99%, yang dilombong di lombong Meadowbank Agnico Eagle Mines, berhampiran Baker Lake dan lombong TMAC Resources di Hope Bay. Menerusi tradisi yang sama sebagaimana syiling bersumberkan Nunavut pertama Mint yang dikeluarkan pada tahun 2018, syiling emas 1/10 auns ini ditera pada permukaan kosong yang tipis namun luas yang memberikan reka bentuk belakang bertema Artik dengan lebih banyak ruang berkilau. Bahagian depannya menampilkan patung ukiran Yang Mulia Ratu Elizabeth II oleh Susanna Blunt.

"Agnico Eagle berbesar hati dan berbangga kerana emas daripada lombong Meadowbank kami menjadi sebahagian daripada syiling boleh kumpul Royal Canadian Mint istimewa ini bagi memperingati ulang tahun ke-20 Nunavut," kata Sean Boyd, Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Agnico Eagle Mines. "Kami juga berasa amat bangga kerana dapat bekerjasama dengan rakan kongsi Inuit kami untuk membangunkan sumber-sumber di Nunavut secara bertanggungjawab menerusi cara yang dapat menyumbang kepada kemakmuran ekonomi dan sosial wilayah berkenaan."

Syiling 1/10 auns emas tulen $20 2019 – 20th Anniversary of Nunavut mempunyai tempaan terhad sebanyak 1,500 unit dan berharga $359.95. Ia boleh ditempat dengan menghubungi Mint di talian 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di Amerika Syarikat atau secara dalam talian di www.mint.ca. Syiling ini juga tidak lama lagi boleh didapati di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg serta melalui rangkaian peniaga dan pengedar global Mint, termasuk outlet Canada Post yang mengambil bahagian.

Imej-imej duit syiling disediakan di sini.

Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah sebuah kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, kunjungi www.mint.ca. Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

Untuk maklumat lanjut:
media diminta untuk menghubungi: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Telefon: 613-884-6370, reeves@mint.ca 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/928995/Royal_Canadian_Mint_Nunavut.jpg

Source: Royal Canadian Mint
Related Stocks:
Toronto:MNT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service New products/services