omniture

Saudi Aramco Lanjutkan Strategi Bahan Kimia Global Dengan Projek Peluasan S-Oil di Ulsan, Korea Selatan

Saudi Aramco
2019-06-28 00:40 151

- Hubungan antara Saudi Aramco dan S-Oil semakin kukuh dengan perasmian kompleks baharu di Korea Selatan.

SEOUL, 27 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Saudi Aramco sedang memajukan strategi pertumbuhan bahan kimia globalnya dengan perasmian Kompleks Naiktaraf Sisa dan Kompleks Hiliran Olefin baharu S-Oil.

Aramco and S-Oil Signing an MoU
Aramco and S-Oil Signing an MoU

Kemudahan baharu ini menampilkan teknologi penapisan terkini, yang telah meningkatkan bahagian petrokimia S-Oil daripada 8% kepada 13% dan termasuk produk bernilai tinggi seperti propilna dan gasolin.

Perasmian kompleks ini telah diraikan di hadapan Duli Yang Teramat Mulia Putera Mohammed bin Salman Al-Saud, Putera Mahkota, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Tuan Yang Terutama Moon Jae-in Presiden Republik Korea. Turut hadir ialah Tuan Yang Terutama Khalid Abdulaziz Al Falih, Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Mineral dan Sung Yunmo, Menteri Perdagangan, Industri dan Tenaga Republik Korea.

"Perasmian hari ini menandakan detik bersejarah untuk S-Oil dan Saudi Aramco. S-Oil berfungsi sebagai model peranan untuk strategi hiliran antarabangsa Saudi Aramco dan memainkan peranan penting dengan menyediakan tenaga penting yang diperlukan untuk pertumbuhan ekonomi di Korea Selatan. Kedua-dua kemudahan baharu ini akan membekalkan produk bernilai tinggi ke industri-industri utama Korea, yang jenama globalnya adalah sebahagian daripada kehidupan seharian kita dan berkedudukan di kalangan yang terbaik dunia dalam teknologi, inovasi, kreativiti, dan qualiti," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco Amin H. Nasser.

Pelancaran ini juga termasuk menandatangani Memorandum Persefahaman antara kedua-dua syarikat untuk bekerjasama dalam Projek Hiliran Pemecah Stim & Olefin bernilai AS$6 bilion yang dijangka siap menjelang 2024. Pemecah stim berkelas dunia baharu ini akan mengeluarkan etilena dan kimia asas lain daripada nafta dan sisa gas kilang penapisan.

Perjanjian baharu ini menyokong pelan Saudi Aramco untuk meningkatkan jejak petrokimia globalnya dalam dekad akan datang. Ia akan turut memasukkan penggunaan Teknologi Terma Mentah kepada Kimia Saudi Aramco, yang mengalihkan tumpuan S-Oil daripada 'minyak ke bahan kimia' untuk memberikan kedudukan lebih baik kepada syarikat dalam pasaran tenaga akan datang.

Aramco Overseas Company ialah pemegang saham utama dalam S-Oil yang merupakan penapis ketiga terbesar di Korea Selatan.

Saudi Aramco pada mulanya melabur dalam S-Oil dalam tahun 1991, dan hubungan mereka terus bertumbuh dengan lebih kuat, dengan kapisiti penapisan meningkat daripada 90 ribu bpd pada tahun 1990 kepada kira-kira 700 ribu bpd pada tahun 2018.

Latar Belakang Saudi Aramco

Saudi Aramco ialah syarikat tenaga dan kimia bersepadu global. Kami didorong oleh kepercayaan teras bahawa tenaga ialah peluang. Bermula dengan mengeluarkan kira-kira satu dalam setiap lapan tong bekalan minyak dunia hinggalah kepada membangunkan teknologi tenaga baharu, pasukan global kami berdedikasi untuk mewujudkan impak dalam semua yang kami lakukan. Kami memberi tumpuan terhadap menjadikan sumber kami lebih dipercayai, lebih mampan dan lebih berguna. Ini membantu menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan jangka panjang di seluruh dunia. www.saudiaramco.com

@Saudi_Aramco

S-Oil Ulsan Refinery
S-Oil Ulsan Refinery

 
S-Oil Ulsan Refinery 2
S-Oil Ulsan Refinery 2

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/929288/Aramco_and_S_Oil.jpg 
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/929289/S_Oil_Ulsan_Refinery.jpg 
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/929290/S_Oil_Ulsan_Refinery_2.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/810984/Saudi_Aramco_Logo.jpg

Source: Saudi Aramco
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Oil/Energy Utilities Accounting news, issues Contracts Corporate Expansion