omniture

RM Sotheby's Dan Formula 1® Bawakan Ferrari F2002 Michael Schumacher yang Juarai Kejohanan Di Abu Dhabi

RM Sotheby's
2019-06-28 03:37 113

LONDON, 28 Jun 2019 /PRNewswire/ -- RM Sotheby's telah mengumumkan penyertaan pilihan awal untuk jualan syarikat di FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2019, yang diadakan dengan kerjasama Formula 1® pada 30 November. Begitu selari dengan persekitaran lelong berkenaan, RM Sotheby's memperoleh Ferrari F2002 yang memenangi Kejohanan 2002 oleh Michael Schumacher sebagai item utama jualan berkenaan, berserta 1990 Ferrari F40 yang dipulihkan dengan amat baik dengan jarak perbatuan rendah yang ditandatangani oleh Juara Dunia Formula 1® 4 kali Sebastien Vettel.

 

2002 Ferrari F2002, cesi no. 219, ialah hasil ciptaan mesin yang penting dalam musim Formula 1® 2002, yang serta merta menjadi perlumbaan untuk meraih tempat kedua apabila Michael Schumacher legenda menamatkan perlumbaan dengan tempat pertama atau kedua dalam setiap perlumbaan. Cesi no. 219 menyaksikan kemenangan di tangan Schumacher untuk ketiga-tiga Grands Prix pada tahun 2002, termasuk di Imola, Zeltweg, dan Magny Cours, perlumbaan terakhir yang memberikan gelaran kelima Kejohanan Pemandu Dunia kepada beliau; dengan enam perlumbaan yang tinggal dalam musim tersebut ia kekal menjadi masa paling singkat Gelaran Pemandu Dunia pernah dirangkul. Ferrari turut memperoleh gelaran Kejohanan Pembangun pada tahun tersebut dengan F2002 menyaksikan podium seterusnya ditamatkan bersama rakan sepasukan Rubens Barrichello, yang menamatkan perlumbaan sebagai naib juara dalam Kejohanan Pemandu.

Cesi no. 219 digunakan sebagai kereta pandu uji dalam perlumbaan tahun 2002 yang tinggal dan menamatkan perkhidmatannya selepas musim berkenaan. Sejak itu, ia disimpan dalam koleksi peribadi yang penting merentas pelbagai benua. Dianggap sebagai salah satu kereta Formula 1 yang paling penting dan wakil kepada Ferrari serta era emas Schumacher sebagai juara bertahan, F2002 dianggarkan memberi nilai $5,500,000 - $7,500,000 di Abu Dhabi lewat tahun ini. Satu peratus daripada hasil jualan F2002 akan disumbangkan kepada Keep Fighting Foundation, yang ditubuhkan oleh keluarga Michael Schumacher. Yayasan ini berusaha untuk meneruskan kerja-kerja amal beliau bagi mencapai faedah-faedah budaya dan sosial. Maklumat tambahan tentang usaha dan aktiviti Keep Fighting Foundation disediakan di keepfighting.ms.

Ditawarkan bersama-sama pelumba GP ialah 1990 Ferrari F40, yang muncul semasa pengumuman perkongsian global RM Sotheby's dan Formula 1® di Gulf Air Bahrain Grand Prix 2019 pada awal musim bunga ini dan ditandatangani secara rasmi oleh pemandu Juara Dunia Sebastian Vettel. (Anggaran: $1,500,000 - $1,750,000).

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi rmsothebys.com.

Video - https://mma.prnewswire.com/media/928969/RM_Sothebys_video.mp4

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/791627/RM_Sothebys_Logo.jpg

Source: RM Sotheby's
Related Links:
Keywords: Auto Sporting Events Sports Transportation Broadcast feed announcements Future Events