omniture

Startup Vietnam Foundation (SVF) Umum Wawasan Utama Tonjolkan Vietnam pada Peta Dunia

Startup Vietnam Foundation
2019-07-05 07:54 400

BANDAR RAYA HO CHI MINH , Vietnam, 5 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Startup Vietnam Foundation (SVF), Yayasan Bersosialisasi dan Bukan Berasaskan Keuntungan pertama yang ditubuhkan pada tahun 2014 untuk menyokong ekosistem inovasi di Vietnam, mengadakan Mesyuarat Pemegang-pemegang Kepentingan Utama Tahunannya pada 4 Julai 2019 bagi mengumumkan Wawasan Utama bagi tahun 2020-2025.

About Startup Vietnam Foundation
About Startup Vietnam Foundation

Julai 2019 menandakan pencapaian penting Startup Vietnam Foundation (SVF) apabila ia melangkah ke tahun kelima operasinya. Semasa mesyuarat tahunan berkenaan dengan 200 pemegang kepentingan dalam ekosistem inovasi termasuk pegawai kerajaan, usahawan, universiti, pusat penyelidikan, pelabur, komuniti dan mentor, SVF mengumumkan "SVF 2020 - 2025: Wawasan Utama", yang mengukuhkan lagi komitmennya untuk menyokong Ekosistem Inovasi Nasional.

Dengan Wawasan Utama untuk "Menonjolkan Vietnam pada peta dunia menerusi kecekapan teras teknologi tempatan," SVF akan memberi tumpuan pada tiga tonggak aktiviti pada fasa tahun 2020-2025 yang seterusnya:

1.Memberi Impak kepada Ekosistem dengan memudahkan, berkolaborasi dan berhubung selanjutnya dengan semua pembina dan penyokong ekosistem.

2.Memperkasa Teknologi dengan mengukuhkan kelebihan daya saing untuk teknologi pertanian, teknologi kewangan dan syarikat baharu teknologi.

3.Menghubungkan Pelaburan dengan memanfaatkan jaringan tempatan dan globalnya untuk peluang pelaburan, perdagangan dan pengkomersialan.

SVF mengucapkan terima kasih kepada ratusan rakan kongsi dan mentornya semasa mesyuarat berkenaan, seterusnya menyeru kolaborasi daripada semua pemegang kepentingan dalam ekosistem inovasi nasional. Khususnya, SVF turut mengumumkan secara rasmi inisiatif-inisiatif seluruh negara unggulan untuk meluaskan impaknya ke atas ekosistem inovasi di Vietnam, iaitu Skim Geran Nasional untuk menyokong aktiviti-aktiviti pembina ekosistem, Forum Ekonomi Tempatan tahunan, Program Pembangunan Inovasi untuk pelajar, usahawan, kerajaan tempatan dan pelaburan.

"Vietnam menyerlahkan potensinya untuk mengalami pertumbuhan teknologi. SVF komited untuk menjadi penghubung bagi menyokong mana-mana rakan kongsi global untuk turut serta dan berkolaborasi dengan ekosistem inovasi Vietnam. Kami menyeru semua rakan kongsi global untuk berhubung dengan kami dan meneroka Vietnam - salah sebuah negara baru muncul yang paling aktif di Asia Selatan," kata En. Pham Duy Hieu - Naib Pengerusi SVF.

Latar Belakang Startup Vietnam Foundation (SVF)

Startup Vietnam Foundation (SVF) ialah Yayasan Bersosialisasi dan Bukan Berasaskan Keuntungan yang pertama menyokong ekosistem inovasi di Vietnam dengan memberi impak kepada ekosistem, memperkasa teknologi dan menghubungkan pelaburan. Dengan misi utama, "Untuk Anda, Untuk Vietnam", SVF terlibat secara aktif dengan pelbagai pemegang kepentingan tempatan dan global daripada kalangan pihak kerajaan, universiti, pemecut, inkubator, komuniti mentor, pelabur dan syarikat baharu / usahawan.

Laman Sesawang: www.svf.org.vn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190703/2516103-1

Source: Startup Vietnam Foundation
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Corporate Social Responsibility Not for profit Financial Technology