omniture

Dusk Network Umum Penyenaraian Token DUSK pada Bitfinex, Bittrex International dan Ethfinex

Dusk Network
2019-07-16 23:32 97

Penyenaraian pada bursa-bursa utama susulan pengumpulan dana sebanyak $8.1 juta baru-baru ini oleh Dusk Network berpangkalan di Amsterdam

AMSTERDAM, 16 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Dusk Network, lejar digital telus secara kriptografi, hari ini mengumumkan bahawa mata wang kriptonya, token DUSK (ERC-20) disenaraikan pada platform dagangan aset digital Bitfinex, Bittrex International dan Ethfinex. Pengumuman ini menjadikan Dusk Network sebagai projek rantaian blok Belanda pertama dengan token disenaraikan pada bursa iFinex. Token ini disediakan kepada kumpulan pengguna Bitfinex, Bittrex International dan Ethfinex mulai 11 Julai 2019.

Emanuele Franconi, Pengasas dan Ketua Teknologi Dusk Network, berkata, "Penyenaraian token DUSK pada bursa-bursa utama Bitfinex, Bittrex International dan Ethfinex, merupakan pencapaian penting untuk Dusk Network. Sejak penubuhan kami pada awal tahun 2018, kami berusaha untuk mengubah ekosistem aset digital dengan mengurangkan halangan kemasukan dan membuat penambahbaikan yang besar dalam kerahsiaan, kesemuanya sambil menjamin pematuhan pengawalseliaan. Menuju masa depan, kami teruja untuk meneruskan momentum ini dan membawakan lejar kewangan global kami kepada orang awam."  

Dusk Network yang berpangkalan di Amsterdam ialah protokol rantaian blok berorientasi privasi yang bertujuan untuk menyelaraskan terbitan sekuriti digital dan mengautomasikan pematuhan perdagangan bersama sekuriti-sekuriti boleh diatur cara dan sulit yang pertama di dunia. Memanfaatkan teknologi pruf sifar-pengetahuan, Dusk Network boleh digunakan oleh pembangun untuk mencipta pelbagai senarai tindakan pengguna dan perusahaan yang memerlukan ciri privasi, kebolehauditan dan pematuhan yang kukuh. Syarikat-syarikat dan projek-projek akan menggunakan rangkaian sumber terbuka bagi mencipta aplikasi terpencar sekaligus mematuhi keperluan pematuhan yang ketat.

Pada bulan Disember 2018, Dusk Network mengumpul sejumlah $8.1 juta melalui jualan persendirian dan merupakan projek pertama yang menjadikan token-token mereka tersedia pada Tokinex, platform oleh Ethfinex & Bitfinex. Semasa pengumpulan dana ini, Dusk Network memperoleh pembiayaan daripada Olymp Capital, dana pengurusan aset Eropah komprehensif pertama yang dikhususkan untuk rantaian blok dan aset kripto.

Christophe De Courson, Ketua Pegawai Eksekutif Olymp Capital S.A yang berpangkalan di Luxembourg, berkata, "Dalam membangunkan portfolio Olymp Capital, kami mencari projek-projek yang mempunyai pasukan kepimpinan yang mantap, berpotensi menyelesaikan masalah dalam dunia sebenar melalui teknologi terpencar dan, paling penting, menjayakan visi mereka. Dusk Network telah melangkaui jangkaan kami secara keseluruhan dan kami yakin dengan hala tuju masa depannya. Kami percaya bahawa momentum yang berterusan akan membolehkan Dusk Network mencapai matlamatnya untuk membentuk semula ekosistem kewangan."

Butiran Maklumat Perhubungan - Jeske Eenink, jeske@dusk.network 

 

Source: Dusk Network
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Blockchain Financial Technology