omniture

The Killers muncul Penghibur Utama Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam Malam Ahad di Abu Dhabi Grand Prix 2019

Yas Marina Circuit
2019-07-17 01:07 134

ABU DHABI, UAE, 16 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Litar Yas Marina dan FLASH Entertainment telahpun mengumumkan bintang-bintang handalan muzik global seterusnya untuk mengadakan persembahan di Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam tahun ini sebagai sebahagian daripada FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2019.

 

The Killers Confirmed to Headline Sunday Yasalam After-Race Concert at 2019 Abu Dhabi Grand Prix
The Killers Confirmed to Headline Sunday Yasalam After-Race Concert at 2019 Abu Dhabi Grand Prix

 

Penyanyi-penyanyi rock Amerika The Killers akan mempersembahkan senarai lagu-lagu sensasi besar-besaran yang lebih hebat seumpamanya termasuk 'Mr Brightside', 'Somebody Told Me', 'Human' dan banyak lagi di du Arena, Pulau Yas, pada hari Ahad 1 Disember.

Penambahan The Killers kepada barisan penghibur antarabangsa meneruskan keterujaan dan momentum besar yang dicetuskan awal tahun ini dengan sempurna menerusi pengumuman sensasi hip hop Amerika Travis Scott yang akan membuat persembahan di Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam Jumaat ini.

Melangkah ke pentas di Abu Dhabi hanya buat kali kedua dalam kerjaya luar biasa mereka, The Killers bakal melabuhkan tirai perayaan muzik F1® tahun ini dengan persembahan epik daripada lagu-lagu sensasi terhebat mereka.

Dengan peminat-peminat muzik daripada semua peringkat usia yang menggelar diri mereka sebagai peminat-peminat Travis Scott dan The Killers, Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam pada malam Jumaat dan Ahad ini pastinya akan membuktikan ia bakal menjadi kejayaan besar dengan peminat-peminat perlumbaan antarabangsa.

Menawarkan nilai hebat kepada peminat perlumbaan yang setia, terdapat juga sehingga 20 peratus diskaun Pembeli Awal untuk mereka yang membeli tiket Abu Dhabi Grand Prix sebelum 31 Julai.

Al Tareq Al Ameri, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Yas Marina, berkata: "Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa The Killers akan mengadakan persembahan penghibur utama pada malam Ahad di Konsert Pasca Perlumbaan Abu Dhabi Grand Prix.

"Dengan koleksi besar lagu-lagu hebat global mereka, permintaan peminat yang tinggi dan persembahan secara langsung yang luar biasa, The Killers merupakan kumpulan penyanyi terbaik untuk mengadakan persembahan di du Arena pada penghujung hari keempat aksi F1® yang hebat."

"FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX tahun ini akan menjadi perayaan bagi yang terbaik dalam sukan bermotor dan persembahan muzik secara langsung menerusi lima hari penuh barisan hiburan dalam litar dan luar litar tatkala kami meraikan dekad kedua kejayaan kami di Litar Marina Yas Abu Dhabi."

FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2019 akan berlangsung mulai hari Khamis, 28 November hingga Isnin, 2 Disember — membawakan lima hari penuh hiburan dalam litar dan luar litar di seluruh Pulau Yas.

Tiket-tiket tersedia dalam talian di www.yasmarinacircuit.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/947523/The_Killers_Abu_Dhabi_Grand_Prix.jpg

 

Source: Yas Marina Circuit
Keywords: Entertainment Music Sporting Events Sports New products/services