SINGAPURA, 12 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Pengguna di Asia Pasifik merupakan antara yang paling canggih apabila melibatkan penglibatan digital dengan perkhidmatan kewangan, dengan tujuh puluh tiga peratus pengguna percaya bahawa mereka sepatutnya boleh menyempurnakan sebarang tugas kewangan pada peranti mudah alih, menurut data* baharu yang dikeluarkan oleh Forrester.
Pengguna hari ini memilih untuk berinteraksi dengan penyedia perkhidmatan kewangan mereka melalui salurah digital, khususnya di negara-negara yang mengutamakan mudah alih seperti Tanah Besar China, India, Thailand dan Indonesia. Tujuh puluh tujuh peratus pelanggan perbankan di Asia Pasifik memilih saluran digital, yang turut digemari oleh pelanggan insurans hayat di negara-negara seperti Tanah Besar China, Thailand, India dan Australia.
Di samping itu, Forrester mendapati bahawa ramai pelanggan mempercayai firma-firma pembayaran dan firma-firma teknologi berbanding penyedia-penyedia perkhidmatan kewangan tradisional untuk membantu mereka mengurus kewangan mereka dengan lebih baik. Syarikat-syarikat gergasi teknologi global, penyedia-penyedia perkhidmatan pembayaran, pengusaha-pengusaha eDagang malah pemimpin-pemimpin perkongsian tunggangan telahpun mengancam firma-firma yang mantap dengan menawarkan pengalaman digital yang ringkas, mudah dan lebih diperibadikan.
Meskipun bank-bank memimpin kepercayaan pengguna untuk bertindak demi kepentingan terbaik untuk kesejahteraan kewangan mereka, barisan pengusaha-pengusaha digital yang mengejutkan tidak jauh ketinggalan. Di India, Google mengalahkan bank-bank sebagai syarikat yang paling dipercayai untuk bertindak demi kepentingan kewangan terbaik mereka. Di Tanah Besar China, Alibaba dan WeChat tidak jauh ketinggalan di belakang bank manakala di seluruh rantau tersebut, syarikat-syarikat insurans menduduki tempat tiga teratas hanya di dua wilayah: Hong Kong dan Malaysia.
"Pengguna berkemungkinan untuk terlibat dengan firma-firma yang memberi keutamaan untuk membantu mereka meningkatkan kesejahteraan kewangan," kata Dane Anderson, naib presiden, pengarah penyelidikan dan pengurus serantau, Forrester. "Kami berharap agar pelanggan akan meleraikan ekosistem perkhidmatan kewangan peribadi mereka secara dinamik dan menyusunnya semula bersama pengusaha yang lebih baharu dan lebih baik. Institusi-institusi tradisional mempunyai beberapa kelebihan namun akan ketinggalan sekiranya mereka tidak berubah lebih pantas bagi menyahut cabaran tersebut."
Untuk analisis lebih mendalam tentang pelanggan perkhidmatan kewangan di Asia Pasifik, muat turun panduan percuma Forrester.
*Tinjauan Perkhidmatan Kewangan Asia Pasifik Forrester Analytics Consumer Technographics® 2019 dilancarkan untuk 14,900 orang dewasa secara dalam talian di Australia, Tanah Besar China, Hong Kong, metro India, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand. |
Latar Belakang Forrester
Forrester (Nasdaq: FORR) ialah salah sebuah firma penyelidikan dan khidmat nasihat yang paling berpengaruh di dunia. Kami bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin perniagaan serta teknologi untuk membangunkan strategi yang diutamakan oleh pelanggan yang mendorong pertumbuhan. Pandangan unik Forrester adalah berdasarkan tinjauan tahunan melibatkan lebih 675,000 pengguna dan pemimpin perniagaan di seluruh dunia, kaedah yang ketat dan objektif serta kebijaksanaan bersama oleh pelanggan kami yang paling inovatif. Melalui penyelidikan proprietari, analitik, perundingan tersuai, kumpulan rakan setara eksekutif yang eksklusif, tawaran belajar, dan acara, pengalaman Forrester adalah mengenai tujuan tunggal dan berkuasa: untuk mencabar pemikiran pelanggan kami bagi membantu mereka membawa perubahan dalam organisasi.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190807/2545602-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181119/2303909-1LOGO?lang=0