omniture

Gardner Denver Sediakan Penyelesaian Udara Termampat Khidmat Penuh Bantu Pacu Peningkatan Pembuatan Asia Tenggara

Gardner Denver
2019-08-16 06:29 422

SINGAPURA, 16 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Peningkatan ketegangan global telah menimbulkan ketegangan pada hubungan dagangan antara beberapa negara seluruh dunia. Hubungan yang tegang ini, digandingkan dengan peningkatan ketidaktentuan ekonomi global, telah mendorong kenaikan kos menjalankan perniagaan untuk banyak syarikat, khusunya dalam sektor pembuatan, dengan negara-negara yang dahulunya dilihat sebagai kuasa besar pembuatan kehilangan klusternya tatkala kos meningkat. Dalam usaha untuk memenuhi peningkatan permintaan, sekaligus kekal berdaya saing, banyak syarikat mula berusaha untuk memindahkan pengeluaran ke wilayah-wilayah yang sedang membangun yang dapat menawarkan kestabilan lebih besar pada kos yang lebih rendah.

Hasilnya, negara-negara seperti Vietnam, Thailand dan Filipina telah menyaksikan peningkatan jelas dalam aktiviti pembuatan; dengan beberapa industri, bermula dengan produk pengguna dan automotif kepada perindustrian dan kimia, menunjukkan peningkatan minat dan pelaburan di wilayah tersebut. Walau bagaimanapun, adakah pengilang-pengilang Asia Tenggara dilengkapi dan bersedia untuk mengendalikan kadar pertumbuhan yang pesat?

Bagi menjamin pertumbuhan mampan yang berterusan, pengendali perlu memastikan agar kemudahan pengeluaran mereka beroperasi pada kadar tertinggi. Peralatan yang penting untuk proses pengeluaran, seperti sistem udara termampat, perlu menyediakan operasi yang stabil, cekap tenaga dan andal agar pengendali dapat kekal berdaya saing dan dapat mengurus peningkatan permintaan secara berkesan.

Pemilihan pemampat atau sistem udara termampat yang tepat, walau bagaimanapun, boleh menjadi tugas yang rumit dan mencabar. Sama ada membeli baharu atau menaik taraf, pengendali harus mengambil kira beberapa pertimbangan utama untuk memastikan bahawa mereka memilih peralatan yang tepat. Pengendali perlu memulakan proses dengan menjalankan analisis jitu terhadap keperluan udara termampat mereka, diikuti dengan profil keperluan terperinci, bagi memastikan bahawa mereka memilih penyelesaian yang memenuhi tuntutan udara mereka dan dalam masa yang sama berada dalam kekangan kewangan jangka pendek dan panjang.

Penyelesaian udara termampat CompAir untuk membantu peningkatan pembuatan Asia Tenggara
Penyelesaian udara termampat CompAir untuk membantu peningkatan pembuatan Asia Tenggara

Perancangan menjadi Kunci
Sebelum membeli pemampat, pengendali perlu mengumpul pelbagai data daripada seluruh rangkaian udara termampat mereka. Maklumat termasuk tuntutan udara termampat semasa dan masa depan, kualiti udara termampat yang diperlukan, sama ada haba buangan daripada pemampat yang digunakan untuk satu lagi proses operasi dapat membantu. Sekiranya pemampat ditambah kepada stesyen sedia ada, maka pengendali juga perlu mengambil kira penyepaduan ke dalam teknologi kawalan.

Umumnya dinasihatkan agar pengendali mengukur permintaan udara termampat selama tempoh masa berperwakilan untuk dapat membina profil keperluan yang terperinci. Dengan berbuat demikian dapat memudahkan proses pemilihan dan menjamin agar keperluan yang tepat dibeli.

Mengambil Kira Kos Kitaran Hayat
Tenaga dapat menyumbang sebanyak lebih dua pertiga daripada kos kitaran hayat sistem udara termampat. Dengan itu, penting agar pengendali memberi tumpuan terhadap kos kitaran hayat sistem mengatasi harga belian. Meskipun sistem dengan 'harga jualan runcit terpapar' yang rendah mungkin memberi penjimatan jangka pendek, kecekapan yang lemah sepanjang hayat sistem dapat mensia-siakan sebarang penjimatan kos yang dibuat dalam tempoh jangka pendek.

Memilih Prinsip Operasi yang Tepat
Tidak semua teknologi pemampat sama penciptaannya. Selain omboh, skru dan turbo tradisional yang sedia diketahui, terdapat beberapa prinsip operasi baharu dan teknologi pacuan yang dibangunkan dengan kecekapan tenaga, dan dalam sesetengah keadaan, aplikasi tertentu diutamakan.

Penting untuk pengendali mengurus pemilihan perancangan dan peralatan tanpa sebarang idea pratanggap terhadap jenis, kapasiti atau spesifikasi pemampat. Pengendali perlu mengambil kira keperluan operasi, kualiti dan kecekapannya selain aplikasi yang dihasratkan dan juga belanjawan; kemudian menilai dengan teliti setiap pilihan tersedia untuk memastikan peralatan yang dibeli memenuhi keperluannya.

Menilai Keperluan Kualiti Udara
Kualiti udara adalah penting untuk banyak proses, walau bagaimanapun keperluannya boleh menjadi sangat berbeza mengikut industri. Proses pengeluaran yang sensitif seperti pengeluaran makanan atau farmaseutikal, yang mana sekurang-kurangnya sebahagian daripada aliran udara termampat perlu memenuhi keperluan kualiti tertinggi, akan perlu mengambil kira sama ada penghasilan 100% udara bebas minyak secara terus atau melalui penapisan. Kedua-dua kaedah berkenaan mempunyai meritnya, walau bagaimanapun, setiap satunya memberi tahap kecekapan yang berbeza-beza. Biarpun penyingkiran aerosol minyak daripada udara termampat merupakan satu proses yang rumit, mampatan dalam pemampat berpelincir minyak setakat ini dianggap lebih cekap.

Dengan mengimbangi keperluan kualiti dan kecekapannya secara teliti, selain sentiasa mengetahui perkembangan terkini menerusi kemajuan terbaharu dalam proses dan teknologi, pengendali dapat mengurangkan dengan ketara jumlah kompromi yang perlu dibuat antara kualiti dan kecekapan.

Pengalaman Penting
Memilih vendor yang tepat dapat membantu menyelaraskan proses pemilihan peralatan. Memilih vendor dengan sejarah pengalaman yang panjang, selain portfolio produk yang luas dapat membantu pengendali memastikan mereka memilih pemampat atau sistem udara yang tepat dan mengelakkan hanya memilih teknologi terkini atau tawaran terbaik.

Sebagai penyedia perkhidmatan penuh, Gardner Denver boleh bekerjasama dengan anda untuk memilih sistem udara termampat yang tepat untuk kilang anda. Memanfaatkan lebih seabad pengalaman, kami bekerjasama dengan pelanggan kami untuk menghasilkan ringkasan yang komprehensif tentang keperluan mereka, kemudian bekerjasama dengan mereka untuk menyediakan penyelesaian yang disesuaikan. Bermula dengan pemampat kendiri kepada penyelesaian direkayasa-mengikut-tempahan, portfolio meluas kami melibatkan pemampat berpelincir minyak, bebas minyak dan mudah alih meliputi pelbagai prinsip dan teknologi operasi; membolehkan kami menyediakan penyelesaian bagi memenuhi walaupun keperluan udara termampat yang paling rumit.

Latar Belakang Gardner Denver
Gardner Denver (NYSE: GDI) ialah penyedia global yang terkemuka bagi kawalan aliran misi kritikal dan peralatan mampatan serta komponen selepas jualan berkaitan, barangan guna habis serta perkhidmatan, yang dijual olehnya merentas pelbagai pasaran akhir yang menarik dalam perindustrian, industri tenaga dan juga perubatan. Rangkaian luas dan lengkap produk serta perkhidmatan pemampat, pam, vakum serta peniup, berserta kepakaran aplikasinya dan lebih 155 tahun warisan kejuruteraan, membolehkan Gardner Denver untuk menyediakan tawaran produk dan perkhidmatan berbeza untuk kegunaan tertentu oleh pelanggannya. Gardner Denver menyokong pelanggan melalui jejak geografi globalnya melibatkan 41 kemudahan pengilangan utama, lebih 30 pusat perkhidmatan dan pembaikan pelengkap dalam enam benua serta menggaji kira-kira 6,700 pekerja di seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551512-1?lang=0

Source: Gardner Denver
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals New products/services Survey, Polls & Research