omniture

Jalan Sutera Xinhua : Haier bina jenama bertanggungjawab seluruh dunia

Xinhua Silk Road Information Service
2019-08-26 17:14 439

BEIJING, 26 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- AQUA, jenama global Haier Group yang dilancarkan secara rasmi di Indonesia pada tahun 2015, menyumbangkan televisyen, peti sejuk, mesin basuh, alat tulis, buku dan buku nota ke rumah anak yatim di Solo, sebuah bandar di Wilayah Jawa Tengah, Indonesia, pada hari Selasa.

The donation event held by AQUA in an orphanage in Solo, Indonesia, on August 20.
The donation event held by AQUA in an orphanage in Solo, Indonesia, on August 20.

"AQUA adalah syarikat pertama yang menyumbang kepada rumah anak yatim kami, yang membuatkan kami sangat tersentuh," kata Aspriyanto, pengarah rumah anak yatim, sambal menggenggam erat tangan pegawai AQUA yang bertanggungjawab.

"Derma AQUA bukan sahaja akan meningkatkan kualiti kehidupan kanak-kanak dan pendidikan, tetapi juga merangsang semangat mereka untuk kehidupan dan pembelajaran, terima kasih AQUA," tambah Aspriyanto.

Derma kepada rumah anak yatim di Solo ialah acara sumbangan kedua yang diadakan oleh AQUA Indonesia pada tahun 2019.

Arina Nur Azizah, pelajar sekolah menengah 15 tahun yang berasal dari kawasan luar bandar Solo dan memasuki rumah anak yatim lima tahun yang lalu, berharap untuk pergi ke kolej dan menjadi akauntan pada masa akan datang.

"Terima kasih AQUA kerana memberikan saya limpahan kasih sayang dan kemesraan. Saya akan menggunakan alat tulis dan buku teks ini dengan baik, belajar dengan sungguh-sungguh dan merealisasikan cita-cita hidup saya," kata Arina Nur Azizah.

Sejak awal tahun 2019, AQUA Indonesia telah memberi tumpuan kepada pertumbuhan anak-anak yatim. Pada bulan Mei, AQUA Indonesia telah mengadakan lawatan ke rumah anak yatim di Jakarta, ibu kota Indonesia. Di samping menghantar perkakas rumah, alat tulis dan buku teks, kakitangan dari AQUA Indonesia juga tinggal bersama anak-anak ini, bermain bersama mereka, belajar tentang pembelajaran dan kehidupan mereka, dan memberi mereka perhatian dan pertimbangan.

AQUA Indonesia merancang untuk mengadakan satu lagi acara sumbangan pada bulan Disember di sebuah rumah anak yatim di Surabaya, kota kedua terbesar di Indonesia.

AQUA Indonesia ialah contoh Haier dalam membina jenama yang bertanggungjawab di seluruh dunia. Sebagai jenama global, Haier komited untuk mempromosikan kesejahteraan awam melibatkan kanak-kanak dan pendidikan semasa prosesnya menjadi global.

Setakat ini, jumlah dana dan barangan untuk kebajikan awam yang disumbangkan oleh Haier telah melebihi 500 juta yuan.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/307902.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190823/2560244-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Education Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Children-related news Corporate Social Responsibility