omniture

Sanya, China Promosi Lokasinya sebagai Destinasi Pelancongan Tanpa Visa di Riga, Latvia

Sanya Tourism, Culture, Radio, Television and Sports Bureau
2019-08-31 23:40 224

RIGA, Latvia, 31 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Satu delegasi perniagaan dengan lima anggota dari bandar destinasi pelancong China, Sanya, Hainan, mengadakan lawatan ke Latvia, Croatia dan Hungary mulai 21 hingga 29 Ogos, sebagai sebahagian daripada usaha Sanya untuk mempromosikan khazanah sumber pelancongannya yang luas di negara-negara Baltik dan Nordik, dengan matlamat untuk mengukuhkan kerjasama dan pertukaran perniagaan antara Sanya dan bandar-bandar di kedua-dua rantau ini. Delegasi ini diketuai oleh Rong Liping, Pengerusi Jawatankuasa Perbandaran Sanya daripada Persidangan Perundingan Politik Rakyat Cina dan diiringi oleh pegawai-pegawai daripada Jawatankuasa Perbandaran Sanya CPPCC, Biro Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan Sanya serta Biro Perdagangan Perbandaran Sanya.

Acara Promosi Bandar Sanya (Riga)
Acara Promosi Bandar Sanya (Riga)

Dari 21 hingga 22 Ogos, delegasi ini mengunjungi Kementerian Pengangkutan Latvia, Agensi Pelaburan dan Pembangunan Latvia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Riga. Delegasi ini disambut mesra oleh pengarah Jabatan Penerbangan Kementerian Pengangkutan Latvia, Arnis Muiznieks, Ketua Pengarah Agensi Pelaburan dan Pembangunan Andris Ozols serta Pengerusi Lembaga Lapangan Terbang Antarabangsa Riga Ilona Lice.

Pada 23 Ogos, Acara Promosi Bandar Sanya (Riga), salah satu inisiatif delegasi untuk meluaskan pengetahuan tentang banyak ciri bandar tersebut dengan tarikan istimewa kepada pelancong di luar tanah besar Cina, telahpun diadakan di Radisson Blu Latvija Hotel di Riga. Lebih 60 orang tetamu, termasuk Sun Yinglai, Charge d'affaires a.i. bagi Kedutaan Republik Rakyat China di Republik Latvia dan Shen Xiaokai, Kaunselor Ekonomi dan Komersial di Kedutaan Republik Rakyat China di Republik Latvia, Arturs Kokars, Penasihat Lembaga di Lapangan Terbang Antarabangsa Riga, Marta Ivaninoka-Cjina, Wakil Kebudayaan dan Pelancongan di China di Agensi Pelaburan dan Pembangunan Latvia serta wakil-wakil daripada masyarakat Cina Latvia, selain wakil-wakil industri pelancongan dan media dari Latvia, Finland dan Lithuania, diundang untuk mengambil bahagian dalam acara promosi ini.

Dalam ucapan beliau di acara ini, Cik Rong menekankan dasar tanpa visa Sanya untuk penduduk dari 59 negara (yang mana Latvia merupakan salah satu daripadanya) dan ciri-ciri Sanya yang sangat menarik kepada pelancong dan mereka yang dalam percutian, menyimpulkan bahawa "Sukar untuk menggambarkan sepenuhnya dengan kata-kata tentang keindahan, daya hidup dan prospek Sanya sebagai sebuah destinasi pelancongan." Kaunselor Ekonomi dan Komersial Kedutaan Cina En. Shen dan Penasihat Lapangan Terbang Antarabangsa Riga, En. Kokars turut menyampaikan ucapan, menyatakan sokongan mereka untuk pertukaran kolaboratif dan penerbangan terus antara Sanya dan Riga.

Maksims Pipekevics, wakil dari agensi pelancongan, berkata di acara ini bahawa "Ketiga-tiga negara di sepanjang negara-negara Baltik dan Nordik kesemuanya merupakan negara bebas visa untuk pengembara yang menjelajah ke Wilayah Hainan. Pelancong-pelancong dari negara-negara ini tidak perlu mengambil masa untuk memohon visa dan boleh berada di Sanya sehingga 30 hari. Dasar pelancongan tanpa visa Sanya akan menjadi faktor pelaris utama."

Sejak awal tahun, Sanya aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti promosi pelancongan bagi membantu firma-firma pelancongan Sanya meluaskan capaian antarabangsanya, menarik pelaburan asing serta mewujudkan saluran pemasaran dan pusat promosi luar negara. Bandar ini bekerjasama dengan agensi-agensi pelancongan yang terkenal di dunia, termasuk Thomas Cook dan Colatour untuk melancarkan jerayawara pelancongan di seluruh dunia. Pusat-pusat promosi telahpun beroperasi di wilayah-wilayah dan negara-negara termasuk Wilayah Taiwan, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China, Indonesia, Malaysia, Jepun dan India.

Source: Sanya Tourism, Culture, Radio, Television and Sports Bureau
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Travel Trade show news