omniture

Inovasi teknologi perubatan Jerman menang anugerah antarabangsa oleh Syntellix kini dihasilkan di Singapura untuk seluruh Asia

Syntellix Asia Pte Ltd
2019-09-13 17:22 395

SINGAPURA, 12 September 2019 /PRNewswire/ -- Dengan kehadiran Duta Jerman dan Pengerusi EDB Singapore, Syntellix Asia Pte Ltd merasmikan tapak pengeluarannya di Tuas, yang menjadi tuan rumah kepada pemprosesan CNC kering pertama untuk aloi magnesium termaju di Asia. Oleh yang demikian, Singapura menjadi hab Asia untuk implan logam biobolehserap unik secara global yang dibangunkan oleh perintis teknologi perubatan Jerman Syntellix AG yang boleh menyelamatkan banyak nyawa dengan menjadikan pembedahan penyingkiran implant dan risiko-risiko jangkitan dan anestesia yang berkaitan tidak perlu dihadapi lagi.

Internationally awarded German med-tech innovation by Syntellix now produced in Singapore for the whole of Asia. Syntellix Asia Pte Ltd is a 100% subsidiary of Syntellix AG, Hannover / Germany. Syntellix is the world market and technology leader in the field of bioabsorbable metallic orthopaedic implants.
Internationally awarded German med-tech innovation by Syntellix now produced in Singapore for the whole of Asia. Syntellix Asia Pte Ltd is a 100% subsidiary of Syntellix AG, Hannover / Germany. Syntellix is the world market and technology leader in the field of bioabsorbable metallic orthopaedic implants.

Syntellix diberi pengiktirafan pada bulan Mei dengan Emas bagi Anugerah Inovasi Jerman untuk implan magnesium MAGNEZIX® Pins. Implan MAGNEZIX® terdegradasi dalam tubuh manusia dan ditukarkan kepada tisu tulang, seraya membantu proses penyembuhan. Gowreeson Thevendran, seorang pakar bedah terkemuka dari Singapura, menggambarkan teknologi magnesium yang dibangunkan oleh Syntellix sebagai "piawaian emas baharu" untuk pembedahan ortopedik dan trauma, kerana melalui pengalaman luas beliau di Tan Tock Seng Hospital, Mount Elizabeth Novena dan Raffles Hospital, ia tidak mempunyai kelemahan, tetapi banyak kelebihan dibandingkan dengan implan konvensional yang diperbuat daripada titanium. Implan Syntellix juga berjaya digunakan di NUH, SGH, CGH, Gleneagles, Mount Elizabeth Orchard, Farrer Park Hospital dan Sengkang General Hospital. Ia mempunyai pendaftaran produk di 56 negara seluruh dunia termasuk Singapura.

"Ini merupakan hari yang amat membanggakan buat kami dan hari yang amat baik untuk Singapura dan penduduknya yang hebat," kata Prof Dr Utz Claassen, Ketua Pegawai Eksekutif Syntellix AG dan Pengerusi Eksekutif Syntellix Asia Pte Ltd, di upacara perasmian. "Kami melihatnya sebagai pengesahan selanjutnya bahawa teknologi magnesium unik kami berpotensi untuk menggantikan implan titanium, keluli atau polimer konvensional di merata tempat di dunia. Pencapaian hari ini seterusnya akan menjadi insentif tambahan buat kami untuk meneruskan pendekatan kami yang membuahkan hasil tanpa kompromi demi kebaikan pesakit di seluruh dunia."

"Keputusan Syntellix untuk menubuhkan tapak pengeluarannya di Singapura menjadi satu sokongan kepada kekuatan Singapura sebagai lokasi untuk aktiviti-aktiviti pembuatan canggih dan berteknologi tinggi. Sistem implan ortopedik MAGNEZIX Syntellix adalah amat inovatif dan kami berharap kemudahan baharu di sini dapat menyumbang kepada kejayaan komersialnya," kata Dr Beh Swan Gin, Pengerusi EDB.

Syntellix Asia Pte Ltd ialah 100% subsidiari milik Syntellix AG, Hannover/Jerman. Syntellix ialah peneraju pasaran dan teknologi dunia dalam bidang implan ortopedik logam biobolehserap.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190910/2575284-1?lang=0

Source: Syntellix Asia Pte Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services