omniture

Rancang Percutian Hebat Anda Seterusnya

Next Story Group
2019-09-17 00:50 430

Tempah sekarang dan nikmati faedah percuma di sepanjang penginapan hotel di Australia dan Laos

SINGAPORE, 17 September 2019 /PRNewswire/ -- Bercuti di destinasi hebat di Australia dan Laos pada percutian akan datang. Pelancong bebas dan pasangan menantikan secebis pengembaraan dan percintaan, manakala keluarga mempunyai banyak pilihan yang mesra kanak-kanak untuk cuti sekolah. Next Story Group mempersembahkan tawaran dalam portfolionya, yang termasuk Next, Sage, Country Comfort dan Chifley di Australia dan Kiridara di Laos. Tempah hotel yang menggunakan jenama-jenama ini untuk menikmati sarapan pagi percuma, naik taraf bilik percuma dan waktu daftar keluar lewat*. Selain itu, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun juga menginap dan makan secara percuma.

Hotel-hotel Sage di Melbourne, Wollongong, Adelaide dan West Perth akan menggembirakan tetamu-tetamu muda dengan tepee Sage yang istimewa di dalam bilik. Sage Hotel Wollongong mempunyai Bilik Aktiviti baharu yang dipenuhi dengan permainan-permainan khusus untuk si kecil, sementara Sage Hotel West Perth menawarkan perkhidmatan basikal percuma yang membolehkan seluruh keluarga pergi bersiar bersama-sama.

Terletak di pintu masuk ke Yarra Valley, Sage Hotel Melbourne Ringwood menawarkan bilik-bilik moden dan menggalakkan para tetamu untuk keluar dan meneroka pengalaman tempatan. Nikmati koktel istimewa hotel di Waktu Ria, yang beroperasi setiap hari dari pukul 3-6 petang. Restoran Partake hotel mengutamakan hasil tempatan dan terdapat menu kanak-kanak khas untuk memastikan semua orang berpuas hati di sepanjang tempoh cuti sekolah.

Kiridara Luang Prabang di Laos ialah kawasan perlindungan lereng bukit untuk pengembara yang mencari ketenangan dan keindahan semulajadi. Dikelilingi oleh hutan dan menawarkan pemandangan Gunung Phou Si, pusat peranginan ini juga mempunyai kolam infiniti dan salah satu daripada spa terbaik di bandar ini. Pusat peranginan ini ialah pangkalan terbaik untuk mula meneroka bandar purba, Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Tempah Percutian Hebat Anda Seterusnya dari sekarang hingga 6 Oktober untuk penginapan dari 16 September 2019 hingga 31 Mac 2020. Tempahan boleh dilakukan terus di www.nexthotels.com.

*Terma dan syarat terpakai: Sarapan pagi percuma untuk setiap tempahan dewasa dan naik taraf percuma untuk jenis bilik tersedia berikutnya tertakluk kepada ketersediaan. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh makan secara percuma bersama orang dewasa yang membayar dan menginap secara percuma apabila menggunakan tempat tidur sedia ada.

Latar Belakang Next Story Group

Next Story Group mencipta dan mengubah ruang-ruang bandar menjadi komuniti yang berkembang maju. Next Story Group kini mempunyai 40 hartanah yang beroperasi dan dalam perancangan dalam portfolionya, yang merangkumi jenama-jenama hotel – Next, Sage dan LinQ – dan konsep gaya hidup bandar yang mendefinisikan genre, Kafnu. Untuk maklumat lanjut: www.nextstory.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190214/2375429-1LOGO-a?lang=0

Source: Next Story Group
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Travel