omniture

Hadiah LUI Che Woo Anjur Upacara Penyampaian Hadiah 2019

Tiga penerima hadiah diiktiraf dengan anugerah oleh tetamu-tetamu kehormat termasuk Ketua Eksekutif Puan Carrie Lam dan Dr Lui Che-woo
LUI Che Woo Prize Limited
2019-10-04 14:52 423

HONG KONG, 4 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Memuji pencapaian luar biasa individu-individu dan organisasi-organisasi yang berusaha untuk membina dunia yang lebih baik, Hadiah LUI Che Woo - Hadiah untuk Peradaban Dunia, mengadakan Upacara Penyampaian Hadiah tahunannya pada malam 3 Oktober 2019 di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong.

Tiga penerima Hadiah LUI Che Woo 2019: The Nature Conservancy, memenangi Hadiah Kemampanan; Dr Jennifer A. Doudna, memenangi Hadiah Pembaikan Kebajikan; dan Cik Fan Jinshi, memenangi Hadiah Tenaga Positif.

Upacara Penyampaian Hadiah pada malam ini dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat termasuk Yang Berhormat Puan Carrie Lam Cheng Yuet-ngor, Ketua Eksekutif Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong, Yang Berhormat En. Tung Chee-hwa, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-13; Profesor TAN Tieniu, Naib Menteri Pejabat Perhubungan Kerajaan Rakyat Pusat di Hong Kong; En. Huang Lanfa, Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan dengan Hong Kong, Macau, Taiwan dan Luar Negara CPPCC; En. Yang Yirui, Timbalan Pesuruhjaya Pejabat Suruhanjaya Kementerian Hal Ehwal Luar di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Dr Lui Che-woo, Pengasas Hadiah LUI Che Woo dan Pengerusi Lembaga Gabenor merangkap Majlis Hadiah bagi Hadiah LUI Che Woo; dan Profesor Lawrence J. Lau, Pengerusi Jawatankuasa Cadangan Hadiah. Ahli-ahli lain yang dihormati dari badan-badan pentadbir Hadiah LUI Che Woo turut hadir.

Pengasas Hadiah, Dr Lui Che-woo berkongsi kata-kata penuh makna di Upacara Penyampaian Hadiah tersebut dengan berkata, "Beberapa tahun yang lalu, saya mengasaskan Hadiah LUI Che Woo berdasarkan kepercayaan saya terhadap 'kedamaian abadi dan keharmonian yang dikongsi'. Saya berharap setiap orang dapat mencari ketenangan jiwa dengan menjadi lebih penyayang dan lebih memahami, dan bersama-sama menghargai apa yang diberikan oleh dunia. Dengan mengetahui bahawa pencapaian-pencapaian yang diraih dengan bersusah payah oleh penerima-penerima hadiah ini selari dengan visi saya terhadap hadiah berkenaan, hanya kegembiraan yang dirasakan."

Puan Carrie Lam turut menyampaikan ucapan di majlis ini dan mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima anugerah tahun ini dengan mengulas, "Ini merupakan kali ketiga berturut-turut saya mengambil bahagian dalam majlis Hadian Lui Che Woo. Terus terang saya katakana, saya berbesar hati dan gembira untuk berada di sini, untuk menyaksikan visi Dr Lui jadi kenyataan dengan gemilangnya. Ia satu keistimewaan, untuk menyertai anda dalam meraikan mereka yang mempunyai matlamat dan semangat, yang memberikan khidmat untuk kebaikan bersama yang lebih meluas."

Penerima-penerima Hadiah LUI Che Woo 2019 

Hadiah Kemampanan 2019 disampaikan kepada The Nature Conservancy. Sebuah pertubuhan bukan untung global yang dikhususkan kepada pemuliharaan daratan dan perairan, The Nature Conservancy bekerjasama dengan beberapa organisasi dan individu berbeza untuk menangani masalah perubahan iklim, kekurangan air, kekurangan makanan dan cabaran pemuliharaan yang lain. Jaringannya mencakupi lebih satu juta ahli dan enam benua, menjadikannya salah sebuah kumpulan alam sekitar yang paling berkesan dan meluas di dunia. Di Hong Kong, The Nature Conservancy memupuk pemimpin-pemimpin alam sekitar masa depan melalui inisiatif-inisiatif pendidikan.

"Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dr. Lui atas dedikasi anda untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik," kata Setiausaha Sally Jewell, Ketua Pegawai Eksekutif The Nature Conservancy, menerima Hadiah tersebut bagi pihak pertubuhan beliau. "Perubahan dapat dilakukan. Namun ia memerlukan keberanian, komitmen dan paling utama – kepimpinan. Saya dan rakan-rakan kerja saya percaya bahawa Hong Kong dan seluruh rantau Asia Pasifik dapat memimpin dunia ke arah masa depan yang lebih mampan," tambah beliau.

Hadiah Pembaikan Kebajikan 2019 telah dianugerahkan kepada Dr Jennifer A. Doudna, pengasas bersama CRISPR-Cas9 - teknologi penyuntingan genom revolusioner yang membolehkan bahan genetik ditambah, dikeluarkan atau diubah dalam sel-sel haiwan dan tumbuhan. Hasil kerja beliau memberi harapan kepada berjuta-juta individu dan mempunyai aplikasi yang luas bagi meningkatkan kebajikan manusia. CRISPR-Cas9 telah digelar sebagai salah satu penemuan yang paling penting di dunia atas potensinya untuk merawat atau mencegah penyakit seperti fibrosis sista, anemia sel sabit bahkan HIV dan juga kanser; dan untuk membantu merekayasa tumbuh-tumbuhan yang mampu bertahan terhadap perubahan iklim dan mempunyai nilai pemakanan yang lebih baik.

Ketika menerima anugerah beliau di Upacara Penyampaian Hadiah tersebut, Dr Jennifer A. Doudna berkata, "Saya percaya bahawa pesanan positif Dr Lui Che-woo dan usaha bersama kami untuk membina dunia yang lebih harmoni boleh meningkatkan kesihatan, kebahagiaan, dan kejayaan masa depan. Malam ini merupakan satu peluang untuk menimbangkan bagaimana pendekatan kita dan usaha itu sendiri dapat membantu menyediakan masa depan yang lebih baik."

Hadiah Tenaga Positif 2019 dianugerahkan kepada Cik Fan Jinshi. Menyebarkan tenaga positif dan menunjukkan kesungguhan yang tidak pernah goyah dalam mengharungi pelbagai rintangan sosial, budaya dan kewangan, Cik Fan telah menumpukan selama 56 tahun kepada Mogao Grottoes di Dunhuang, China. Tapak budaya yang penting ini menempatkan salah satu koleksi paling penting di dunia dalam budaya Buddha dan artifak bersejarah yang lain; dan komitmen berani Cik Fan terhadap kajian dan usaha pemeliharaan ini memberi manfaat kepada tapak itu sendiri dan juga pemahaman dunia yang lebih luas tentang Grottoes. Sumbangan utama beliau terhadap pemeliharaan digitalnya dan penyebaran yang luas telah menetapkan standard baharu terhadap pemeliharaan budaya.

Cik Fan menerima sendiri Hadiah beliau pada malam ini dengan berkata, "Saya amat berbesar hati untuk melindungi, mengkaji dan mempromosi Mogao Grottoes di Dunhuang. Tugas yang sukar namun bermakna ini berhak menerima bukan sahaja dedikasi sepanjang hayat saya, tetapi juga sumbangan berterusan daripada generasi-generasi akan datang."

Menyebarkan Tenaga Positif dan Harmoni Melalui Tarian

Tetamu-tetamu di Upacara Penyampaian Hadiah dapat menikmati persembahan istimewa yang dibawakan oleh Taiwan First Deaf Dance Group dan bakat-bakat tempatan. Pengasas merangkap penari utama, Cik Lin Chinglan dilahirkan dengan kerosakan pendengaran yang teruk, namun beliau tidak membiarkan ketidakupayaan tersebut menakrifkan diri beliau. Beliau telah mendedikasikan diri beliau kepada seni tarian dan menempuh pelbagai kesukaran untuk menjadi seorang penari profesional dan menubuhkan kumpulan tarian beliau sendiri, bagi menyediakan platform kreatif kepada penari-penari yang mengalami kerosakan pendengaran untuk mengekspresikan diri mereka.
Seorang jurucakap terkenal yang memperkasa individu-individu lain untuk mengejar impian mereka, Cik Lin Chinglan menampilkan tenaga positif yang tidak berpenghujung menerusi keazamannya.

Untuk imej dan video resolusi tinggi, sila kunjungi:

Foto: https://www.webcargo.net/l/pyFF5rKgL6/ 
Video: https://www.webcargo.net/l/1Mi6ui09qG/ & https://www.webcargo.net/l/sH5tVKpEeB/

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hadiah LUI Che Woo, sila kunjungi laman sesawang rasmi www.luiprize.org.

Latar Belakang Hadiah LUI Che Woo

Diasaskan oleh Dr. LUI Che Woo pada tahun 2015, Hadiah LUI Che Woo – Hadiah untuk Peradaban Dunia ialah anugerah rentas sektor bertaraf antarabangsa untuk memajukan peradaban dunia dan mengilhamkan orang ramai demi membina dunia yang lebih harmoni. Anugerah inovatif ini diadakan setiap tahun dengan tujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu mahupun organisasi di serata dunia atas sumbangan luar biasa dan untuk menggalakkan kesinambungan usaha tersebut menerusi tiga objektif: pembangunan dunia yang mampan, pembaikan kebajikan umat manusia dan galakan terhadap sikap hidup yang positif serta peningkatan tenaga yang positif.

Setiap penerima hadiah menerima anugerah wang tunai bernilai HK$20 juta (bersamaan kira-kira US$2.56 juta), sijil dan trofi. Setiap Hadiah dianugerahkan kepada satu penerima, sama ada individu mahupun organisasi.

Hadiah LUI Che Woo dikelolakan dan diurus oleh LUI Che Woo Prize Limited, sebuah syarikat amal yang dihadkan menerusi jaminan yang diperbadankan di Hong Kong.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.luiprize.org 

(From left) Secretary Sally Jewell, Chief Executive Officer of The Nature Conservancy , Dr Lui Che-woo, Dr Jennifer A. Doudna and Ms Fan Jinshi at the media session before the Ceremony.
(From left) Secretary Sally Jewell, Chief Executive Officer of The Nature Conservancy , Dr Lui Che-woo, Dr Jennifer A. Doudna and Ms Fan Jinshi at the media session before the Ceremony.

 

Dr Lui Che-woo delivers the opening remarks at the LUI Che Woo Prize Presentation Ceremony.
Dr Lui Che-woo delivers the opening remarks at the LUI Che Woo Prize Presentation Ceremony.

 

Mrs Carrie Lam, Chief Executive of the HKSAR, speaks at the LUI Che Woo Prize Presentation Ceremony.
Mrs Carrie Lam, Chief Executive of the HKSAR, speaks at the LUI Che Woo Prize Presentation Ceremony.

 

Mrs Carrie Lam, Chief Executive of the HKSAR, presents the Sustainability Prize to Secretary Sally Jewell, Chief Executive Officer of The Nature Conservancy.
Mrs Carrie Lam, Chief Executive of the HKSAR, presents the Sustainability Prize to Secretary Sally Jewell, Chief Executive Officer of The Nature Conservancy.

 

Mr Tung Chee-hwa presents the Welfare Betterment Prize to Dr Jennifer A. Doudna, co-inventor of CRISPR-Cas9.
Mr Tung Chee-hwa presents the Welfare Betterment Prize to Dr Jennifer A. Doudna, co-inventor of CRISPR-Cas9.

 

Dr Lui Che-woo presents the Positive Energy Prize to Ms Fan Jinshi, "Daughter of Dunhuang".
Dr Lui Che-woo presents the Positive Energy Prize to Ms Fan Jinshi, "Daughter of Dunhuang".

 

Ms Lin Chinglan leads a performance at the LUI Che Woo Prize Presentation Ceremony, spreading positive energy and harmony through dance.
Ms Lin Chinglan leads a performance at the LUI Che Woo Prize Presentation Ceremony, spreading positive energy and harmony through dance.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191003/2595924-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191003/2595924-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191003/2595924-1-c?lang=0 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191003/2595924-1-d?lang=0 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191003/2595924-1-e?lang=0 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191003/2595924-1-g?lang=0 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191003/2595924-1-h?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2217142-1LOGO?lang=0

Source: LUI Che Woo Prize Limited
Related Links:
Keywords: Education Environmental Products & Services Awards