omniture

UOB lancar program pembelajaran dan pembangunan holistik untuk semua kakitangannya untuk berjaya menuju masa depan

Program direka bentuk dalaman pertama untuk luaskan kemahiran insaniah serta kemahiran digital dan data yang diiktiraf oleh Institute of Banking and Finance Singapore
United Overseas Bank
2019-10-25 15:08 450

SINGAPURA, 25 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- United Overseas Bank (UOB) melancarkan program pembelajaran dan pembangunan holistik bertajuk 'Better U', untuk membantu lebih 26,000 kakitangannya dalam Kumpulan ini membina kerjaya dipenuhi kejayaan dalam era digital. Tatkala sektor perkhidmatan kewangan menjalani transformasi digital, program Better U mengesahkan lagi komitmen jangka panjang Bank untuk menyediakan kakitangannya dengan kerjaya bermakna dan untuk menyokong mereka dalam perjalanan pembangunan mereka.

En. Dean Tong, Ketua Sumber Manusia Kumpulan, UOB di upacara pelancaran program Better U UOB
En. Dean Tong, Ketua Sumber Manusia Kumpulan, UOB di upacara pelancaran program Better U UOB

 

En. Dean Tong, Ketua Sumber Manusia Kumpulan, UOB dan En. Mr Wee Ee Cheong, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif UOB di upacara pelancaran program Better U UOB
En. Dean Tong, Ketua Sumber Manusia Kumpulan, UOB dan En. Mr Wee Ee Cheong, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif UOB di upacara pelancaran program Better U UOB

 

Memandangkan peranan pekerjaan akan terus ditakrifkan semula oleh teknologi baru muncul dan teknologi baharu, program Better U mengenal pasti lima kecekapan utama yang penting untuk kakitangan UOB agar kekal relevan pada masa depan. Melalui kursus asas selama 12 minggu, semua kakitangan UOB akan melengkapkan modul yang bertujuan untuk menggalakkan set minda pertumbuhan, membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah yang rumit selain memperoleh kemahiran dalam bidang inovasi digital, reka bentuk berpusatkan manusia dan data. Lima kecekapan teras ini, yang membentuk asas untuk pembelajaran masa depan dan kebolehpasaran, akan membolehkan kakitangan memutuskan dengan penuh yakin laluan pembelajaran berterusan dan pengkhususan teknikal yang ingin diambil oleh mereka.

Bagi memupuk tabiat pembelajaran berterusan dalam kalangan kakitangannya, UOB mereka bentuk kursus selama 12 minggu berdasarkan sains tingkah laku dan melatih amalan terbaik. Sebagai contoh, banyak modul direka sebagai permainan atau format berasaskan pasukan interaktif untuk pengalaman pembelajaran yang lebih menarik. Hampir kesemua modul turut didigitalkan agar kakitangan dapat memulakan perjalanan pembelajaran mereka mengikut keselesaan mereka sendiri.

Selain kursus asas, UOB telah mereka bentuk laluan kerjaya dan trek pembelajaran serta akan turut menubuhkan pasukan khas untuk menasihati dan membimbing kakitangan tatkala mereka menavigasi permintaan kerja masa depan.

En. Dean Tong, Ketua Sumber Manusia Kumpulan , UOB, berkata, "Untuk membantu kakitangan kami mencari tempat mereka dalam persekitaran yang mana kerja ditransformasi oleh teknologi dan jangkaan pelanggan, kami mereka bentuk program Better U untuk memupuk set minda yang bersifat ingin tahu dan terbuka kepada jalan baharu untuk pertumbuhan peribadi dan profesional. Dengan mereka bentuk program pembangunan yang holistik meliputi kemahiran insaniah dan teknikal, kami menyemai benih pembelajaran untuk mempersiapkan kakitangan kami untuk kerjaya yang penuh kejayaan dalam sebuah industri yang sedang menjalani perubahan signifikan.

"Program Better U merupakan sebahagian daripada pendekatan jangka panjang kami tatkala kami memupuk bakat kami dan memperkasa mereka untuk mengawal masa depan mereka. Melaluinya, kami berharap agar kakitangan kami akan berupaya menemui potensi penuh mereka dan bagi sesetengah kakitangan, mungkin melakar haluan baharu dalam kerjaya mereka."

Program Better U UOB ialah inisiatif latihan pertama yang meliputi kemahiran insaniah serta kemahiran digital dan data yang menerima akreditasi oleh Institute of Banking and Finance Singapore (IBF). Setelah tamat kursus asas tersebut, kakitangan UOB akan dianugerahkan Sijil Pencapaian UOB-IBF.

Cik Lydia Wee, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, IBF, berkata, "Golongan profesional kewangan akan perlu memperoleh kemahiran baharu apabila pekerjaan mereka berkembang. Dalam hal ini, IBF berasa sukacita kerana telah mengiktiraf program Better U UOB yang selaras dengan Rangka Kerja Kemahiran untuk Perkhidmatan Kewangan. Program ini akan menawarkan kakitangan dengan peluang untuk memperoleh kedua-dua kemahiran digital dan insaniah serta lebih bersedia untuk mendepani masa depan."

Buka jalan ke arah perkembangan kerjaya melalui trek pembelajaran khusus dan pendidikan lanjutan

Dengan mengikuti kursus asas, kakitangan UOB dapat memilih untuk meneruskan trek pembelajaran khusus atau peluang pendidikan yang sejajar dengan kebolehan dan minat mereka. Mereka juga boleh memohon bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian mereka sehingga ijazah Sarjana sekiranya mereka memenuhi kriteria[1] pemilihan dan penajaan Bank ini.

Program Better U UOB mencadangkan trek pembelajaran untuk membimbing kakitangan yang mungkin tidak mengetahui tentang bidang yang ingin didalami oleh mereka. Bank ini memperkenalkan dua laluan perkembangan dalam bidang Pengurusan Data dan Pengurusan Projek serta akan meluaskan rangkaian trek pembelajaran khusus sepanjang tiga tahun akan datang.

UOB melancarkan program Better U di Singapura dengan hampir 1,500 kakitangan mengambil bahagian dalam pameran Better U di ibu pejabat Bank di UOB Plaza. UOB akan memperkenalkan program Better U secara progresif dalam seluruh Kumpulan. Menjelang akhir tahun 2020, pihak Bank menjangkakan bahawa sekurang-kurangnya 70 peratus daripada semua kakitangan UOB di seluruh dunia akan menamatkan kursus asas selama 12 minggu.

 

[1] Sebagai sebahagian daripada kriteria, Bank akan memadankan kekuatan peribadi, aspirasi dan prestasi kerja calon-calon yang berminat dengan potensi mereka untuk mengambil peranan bernilai lebih tinggi dalam UOB.

Latar Belakang United Overseas Bank

United Overseas Bank Limited (UOB) ialah sebuah bank terkemuka di Asia dengan jaringan global melibatkan lebih 500 pejabat di 19 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Sejak diperbadankan pada tahun 1935, UOB berkembang secara organik dan melalui beberapa pemerolehan strategik. UOB diberi penarafan dalam kalangan bank-bank utama dunia: Aa1 oleh Moody's dan AA- masing-masing oleh Standard & Poor's dan Fitch Ratings. Di Asia, UOB beroperasi melalui ibu pejabatnya di Singapura dan subsidiari perbankan di China, Indonesia, Malaysia dan Thailand, selain cawangan dan pejabat perwakilan di seluruh wilayah berkenaan.

Selama lebih lapan dekad, generasi-generasi kakitangan UOB telah melaksanakan semangat keusahawanan, fokus pada penciptaan nilai jangka panjang dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk melakukan yang betul buat pelanggan dan juga rakan sekerja kami.

Kami percaya untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan yang bertanggungjawab dan kami komited untuk mencetuskan perbezaan dalam kehidupan pemegang kepentingan kami dan dalam komuniti di tempat kami beroperasi. Sebagaimana kami berdedikasi untuk membantu pelanggan kami mengurus kewangan mereka dengan bijak dan juga untuk mengembangkan perniagaan mereka, UOB teguh dalam sokongan kami terhadap pembangunan sosial, khususnya dalam bidang seni, kanak-kanak dan pendidikan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191015/2611138-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191015/2611138-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181018/2271919-1LOGO?lang=0

Source: United Overseas Bank
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources