omniture

Hexagon Peak dan Huawei Tandatangani Perjanjian Kerjasama 200 MW untuk Pasaran Solar Vietnam

Huawei
2019-11-16 03:32 607

SINGAPURA, 16 November 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei, penyedia penyelesaian ICT dan tenaga rangkaian global yang terkemuka dan Hexagon Peak, cabang pembangunan projek Hexagon Holdings Singapore, mengumumkan penandatanganan perjanjian kerjasama untuk rancangan projek-projek skala utiliti 200 MW Hexagon dengan anggaran COD pada suku pertama tahun 2021.

"Huawei ialah sebuah syarikat yang menggabungkan semua bahan untuk peneraju industri – fokus yang amat besar pada penyelidikan dan pembangunan (R&D), digandingkan dengan penetapan minda inovatif yang sebenar bagi mendayakan teknologi maklumat dan komunikasi serta IoT kepada penyongsang PV yang pintar, cekap, selamat dan andal," ulas Milan Koev, Ketua Pegawai Eksekutif Hexagon Peak.

Bruce Li, Pengarah Serantau Huawei Smart PV Business APAC menyebutkan, "Kami berasa gembira untuk berganding bahu dengan Hexagon Peak bagi membantu industri-industri menjimatkan tenaga dan mengurangkan emisi, membina sebuah masyarakat rendah karbon. Penyelesaian PV Pintar AI-Boost FusionSolar akan membantu mengurangkan LCOE (Kos tenaga elektrik teraras) dan mempercepatkan proses pariti grid pasaran Vietnam."

Penyelesaian PV Pintar FusionSolar Huawei mengaplikasikan 102 GW di seluruh dunia sehingga separuh pertama tahun 2019. Nilai teras Hasil Lebih Tinggi, O&M Pintar dan Selamat & Andal diiktiraf secara meluas oleh pelanggan. Seperti yang ditambah oleh En. Dat Le, Pengarah Urusan Hexagon Peak Vietnam, "Kami telah melihat data yang membandingkan loji PV kendalian Huawei kepada yang lain-lain menggunakan teknologi berbeza dan keuntungan hasil dengan teknologi PV pintar Huawei adalah jelas. Pusat sokongan selepas jualan di Vietnam adalah hebat dan sebagai pengurus aset, kualiti masa rehat kami ditentukan oleh hanya beberapa komponen dan penyongsang yang andal menjadi kuncinya." 

Latar Belakang Hexagon Peak

Hexagon Holdings ialah pemaju projek solar dan pengurus aset, di bawah nama jenama Hexagon Peak, ditubuhkan pada Februari 2019 dengan ibu pejabatnya terletak di Singapura dan subsidiari-subsidiari di Korea Selatan, Vietnam, Jepun, Thailand, Filipina manakala pejabat-pejabat perwakilan berada di Indonesia dan Taiwan. Kumpulan berkenaan aktif dalam membangunkan dan mengendalikan – C&I atas bumbung dan sistem skala utiliti. Disokong oleh pelabur-pelabur infrastruktur antarabangsa, kumpulan berkenaan kini membangunkan lebih 1.83 GWp solar di 8 buah negara di Asia.

Maklumat lanjut tentang Hexagon Peak di laman sesawang rasmi syarikat: www.hexagonpeak.com

Latar Belakang Huawei 

Huawei ialah penyedia penyelesaian ICT dan tenaga rangkaian yang terkemuka di dunia, kini menyediakan produk dan penyelesaian tenaga rangkaian di lebih 170 negara, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga billion orang di seluruh dunia. Huawei menyepadukan secara inovatif teknologi maklumat digital seperti AI, IoT, data raya dan pengkomputeran awan, dengan teknologi PV, bagi mempromosikan penyelesaian PV pintar yang utama dalam industri untuk senario berskala utiliti, komersial dan kediaman. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh firma perunding global IHS Markit, Huawei berada pada kedudukan No.1 di seluruh dunia bagi penghantaran penyongsang selama empat tahun berturut-turut, dari tahun 2015 hingga 2018. Untuk maklumat lanjut. sila kunjungi: https://solar.huawei.com atau LinkedIn/Twitter/Facebook: Huawei FusionSolar.

 

Source: Huawei
Keywords: Alternative Energies Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements