omniture

Zhang Jindong Puji Kelab Bola Sepak Wanita Suning untuk 'Quadruple Crown'

Suning Holdings Group
2019-11-21 10:54 431

NANJING, China, 21 November 2019 /PRNewswire/ -- Pada sebelah malam 19 November, Pengerusi Suning Holdings Group, Zhang Jindong mempersembahkan gala kemenangan, menyampaikan ucapan bagi memuji kegagahan dan kekuatan pemain-pemain dan untuk mengajak semua tetamu agar bersama-sama menyokong perkembangan bola sepak Cina. Beliau berkata 'pemain-pemain bola sepak wanita melakukan yang terbaik untuk meraih penghormatan sedemikian dan saya amat berbangga dengan mereka. Saya menganggap pemain-pemain ini sebagai contoh untuk menggalakkan organisasi-organisasi sosial mengambil bahagian dalam industri bola sepak, untuk menarik lebih ramai orang muda agar mempunyai minat yang sama terhadap bola sepak dan bagi menggalakkan perkembangan bola sepak di China.'

Selepas kemenangan ke atas Dalian, Kelab Bola Sepak Suning Jiangsu memenangi Piala Super Wanita Cina 2019 pada 17 November lalu, mencapai 'Quadruple Crown' ('Mahkota Ganda Empat') bagi musim ini. Jiangsu turut mencatatkan rekod dan memenangi kejohanan Liga Super Wanita, Piala FA dan Perlawanan FA.

Selepas mengambil alih pengurusan pada tahun 2016, Suning membuat pelaburan dan pengoptimuman yang komprehensif dalam sistem operasi, sistem taktik, pemulihan perubatan dan sokongan kehidupan. Oleh itu, Kelab Bola Sepak Wanita Suning Jiangsu telah mengambil langkah yang besar ke arah mempertingkatkan prestasi kelab berkenaan. Di samping itu, lebih daripada 8 orang pemain mewakili pasukan kebangsaan untuk perlawanan-perlawanan peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini, Sony menjadi penaja utama Kelab Bola Sepak Wanita Suning, terutamanya disebabkan oleh prestasi cemerlang pada tahun 2019. Hasil daripada penerokaan lebih banyak peluang perniagaan, Suning terus memberi tumpuan pada peningkatan kesedaran jenama kelab. Zhang Jindong menyebutkan bahawa Suning akan meningkatkan segala bentuk sokongan kepada pemain dan jurulatih dengan taraf hidup dan latihan yang lebih baik. Di samping itu, Suning akan mendorong perkembangan semua harta sukan, termasuk PP Sports, FC Internazionale Milano dan untuk menggabungkan semua sumber yang berfaedah bagi mempercepatkan kemajuan seluruh industri sukan. Pada masa depan, Suning akan turut menghantar pemain-pemain bola sepak Cina yang terbaik ke Itali untuk belajar ilmu bola sepak lanjutan dan untuk berlatih di padang yang lebih kompetitif.

Beliau turut menyebutkan bahawa bola sepak Cina berada pada tahap ROI yang rendah. Perusahaan sering perlu menanggung tekanan ekonomi lantaran ketidaktentuan dalam pertandingan. Maka, cara untuk mencari penyelesaian yang mampan telah menjadi topik yang tidak dapat dielakkan untuk setiap kelab. Melainkan untuk penajaan komersial, penyempurnaan latihan belia merupakan kunci kejayaan bola sepak Cina. Kelab, kerajaan dan masyarakat harus bertindak bersama-sama bagi mengusahakan pembinaan infrastruktur dan membantu bola sepak Cina membangun dengan cara yang sihat dan mampan.

Latar Belakang Suning Holdings Group 

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2019, Suning Holdings Group tersenarai sebagai tiga jenama terbaik antara 500 perusahaan milik bukan kerajaan terkemuka di China dengan pendapatan tahunan mencecah RMB 602.5 bilion (kira-kira EURO 77.24 bilion) dan terus mengungguli senarai bagi kategori peruncitan Internet. Berpegang kepada misi perusahaan iaitu "Menerajui Ekosistem merentas Industri-industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya sebagai jualan runcit melalui ekosistem korporat yang terdiri daripada pelbagai industri vertikal, termasuk hartanah komersial, perkhidmatan kewangan dan sukan. Suning.com, subsidiari utama yang mempelopori peruncitan dalam talian dan luar talian, telah tersenarai dalam Fortune Global 500 selama tiga tahun berturut-turut dari tahun 2017 hingga 2019.

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Sporting Events Sports