omniture

The Ritz-Carlton Tampil Julung Kali di Metropolis Dinamik Pune, India

Panchshil Realty
2019-11-25 08:00 89

Dengan pelancaran hotel keduanya di India, The Ritz-Carlton menetapkan penanda aras baharu dalam hospitaliti mewah dengan menggabungkan pengalaman bandar yang imersif dan perkhidmatan yang menjadi legenda, Hartanah ini Dibangunkan oleh Panchshil Realty

PUNE, India, 25 November 2019 /PRNewswire/ -- The Ritz-Carlton Hotel Company, L.L.C melancarkan The Ritz-Carlton, Pune, hotel kedua di India daripada jenama hotel mewah yang ikonik.

The_Ritz_Carlton_Pune_Ballroom
The_Ritz_Carlton_Pune_Ballroom

Bersedia untuk mengangkat nilai kemewahan di Pune, reka bentuk hotel ini mencerminkan kesatuan yang lancar antara kemegahan klasik dan kecanggihan abadi, menawarkan sudut pandangan tradisional dan juga moden. Perincian kecil seperti motif reka bentuk yang dilhamkan oleh bebayang India dan candelier klasik membangkitkan suasana keberadaan sesuatu tempat. Meraikan sejarah dan semangat bandar ini, tetamu akan diundang pada setiap malam untuk minum ucap selamat pada waktu keemasan di Aasmana, ruang atas bumbung hotel berkenaan, di mana mereka boleh mempelajari maksud di sebalik nama tempat ini tatkala mereka menikmati pemandangan kaki langit.

Hotel ini mempunyai 198 buah bilik tamu lengkap yang elegan, termasuk 35 suit mewah, direka untuk menjadi tempat mencari ketenangan yang anggun dan santai yang juga merupakan yang terbesar di bandar ini. The Ritz-Carlton, Pune menawarkan Presidential Suite luar biasa yang terbentang seluas 3,154 kaki persegi dan termasuk dua bilik tidur, almari luas, ruang tamu dan ruang makan yang luas, bar peribadi dan bilik rawatan dalam kamar. Tetamu yang menginap di tingkat Club Level akan dapat menikmati akses ke Ritz-Carlton Club Lounge istimewa, tempat mencari ketenangan di bandar di tingkat ke-18 yang menampilkan pemandangan indah padang golf, daftar masuk peribadi, Club Concierge khusus dan pelbagai persembahan masakan sepanjang hari.

Meraikan suasana masakan yang berbeza di wilayah ini, The Ritz-Carlton, Pune merangkumkan intipati destinasi ini menerusi lima pengalaman menjamu selera yang istimewa. Masakan dunia gourmet di Three Kitchens and Bar mengalu-alukan tetamu dengan menawarkan tiga dapur gaya kediaman. Restoran Jepun moden Ukiyo menampilkan kaunter sushi yang panjang serta tempat panggang robata yang dilengkapi dengan seleksi luas sake manakala The Ritz-Carlton Tea Lounge membawakan adat minum teh petang yang tak lapuk dek zaman ke bandar ini. Alta Vida Bar & Grill ialah destinasi koktel khusus and Aasmana, ruang atas bumbung yang menyajikan masakan India, menawan hati dengan pemandangan 180-darjah padang golf dan adaptasi berdaya cipta daripada dapur diraja India.

Tingkat kesihatan berkeluasan 25,000 kaki persegi menyediakan Fitness Studio dan Yoga Deck, bagi membolehkan tetamu untuk mengekalkan rutin kesihatan mereka walaupun ketika melancong. The Ritz-Carlton Spa dengan 8 bilik rawatan dan Express Pods menggabungkan perkhidmatan ditempah khas, rawatan muka dan unik khas yang dipenuhi dengan tradisi Ayurveda dan tenaga chakra mengundang tetamu untuk menikmati rasa bersantai sambil mengasyikkan diri mereka dalam penemuan terhadap budaya tempatan.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan bankuet yang direka dengan elegan berkeluasan 35,000 kaki persegi yang sesuai untuk semua jenis perhimpunan, bermula dengan mesyuarat perniagaan kepada urusan sosial. Dengan akses ke ruang legar luar dan kawasan dek yang indah, dewan besar ini amat sesuai untuk perhimpunan intim mahupun majlis perkahwinan yang romantik.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila kunjungi http://www.ritzcarlton.com/pune.

The_Ritz_Carlton_Pune_Prem_Suite
The_Ritz_Carlton_Pune_Prem_Suite

 

The_Ritz_Carlton_Pune_Facade
The_Ritz_Carlton_Pune_Facade

 

 

 

Source: Panchshil Realty
Keywords: Commercial Real Estate Hotels and Resorts Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Travel Corporate Expansion New products/services