omniture

Xinhua Silk Road: Perlumbaan Rali China-Thailand Pertama bermula di Wilayah Guizhou Barat Daya China

Xinhua Silk Road Information Service
2019-12-04 01:27 540

GUIYANG, China, 4 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Perlumbaan Rali China-Thailand (CTRR) Pertama bermula pada hari Ahad di bandar Xingyi, ibu negeri Wilayah Autonomi Qianxinan Bouyei dan Miao di wilayah Guizhou barat daya China.

Lebih 50 kumpulan kenderaan dari lebih 20 wilayah dan bandar seluruh negara akan berlepas dari Xingyi, meninggalkan China melalui Pelabuhan Mohan, Xishuangbanna di wilayah Yunnan barat daya China dan merentasi Laos pada 3 Disember. Kemudian mereka akan mengembara dari kawasan pergunungan di utara Thailand ke bandar pinggir pantai di selatan. Keseluruhan perjalanan kira-kira 3,000 kilometer akan berakhir dalam masa 14 hari.

CTRR pertama dilancarkan di sini bertujuan untuk menyepadukan sumber unggul aktiviti sukan luar di pergunungan Xingyi dengan semangat kebebasan dan hormat kepada cabaran dalam kalangan para peminat rali rentas desa, serta memacu pembangunan pelancongan pergunungan dan industri sukan luar Xingyi, kata Tian Tao, datuk bandar Bandar Xingyi, di majlis pelepasan rasmi.

Difahamkan Wilayah Autonomi Qianxinan Bouyei dan Miao telah menjadikan aktiviti sukan luar di pergunungan sebagai kuasa pendorong untuk mentransformasikan industri pelancongannya dengan memberikan sorotan penuh terhadap kelebihannya dalam sumber pergunungan dan budaya etnik yang berwarna-warni.

Pembangunan aktiviti sukan luar yang santai seperti berbasikal, memanjat batu, mendaki, berkhemah dan menaiki belon udara panas sedang meningkat di Wilayah ini.

Kaya dengan sumber pelancongan pergunungan berkualiti tinggi, Guizhou dengan aktifnya mempromosikan pembinaan zon demonstrasi pelancongan sukan kebangsaan. CTRR ialah cara baharu untuk meneroka pembangunan pelancongan pergunungan dan industri sukan luar. Hal ini pastinya menggalakkan penyepaduan budaya, sukan dan pelancongan, menurut Shi Jingyi, pegawai Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Guizhou.

CTRR pertama telah membuka lembaran baharu pembangunan rali rentas desa di Guizhou, kata Zhang Dai, pengerusi Fblife.com berpangkalan di Beijing, dengan harapan perlumbaan rali rentas desa akan tersebar dari sini ke ASEAN, Afrika dan Eropah.

Pada 2018, Guizhou menerima 969 juta pelancong dan meraih pendapatan pelancongan berjumlah lebih daripada 940 bilion yuan, yang merupakan kira-kira 11.3 peratus daripada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) wilayah ini.

Dijangkakan pada 2019, jumlah pendapatan pelancongan Guizhou dan bilangan pelancong yang masuk ke Guizhou akan meningkat lebih daripada 30 peratus, masing-masing.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309698.html

 

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Sporting Events Sports Travel Outdoors/Camping/Hiking