omniture

CF PharmTech Tutup Pusingan Pembiayaan US$ 90 Juta Bagi Percepat Pembangunan Global Ubat-ubatan Respiratori

CF PharmTech, Inc.
2020-01-02 08:00 428

SHUZHOU, China, 2 Januari 2020 /PRNewswire/ -- CF PharmTech, Inc., sebuah syarikat farmaseutikal dengan visi untuk menyediakan produk-produk ubatan respiratori yang berkualiti dan berpatutan di seluruh dunia, mengumumkan ia telah mengumpul pelaburan Siri E sebanyak $90 juta yang dipimpin oleh New Alliance Capital. Pelaburan berkenaan melibatkan penyertaan daripada pelabur-pelabur baharu CR-CP Life Science Fund, Finnova Capital, GT Capital, Co-stone Asset Management, Xiangcheng Financial Holdings, Everest Venture Capital dan pelabur-pelabur sedia ada seperti Oriza Holdings, Longmen Venture Capital, GTJA Investment dan CMB International.

CF PharmTech’s manufacturing facility
CF PharmTech’s manufacturing facility

Penyempurnaan pusingan pendanaan ini memperlihatkan sokongan padu daripada pelabur-pelabur China untuk mendorong syarikat-syarikat farmaseutikal berkaliber tinggi yang mempunyai kelebihan daya saing global yang mantap serta akan membolehkan CF PharmTech untuk membawa produk-produk dalam rangkaiannya ke pasaran.

Berhubung pusingan pembiayaan ini, Pengarah Eksekutif New Alliance Capital Lei Cai menjelaskan: "New Alliance Capital mengutamakan peluang pelaburan dalam industri penjagaan kesihatan. Rawatan respiratori dan ubat-ubatan sedut, khususnya, berpotensi disebabkan oleh halangan kemasukan teknologi yang tinggi dan potensi yang amat besar untuk mengalami pertumbuhan. CF PharmTech berusaha dengan teliti untuk membina platform teknologi kukuh yang menyokong pembangunan rangkaian produk yang komprehensif. Integriti dan profesionalisme pasukan utama di CF PharmTech benar-benar mengagumkan kami."

Pengarah Urusan CR-CP Life Science Fund Da Liu menjelaskan: "CF PharmTech ialah salah sebuah syarikat farmaseutikal yang paling inovatif dan rintis di China yang memberi tumpuan pada rawatan penyakit pernafasan. Sebagai sebuah syarikat farmaseutikal, CF PharmTech menunjukkan sepenuhnya komitmen terhadap kualiti dan standard global. Sebagai salah satu daripada beberapa syarikat farmaseutikal swasta yang terkemuka bagi penyampaian ubatan respiratori, CF PharmTech mempunyai potensi yang amat besar terhadap pertumbuhan."

CEC Capital bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif untuk CF PharmTech semasa pusingan pembiayaan Siri E ini. Rakan Kongsi CEC Capital Irene Hong telah berkata: "Penutupan pusingan pembiayaan ini akan menandakan suatu tahap baharu dalam pembangunan produk di CF PharmTech. Kami amat mengagumi semangat gigih pasukan CF PharmTech."

Latar Belakang CF PharmTech:

CF PharmTech ialah sebuah syarikat farmaseutikal khusus untuk kesihatan pernafasan. Sejak penubuhannya, syarikat ini telahpun menubuhkan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan yang canggih untuk produk-produk penyedutan. Pada masa kini, CF PharmTech mempunyai rangkaian yang semakin berkembang dengan lebih 20 produk yang menuju ke China dan pasaran-pasaran global. Ketahui lebih lanjut tentang CF PharmTech, kunjungi www.cfpharmtech.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191227/2679726-1?lang=0

Source: CF PharmTech, Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Venture Capital