omniture

Cyberinc Umum Platform Pengasingan Isla Versi 5, Tawar Pilihan Penggunaan Terluas, Pengalaman Pengguna Lancar dan Kebolehskalaan Perusahaan

Cyberinc
2020-02-14 08:03 142

Perkakasan Maya Baharu Digandingkan dengan Peningkatan Platform Memaksimumkan Kefleksibelan, Kesederhanaan dan Prestasi bagi Menjamin Pengalaman Pengguna yang Lancar

SAN RAMON, California, 14 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Cyberinc, perintis bagi penyelesaian keselamatan siber berasaskan pengasingan, hari ini mengumumkan versi 5 Platform Pengasingan Isla unggulannya. Versi terbaharu ini menampilkan pengenalan perkakasan maya, menjadikan Isla sebagai salah satu penyelesaian pengasingan pelayar yang pertama menyokong model-model penggunaan fleksibel termasuk atas-premis atau awan, selain penggunaan fizikal atau maya. Selain itu, Isla versi 5 menawarkan kemudahan penggunaan lebih besar dan kebolehskalaan serta memudahkan lagi pelaksanaan bagi memberi pengalaman pengguna akhir yang lancar.

Platform Pengasingan Isla daripada Cyberinc meneutralkan ancaman melalui pengasingan pelayar, satu teknologi hebat yang mencegah ketirisan daripada berlaku sebelum ia menyerang sekali gus turut membantu meringankan beban pasukan IT dan keselamatan di samping meningkatkan kecekapan dan produktivitinya. Isla bersifat unik dari segi kebolehannya untuk pantas mewujudkan persekitaran Kepercayaan Sifar (Zero Trust) dengan menjamin semua kod, objek media dan skrip pada pelayar maya jarak jauh dan mengubahnya menjadi satu aliran piksel tidak berbahaya yang kemudiannya diberikan kepada setiap peranti akhir. Oleh itu, Isla dapat menyingkirkan secara proaktif hampir kesemua jangkitan dan kompromi.

Versi terbaharu Isla memberikan kebolehskalaan dan ketersediaan yang lancar serta membolehkan organisasi-organisasi untuk meningkatkan perlindungan mereka dengan mudah terhadap tahap ancaman yang ditingkatkan dalam perisian tebusan, pemancingan data, kecurian bertauliah, malvertising dan jenis serangan yang lain. Dengan sokongan untuk berbilang pelayar dan sistem pengendalian, Isla memastikan kesederhanaan penggunaan perusahaan sekali gus tidak memerlukan sebarang perubahan pada tingkah laku pengguna.

"Internet memainkan peranan penting dalam apa sahaja yang dilakukan oleh perniagaan, namun ia turut membawa risiko keselamatan yang paling besar," kata Rajiv Raghunarayan, Naib Presiden Kanan, Produk & Pemasaran untuk Cyberinc. "Kekal mendepani pelaku-pelaku jahat dalam permainan kejar-mengejar keselamatan siber semakin mencabar dengan adanya tekanan pada sumber dan kerumitan pendekatan berasaskan pengesanan yang berlapis. Pengasingan pelayar mengubah permainan untuk organisasi-organisasi, menyingkirkan sejumlah besar ancaman sebelum ia memasuki rangkaian. Dengan peningkatan baharu yang diperkenalkan hari ini, kami membolehkan semua saiz perniagaan untuk menerima pakai Isla dengan cara yang fleksibel – atas-premis atau awan, fizikal atau maya – bergantung pada keperluan organisasi mereka. Kami melakukan hal ini sambil menjamin kesederhanaan pelaksanaan dan kemudahan penggunaan."

Isla Versi 5: Membawa Pengasingan Pelayar ke Peringkat Seterusnya

Pilihan perkakasan maya baharu yang terdapat dalam versi 5 Isla membolehkan syarikat-syarikat untuk memanfaatkan infrastruktur sedia ada mereka bagi memperoleh faedah-faedah sama yang disediakan oleh perkakasan atas-premis Cyberinc dan penawaran berasaskan awan. Syarikat-syarikat mempunyai kebebasan dan kefleksibelan maksimum untuk menggunakan platform berkenaan pada awan awam atau persendirian, di pinggir atau sebagai penyelesaian hibrid agar benar-benar sesuai dengan persekitaran IT unik mereka. Di samping itu, sokongan awan natif bermakna pasukan keselamatan dapat melindungi pengguna tanpa mengira di mana mereka berada, dengan seni bina generasi seterusnya bagi mendayakan penskalaan elastik, pengimbangan beban, ketersediaan tinggi dan kesederhanaan penggunaan.

Platform Pengasingan Isla menawarkan perlindungan terhadap serangan berasaskan web, emel dan dokumen dengan menyingkirkan vektor serangan utama dan mengurangkan permukaan serangan organisasi. Faedah-faedah tambahan daripada penyelesaian Cyberinc termasuk:

  • Keselamatan Sebelum Ketirisan – Syarikat-syarikat boleh menghentikan ancaman sebelum ia menjadi ketirisan dan mendahului ancaman baharu secara proaktif
  • Produktiviti IT – Pasukan keselamatan dan IT boleh kekal mendepani serangan dan memberi tumpuan pada tugasan kritikal daripada memberi tindak balas kepada serangan amaran yang membebankan  
  • Sokongan Pelayar yang Luas – Sokongan untuk semua sistem pengendalian utama – seperti Windows, Mac dan Linux, selain semua pelayar utama
  • Tingkah Laku Pengguna dan Keterlihatan Ancaman – Papan pemuka beraneka Isla memberi pandangan tentang vektor serangan dan pengguna sasaran selain analitik tingkah laku pengguna
  • Penguatkuasaan Dasar Penggunaan yang Boleh Diterima – Menguatkuasakan keperluan korporat dan kawal selia dengan kawalan semakan lewa dan pelaporan berasaskan dasar

Platform Pengasingan Isla versi 5 tersedia serta merta. Cyberinc mendemonstrasikan platform Isla di RSA 2020 di reruai #5571 N, North Expo. Ketua Pegawai Teknologi Cyberinc Neil Daswani membentangkan "Hacked! Lessons from Big Name Breaches" ("Digodam! Pengajaran daripada Ketirisan Jenama-jenama Terkenal") pada 25 Februari jam 2:40 petang di South Briefing Center, reruai S-1500. Untuk menjadualkan demonstrasi atau mesyuarat dengan eksekutif-eksekutif Cyberinc di acara ini atau untuk maklumat lanjut, hubungi/kunjungi https://cyberinc.com/rsa-2020/.

Latar Belakang Cyberinc

Cyberinc ialah peneraju dan perintis bagi keselamatan berasaskan pengasingan. Berpangkalan di San Francisco Bay Area, Cyberinc membantu syarikat-syarikat mengalami internet yang lebih selamat dengan menghentikan ancaman berasaskan web, emel dan dokumen secara proaktif yang menyumbang kira-kira 90% daripada serangan keselamatan maklumat luar yang disasarkan pada pengguna akhir di internet. Platform Isla utama syarikat menggunakan teknologi pengasingan canggih bagi meneutralkan ancaman dan mencegahnya sebelum ia berpeluang untuk bertindak, memudahkan strategi keselamatan organisasi dan memberi perlindungan segera. Cyberinc dipercayai oleh semua saiz perniagaan dan juga kerajaan di seluruh dunia. Maklumat lanjut boleh ditemui di cyberinc.com.

Demonstrasi produk boleh dijadualkan di sini. Cari Cyberinc di Twitter, LinkedIn dan Facebook.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/997084/Cyberinc_Logo.jpg

Source: Cyberinc
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services Trade show news Future Events