omniture

Innoviz Technologies Dipilih oleh Shaanxi Heavy Duty Automobile Co. untuk Projek Trak Berautonomi di Pelabuhan Cina

Innoviz Technologies
2020-02-14 08:16 126

LiDAR keadaan pepejal Innoviz akan membolehkan operasi pelabuhan tanpa pemandu, selangkah ke hadapan untuk Shaanxi sebagai salah satu peneraju China dalam pembangunan kenderaan berautonomi

ROSH HA'AYIN, Israel, 14 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Innoviz Technologies, penyedia yang terkemuka bagi sensor LiDAR keadaan pepejal yang berprestasi tinggi serta perisian persepsi, hari ini mengumumkan jalinan kerjasama dengan Shaanxi Heavy Duty Automobile Co. di Xi'an, China untuk menggunakan trak berautonomi dalam projek akan datang di salah sebuah pelabuhan yang terbesar di China.

Shaanxi Heavy Duty Automobile Co. Ltd., lebih dikenali sebagai Shacman Trucks di luar China, ialah salah satu pengeluar trak yang terbesar di China. Shaanxi merangkumi empat buah syarikat trak, menghantar lebih 150,000 trak baharu ke seluruh dunia setiap tahun, termasuk 10,000 trak setahun untuk sektor perlombongan. Syarikat ini juga merupakan salah satu peneraju di China dalam bidang penyelidikan dan pembangunan pemanduan berautonomi.

Pada peringkat pertama projek ini, LiDAR InnovizPro digunakan dalam projek bukti konsep berautonomi Shaanxi Truck di pelabuhan Cina, dengan matlamat utama Shaanxi melibatkan penggunaan sehingga 600 buah trak di tapak ini. LiDAR InnovizPro yang digunakan dalam projek bukti konsep ini menyediakan fungsi-fungsi penderiaan, pemetaan dan lokasi untuk pemanduan berautonomi dengan kelajuan kurang daripada 30 kilometer sejam di kawasan pelabuhan. LiDAR digunakan untuk mencipta peta yang terperinci, selain menyediakan perisian untuk membandingkan imej awan titik yang dihasilkan oleh LiDAR pada waktu sebenar ke lokasi yang disediakan melalui peta yang dipramuat yang dihasilkan oleh LiDAR. Ini termasuk pengenalpastian pada waktu sebenar "ruang kosong" atau "ruang boleh dipandu" serta pengesanan objek.

Satu tugas penting untuk trak berkenaan adalah untuk mendayakan pemuatan dan pemunggahan berautonomi kontena di kawasan pelabuhan. Selepas menguji banyak penyelesaian LiDAR yang berpotensi, Shaanxi Trucks memilih InnovizPro, sensor LiDAR keadaan pepejal yang pertama seumpamanya, lantaran keandalan dan kelebihan harga/prestasi penyelesaian ini. Penyepaduan sensor lokasi seperti pemantul-balik juga dapat dilakukan di kawasan geobatas ini, meningkatkan kebolehan LiDAR untuk memahami sepenuhnya persekitarannya.

Undang-undang Cina menetapkan bahawa pada Mei 2020, semua trak perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua Sistem Bantuan Pemanduan Canggih (ADAS): kamera mandatori dan sama ada radar atau sistem LiDAR.

"Saya telah memperkenalkan teknologi-teknologi Israel yang cemerlang kepada OEM Cina selama bertahun-tahun dan saya berasa amat teruja dengan masa depan LiDAR Innoviz di Shaanxi Trucks dan OEM Cina yang lain," kata En. Shen Yong, Pengarah Xiamen Zhongxinyun Intelligent Co., penyepadu sistem untuk projek ini, yang bertanggungjawab untuk gabungan sensor.

"Innoviz melihat peluang yang hebat bagi memperluaskan teknologi berautonomi kepada sektor pengangkutan dengan trak," kata Omer Keilaf, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Innoviz. "Dengan itu, kami menanti-nantikan kerja-kerja di hadapan untuk projek bersama Shaanxi Trucks ini."

Latar Belakang Innoviz Technologies
Innoviz ialah pengeluar yang terkemuka bagi sensor LiDAR keadaan pepejal yang berprestasi tinggi serta perisian persepsi yang membawa visi untuk industri automotif, dron, robotik, pemetaan dan industri-industri lain. Penawaran daripada Innoviz termasuk InnovizOne, aplikasi gred-automotif, InnovizPro, yang membawa visi kepada pelbagai industri dan perisian persepsinya, diwujudkan bagi melengkapi penawaran perkakasan dengan pengelasan berasaskan AI dan pembelajaran mesin yang canggih, pengesanan serta ciri-ciri penjejakan. Innoviz disokong oleh rakan kongsi strategik peringkat tertinggi dan pelabur termasuk Magna International, Samsung, Aptiv, Magma Venture Partners, Vertex Ventures, SoftBank Ventures Asia, China Merchants Capital (SINO-BLR Industrial Investment Fund, L.P.), 360 Capital Partners, Glory Ventures, Naver, Shenzhen Capital Group, New Alliance Capital, Harel Insurance Investments and Financial Services, Phoenix Insurance Company dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.innoviz.tech.

Hubungan Media untuk Innoviz
Chelsea Lauber
Antenna Group untuk Innoviz
innoviz@antennagroup.com

Source: Innoviz Technologies
Related Links:
Keywords: Auto Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Transportation Licensing/marketing agreements