omniture

Absen Lancar Siri LED DooH Baharu di ISE

Absen
2020-03-04 15:02 6350

SHENZHEN, China, 4 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Pengeluar paparan LED global yang terkemuka Absen (SZSE: 300389) telah memperkenalkan Siri AW yang baharu untuk pasaran pengiklanan Digital Di-Luar-Rumah (Digital Out-Of-Home, DooH). Pasaran AW sesuai untuk pemasangan tetap dan juga boleh diaplikasikan pada kotak cahaya dan tiang lampu pintar bagi menampung trend yang semakin berkembang untuk paparan LED dan penyepaduan teknologi 5G, bagi membantu menerima gelombang baharu aplikasi pintar.

Siri AW akan disediakan menerusi dua saiz standard: panel 500mm x 500mm (l x t) dan 500mm x 750mm (l x t). Dengan kecerahan 5,000 nit, kadar segar semula 3,840Hz dan disediakan dalam dua pic piksel (2.8mm dan 3.9mm), Siri AW memberi kualiti imej yang luar biasa dan menjamin kebolehlihatan yang sangat baik, walaupun pada jarak penglihatan yang pendek antara 3-5 meter, lalu menjadikannya amat sesuai untuk pengiklanan jalanan.

Siri AW menggunakan sistem kawalan sensor auto-cahaya pintar bagi mengesan tahap cahaya ambien bagi melaraskan secara automatik kecerahan skrin demi prestasi yang optimum. Penilaian kalis air IP65/IP54 dan reka bentuk ketahanan cuaca bermakna Siri AW mampu bertahan daripada hujan yang lebat, angin kuat dan persekitaran yang mencabar antara -20℃ dan +50℃.

Absen boleh menyediakan penyelesaian siap guna, menjadikannya mudah dipasang, diangkut dan diselenggara. Memandangkan produk ini boleh dipasang dengan mudah pada tiang lampu dan kotak cahaya, ia amat sesuai untuk tempat teduh bas dan jenis lekapan jalanan yang lain. Tambahan pula, tatkala teknologi 5G lebih mudah didapati, permintaan terhadap aplikasi 'Bandar Pintar' bersedia untuk meningkat secara eksponen bagi memudahkan operasi bandar dan pengurusan pengangkutan.

Siri AW menawarkan pilihan yang berbeza bagi memenuhi pelbagai dimensi dan tujuan. Untuk pemasangan tetap, panel ini boleh diputar, seraya memberi lebih kemungkinan dan kefleksibelan pemasangan. Sebagai siri luar, siri ini menyokong pemasangan tanpa bingkai, lantas dapat menjimatkan kos bahan yang mengikat.

Siri AW dapat memenuhi fungsi-fungsi seperti penerbitan jarak jauh, kawalan kluster dan perlindungan keselamatan bagi menjadikan penyebaran maklumat dan pengiklanan lebih mudah. Pengguna boleh mengurus dengan mudah dan cekap kandungan secara dalam talian dengan menyiarkan video dan imej melalui komputer. Bagi menjamin keselamatan data, kandungan ini kemudiannya disulitkan semasa penghantaran dan dikunci di terminal. Apabila pengguna perlu memaparkan kandungan yang sama pada tiang lampu individu, AW menyokong pengurusan paparan secara serentak bagi mencapai kesan mengagumkan yang sebenar. Pengawasan automatik menjadikan pengurusan pintar dengan maklum balas dan sebarang amaran dihantar secara automatik.

Source: Absen
Related Stocks:
Shenzhen:300389
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors New products/services Trade show news