omniture

Masque di Mumbai Sebagai Penerima 2020 Miele One To Watch Award

Asia’s 50 Best Restaurants 2020
2020-03-05 15:00 763

MUMBAI, India, 5 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Asia's 50 Best Restaurants telah mengumumkan bahawa Masque di Mumbai, India, sebagai pemenang tahun 2020 Miele One To Watch Award yang berprestij. Dipilih oleh pihak penganjur Asia's 50 Best Restaurants dengan kerjasama pakar-pakar serantaunya, gelaran Miele One To Watch dipersembahkan kepada restoran di luar senarai Asia's 50 Best, namun dikenal pasti sebagai bintang yang sedang bersinar di rantau tersebut. 

 

Masque in Mumbai, India, is the 2020 winner of the prestigious Miele One To Watch Award. Selected by the organisers of Asia’s 50 Best Restaurants in collaboration with its regional experts, the Miele One To Watch title is presented to a restaurant that is outside the Asia’s 50 Best list, but is identified as a rising star of the region.
Masque in Mumbai, India, is the 2020 winner of the prestigious Miele One To Watch Award. Selected by the organisers of Asia’s 50 Best Restaurants in collaboration with its regional experts, the Miele One To Watch title is presented to a restaurant that is outside the Asia’s 50 Best list, but is identified as a rising star of the region.

 

Pemilik bersama Masque dan cef Prateek Sadhu akan menerima penghargaan tersebut secara rasmi di sebuah majlis makan malam istimewa, diadakan di restoran Mumbai pada malam ini (5 Mac) yang dihadiri oleh cef terkemuka, rakan media dan VIP daripada komuniti gastronomi India.

Dilancarkan pada tahun 2016, Masque membezakan restorannya sebagai restoran mewah, dari-ladang-ke-meja-hidangan yang pertama memperkenalkan konsep menu cicipan sahaja ke India.

"Masque berusaha untuk menakrifkan semula hidangan masakan India," jelas Sadhu. "Bagi kami, ini bukan tentang kembali kepada resipi serantau dan sekadar menghiasi hidangan dengan sentuhan baharu. Ia menuntut penghayatan semula terhadap resipi berkenaan dengan tujuan dan menemui bagaimana proses ini dapat membina penghubung rentas budaya. Menerima Miele One To Watch Award menginspirasikan kami untuk meneruskan perjalanan penemuan ini."

Masque turut serta bersama barisan berprestij pemenang-pemenang anugerah One To Watch baru-baru ini termasuk Florilège di Tokyo (2016), TocToc di Seoul (2017), Toyo Eatery di Manila (2018) dan JL Studio di Taiwan (2019).

William Drew, Pengarah Kandungan di Asia's 50 Best Restaurants, menambah: "Menu didorong bahan oleh Masque menonjolkan kepelbagaian produk tempatan India manakala persembahan kreatif dan pendekatan radikal terhadap tradisi kulinari menunjukkan visi progresif Cef Sadhu."

"Kami berasa gembira dapat menyampaikan Prateek Sadhu dan pasukan Masque beliau dengan Miele One To Watch Award tahun ini," kata Mario Miranda, Pengarah Urusan Serantau Asia di Miele. "Dengan cita-cita mereka agar sentiasa mengatasi prestasi mereka sendiri dan komitmen mereka terhadap kemampanan, mereka sangat mengagumkan. Sikap yang sama, yang membawa kepada penambahbaikan berterusan dan inovasi, merupakan sebahagian daripada falsafah jenama 'Immer Besser' kami di Miele: Dengan menakrifkan semula kecemerlangan setiap hari, di mana-mana sahaja, kami ingin mencipta pengalaman yang menggembirakan buat pelanggan kami."

Lantaran sekatan perjalanan yang berlaku pada masa kini di Asia, upacara penganugerahan untuk meraikan Asia's 50 Best Restaurants akan distrim melalui halaman Facebook dan saluran YouTube Asia's 50 Best Restaurants pada hari Selasa, 24 Mac bermula jam 4 petang (SGT/HKT)/1.30 petang (IST).

Untuk butiran lanjut mengenai proses pengundian Asia's 50 Best Restaurants, kunjungi:
https://www.theworlds50best.com/asia/en/voting/the-voting-system

 

 

Hubungi: 
CatchOn, A Finn Partners Company 
asias50best@finnpartners.com
+852-2566-8988

Source: Asia’s 50 Best Restaurants 2020
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Publishing/Information Service Restaurants Retail Travel Awards