omniture

Royal Canadian Mint cipta semula syiling dengan koleksi boleh kumpul pertama seumpamanya dalam bentuk berlian potong sebenar

Royal Canadian Mint (RCM)
2020-03-05 21:27 811

OTTAWA, Ontario, 5 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Melakukan sesuatu yang berbeza untuk membuktikan bahawa mungkin terdapat lebih daripada dua sisi pada duit syiling, Royal Canadian Mint dengan bangganya mencipta koleksi boleh kumpul dalam bentuk tiga dimensi berlian potong sebenar. Syiling Bentuk Berlian Perak Halus $50 2020 – Forevermark© Diamond dihasilkan daripada tiga auns 99.99% perak tulen dan dihiasi dengan berlian 0.20-karat daripada Victor Mine Northern Ontario. Pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mint telah menangani banyak cabaran untuk mencipta dengan sempurna syiling berkontur dramatik ini dan menghasilkan koleksi boleh kumpul mewah yang juga merupakan hasil hebat kejuruteraan yang unik. Hasil ciptaan yang luar biasa ini, berserta banyak koleksi boleh kumpul direka dengan baik yang lain, disediakan kepada orang awam mulai hari ini.

The Royal Canadian Mint's diamond-shaped silver collector coin
The Royal Canadian Mint's diamond-shaped silver collector coin

Namun begitu, satu lagi evolusi numismatik terhasil daripada Koleksi Makmal R&D Mint. Syiling Perak Halus $2 2019 - Multilayered Polar Bear. Syiling tersebut mencipta semula reka bentuk beruang polar syiling edaran $2 ikonik daripada artis Brent Townsend, memandangkan unsur reka bentuk pada bahagian belakangnya muncul pada lapisan ukiran yang jelas berasingan: beruang polar dan kawasan lingkaran luar muncul terapung di atas pemandangan laut artik yang menjadi tempat asal ikon mata wang Kanada ini.

Mengimbau masa silam, Mint telah mengeluarkan duit syiling baharu yang mengiktiraf simbol sejarah dengan Syiling Perak Halus $125 2020 – 75th Anniversary of UNESCO setengah kilogram, yang menampilkan Tapak Bersejarah L'Anse aux Meadows. Tinggalan arkeologi penempatan Viking autentik yang terkenal di Kanada, terletak di hujung barat laut Newfoundland, dihidupkan kembali pada ilustrasi kehidupan desa silam yang dibayangkan oleh artis Rebecca Yanovskaya. Syiling bersadur emas secara selektif ini menampilkan tanda rahsia UNESCO, berserta skrip gaya runik dan hiasan tatal Viking.

Mundar laju ke penempatan awal Perancis dan Inggeris di Kanada, Syiling Perak Halus $10 2020 – 350th Anniversary of Hudson's Bay Company (HBC) mencipta semula token dagangan HBC yang menampilkan jata syarikat dan dihasilkan dengan gaya yang meniru proses penempaan pada zaman tersebut. Syiling Emas Tulen $10 2020 Relics of New France: Louis XIV 15 Sol, memulihkan keanggunan diraja kepingan sejarah numismatik kolonial 450 tahun, pada satu perempat auns 99.99% emas tulen.

Syiling-syiling lain yang dilancarkan pada bulan Mac termasuk:

  • Syiling Perak Halus $20 2020 – Mother Earth: Home, syiling rekaan Jamie Desrochers yang menampilkan pemandangan Bumi yang berwarna daripada permukaan keperak-perakan bulan, dengan teknologi cahaya gelap yang memperhebatkan Bima Sakti digambarkan pada latar belakang;
  • Syiling Perak Halus $20 2020 – Bejewelled Bugs – Labybug, menampilkan karya seni oleh Jori van der Linde, dihiasi dengan kumbang kura-kura bersadur rodium yang berwarna hitam dan putih diselaputi dengan batu permata garnet dan nilam; 
  • Syiling Perak Halus $50 2020 bersadur emas – Real Shapes: Beaver;
  • Syiling Perak Halus $50 2020 – Courageous Bald Eagle menampilkan perspektif anggun oleh artis Steve Hepburn, helang yang terbang melayang di atas garis pantai Kanada;
  • Syiling Perak Halus $3 2020 – Floral Emblems of CanadaOntario: White Trillium, yang pertama daripada 13 syiling rekaan Lisa Thomson Khan yang menggambarkan bunga rasmi semua kawasan dan wilayah Kanada;
  • Syiling Perak Halus $10 2020 – Congratulations on Your Graduation, menampilkan karya seni Jori van der Linde;
  • Set Syiling 25-Sen 2020 – Connecting Canada, tiga syiling rekaan Tony Bianco yang meraikan setiap satu daripada tiga pantai Kanada;
  • Koleksi Gulungan Balutan Istimewa 2020 – First Strikes, set yang menampilkan gulungan berbalut istimewa setiap denominasi syiling edaran; dan,
  • Syiling Perak Halus $5 2020 ditingkatkan dengan kristal – Birthstones: March, menampilkan karya seni oleh Pandora Young.

Tempaan, harga dan maklumat latar belakang penuh setiap produk boleh didapati di tab "Shop" di www.mint.ca. Imej duit syiling disediakan di sini

Semua produk ini boleh dipesan terus daripada Mint di 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS, atau di laman sesawang Mint. Duit syiling ini juga boleh didapati di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg, serta menerusi rangkaian wakil jualan dan pengedar global kami, termasuk outlet Canada Post yang mengambil bahagian.

Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah satu kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, kunjungi www.mint.ca. Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

Untuk maklumat lanjut: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Tel: (613) 884-6370, reeves@mint.ca

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1098367/Royal_Canadian_Mint_The_Royal_Canadian_Mint_Reinvents_the_Coin_W.jpg

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Related Stocks:
Toronto:MNT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Mining/Metals Precious Metals New products/services