omniture

Kempen Hari Wanita Antarabangsa #BiasCorrect Catalyst Kembali Ganggu Bias Gender Tidak Sedar Di Tempat Kerja

Catalyst
2020-03-05 21:43 904

Kempen Libatkan Lelaki dan Tawar Berbilang Bahasa dalam Pemalam Slack serta Alatan Lain

NEW YORK, 5 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Catalyst meraikan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) 2020 dengan but semula kempen #BiasCorrect yang berjaya bagi mengganggu bias tanpa sedar dengan menonjolkan kuasa perkataan yang digunakan bagi menggambarkan wanita di tempat kerja.

Meneruskan kejayaan kempen #BiasCorrect IWD 2019 yang membuahkan hasil – yang menampilkan imej-imej pemimpin dan golongan berpengaruh wanita seperti Hillary Clinton dan Sheryl Sandberg berkongsi perkataan bias yang digunakan untuk menggambarkan mereka di tempat kerja, berserta pemalam Slack untuk membetulkan bahasa bias gender – kempen tahun ini telah diperluas untuk melibatkan golongan lelaki. Matlamatnya adalah untuk mendemonstrasikan bahawa wanita dan lelaki dengan bakat serta kemahiran yang sama sering digambarkan dengan cara yang amat berbeza, mewujudkan halangan yang dapat memberi kesan buruk kepada kemajuan wanita.

Kempen tahun lalu, dengan kerjasama syarikat transformasi jenama yang dipimpin oleh wanita Burns Group, mencecah anggaran 188.5 juta orang dan tagar #BiasCorrect menarik minat lebih daripada 32 juta orang di Twitter. Laman sesawang #BiasCorrect menerima lebih daripada 114,000 kunjungan dari 89 buah negara merentas enam benua dan sejak tahun 2019, hampir 300 pasukan tempat kerja telah memuat turun pemalam #BiasCorrect di Slack.

"Tindak balas kepada kempen #BiasCorrect tahun lalu mengesahkan bahawa ramai orang yang tidak menyedari kesan bias gender tanpa sedar di tempat kerja. Dengan itu, kami tahu ia penting untuk terus mendidik semua orang bagaimana bahasa mempengaruhi rangkuman," kata Lorraine Hariton, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Catalyst. "Kami tahu bahawa masalahnya tidak tetap dan kami turut melibatkan golongan lelaki sebagai rakan kongsi gender dalam kempen #BiasCorrect 2020 kami untuk mengganggu bias dan membantu wanita berkembang maju."

Penjana foto perkataan bias gender #BiasCorrect tahun ini disediakan dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Sepanyol dan bahasa Jepun.

Alatan pemalam Slack #BiasCorrect disediakan dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jerman dan bahasa Sepanyol. Pemalam tersebut, dikemas kini oleh WillowTree untuk kempen 2020, meletakkan tanda bias tanpa sedar dalam perbualan waktu sebenar pada platform-platform sembang berasaskan kerja seperti Slack, mengenal pasti perkataan yang mewujudkan stereotaip gender yang memudaratkan dengan mencadangkan alternatif, seperti "bersemangat" bagi menggantikan "emosional" dan "bos" bagi menggantikan "suka mengarah". Ia disediakan sebagai kod sumber terbuka dan boleh disesuaikan untuk platform-platform pemesejan segera yang lain.

Laman sesawang #BiasCorrect menampilkan testimoni video daripada pemimpin dan golongan berpengaruh yang pernah menghadapi bias gender; hantaran media sosial disesuaikan untuk muat turun; dan maklumat bagaimana individu dan syarikat boleh menangani bias yang tidak sedar, termasuk pemuat naik foto yang membolehkan lelaki dan wanita menambah perkataan #BiasCorrect mereka sendiri.

"Kami merasakan ia penting untuk melanjutkan kerjasama kami dengan Catalyst bagi menjadikan #BiasCorrect lebih inklusif," kata Joanne McKinney, Ketua Pegawai Eksekutif Burns Group. "Ia merupakan satu kebenaran yang tidak disangkal bahawa bias gender bersifat sejagat—dan jejak global Catalyst yang membolehkan mereka untuk mencipta alatan menyeluruh yang dapat mendorong perubahan."

Catalyst mengundang individu dan syarikat untuk mengunjungi laman sesawang #BiasCorrect yang menyediakan sumber-sumber untuk lelaki dan wanita bagi membantu memahami, mengganggu dan membetulkan bias tanpa sedar. Kempen tersebut akan turut ditampilkan di pelbagai wilayah dan bandar menerusi poster di perhentian bas dan di dalam lif. Bank of America ialah penaja utama untuk kempen ini.

Latar Belakang Catalyst
Catalyst ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan global yang melibatkan beberapa Ketua Pegawai Eksekutif yang paling hebat di dunia dan syarikat-syarikat terkemuka bagi membantu membina tempat kerja yang sesuai untuk wanita. Ditubuhkan pada tahun 1962, Catalyst mendorong perubahan dengan penyelidikan perintis, alatan praktikal dan penyelesaian terbukti bagi mempercepatkan dan memajukan golongan wanita dalam bidang kepimpinan – kerana kemajuan buat wanita merupakan kemajuan buat semua.

Latar Belakang Burns Group
Burns Group ialah sebuah syarikat transformasi jenama yang dengan berani mewujudkan masa depan jenama, baharu dan lama bersama-sama. Kami membawa keberanian kepada jenama-jenama yang sudahpun mantap dan pengalaman kepada syarikat-syarikat baharu. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi burnsgroupnyc.com

Hubungan Media:

A.S.: Stephanie Wolf
+1 732 322 3698
media@stephaniewolfpr.com

Kanada: Francine Beck
+1 416 725 3710
francine@fbstrategiesgroup.com

Eropah: Frances Knox
+ 44 7850 470123
frances@frankly-pr.co.uk

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/732308/Catalyst_Tagline_Logo.jpg

Source: Catalyst
Related Links:
Keywords: Workforce Management/Human Resources Not for profit Women-related news