omniture

NEOM Dinamakan Rakan Kongsi Utama Pasukan Mercedes-Benz EQ Formula E

NEOM
2020-03-05 22:08 889

Pasukan Mercedes-Benz EQ Formula E tandatangani perjanjian jangka panjang dengan NEOM

Peluang kejuruteraan dan pembangunan perisian untuk warga Saudi menjadi bahagian penting perjanjian 

Perkongsian bertahan lama untuk tumpu pada sukan, kemampanan dan mobiliti masa depan dan bagi memupuk bakat muda 

NEOM dan LONDON, 5 Mac 2020 /PRNewswire/ -- NEOM Company (NEOM) dan Mercedes-Benz Formula E Limited menandatangani satu perjanjian perkongsian jangka panjang bagi menjadikan NEOM sebagai rakan kongsi pasukan Mercedes EQ Formula E. Perkongsian berkenaan memulakan hubungan berbilang musim bersama Pasukan Mercedes-Benz EQ Formula E dengan NEOM sebagai Rakan Kongsi Utama yang baharu. Ia menawarkan peluang-peluang untuk pemindahan pengetahuan dan untuk meningkatkan lagi pendidikan dan latihan di Kerajaan Arab Saudi. Pembangunan pemanu-pemandu lumba muda juga merupakan unsur utama.

 

NEOM Named as Principal Partner of Mercedes-Benz EQ Formula E Team
NEOM Named as Principal Partner of Mercedes-Benz EQ Formula E Team

 

Perkongsian ini akan menyediakan peluang-peluang peminjaman dan pembangunan untuk warga Saudi terpilih, yang bekerjasama rapat dengan pasukan lumba dan seterusnya layak sebagai jurutera dan pembangun perisian.

NEOM juga akan menjadi rakan kongsi utama dan rakan kongsi pengasas Program Pembangunan Pemandu Mercedes-Benz EQ FE yang akan bermula pada awal tahun 2021 untuk pemandu-pemandu baharu yang berbakat. Tujuannya adalah untuk menemui dan membawa bakat muda yang boleh memajukan Formula E dalam beberapa tahun akan datang.

Mengulas mengenai perkongsian tersebut, Nadhmi Al-Nasr, Ketua Pegawai Eksekutif NEOM, berkata: "Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan pasukan Mercedes-Benz EQ Formula E. Kami sentiasa terbuka untuk membangunkan perkongsian yang mana inovasi dilihat sebagai kunci untuk mencipta masa depan yang mampan. Kami menggalakkan semua orang untuk memandang NEOM sebagai makmal hidup yang mana mereka boleh menguji dan membangunkan teknologi baharu dengan kerjasama bersama kami dan pihak-pihak lain. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Pasukan Mercedes-Benz EQ Formula E."

Toto Wolff, Ketua Mercedes-Benz Motorsport, menambah: "Kami menganggap penglibatan kami dalam sukan bermotor sebagai amat penting dalam merintis inovasi dan kami berharap dapat membangunkan kolaborasi ini bersama rakan kongsi baharu kami, NEOM. Dengan penglibatan kami dalam Formula E, kami mendedikasikan diri kami untuk menaikkan profil mobiliti masa depan dan untuk mendorong ke hadapan pembangunan inovasi yang mampan – dari segi teknologi dan juga pementoran golongan muda yang berbakat yang akan membuat sumbangan penting dalam hal ini."

Jan Paterson, Pengarah Urusan Sukan di NEOM, berkata: "Kami berasa amat kagum dengan budaya dan nilai pasukan semasa perbincangan kami. Ini merupakan satu perkongsian penting yang mewujudkan kolaborasi ekstensif antara Pasukan Mercedes-Benz EQ Formula E dan NEOM dalam landskap sukan global. Dalam tempoh jangka pendek, kami teruja untuk menyokong pasukan berkenaan dalam musim-musim akan datang dan tidak sabar-sabar menantikan peluang apabila kami dapat menjadi tuan rumah perlumbaan pertama kami di NEOM."

Ketua Pasukan Mercedes-Benz EQ Formula E, Ian James, berkata: "Formula E adalah lebih daripada sekadar bentuk sukan bermotor yang mengujakan. Dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu lima tahun, siri perlumbaan semua-elektrik telah mengukuhkan kedudukannya sebagai perintis untuk inovasi teknologi, kemampanan dan mobiliti elektrik; kesemuanya merupakan topik utama untuk masa depan kita. Kami berharap dapat menerokai peluang-peluang baharu ini bersama NEOM sepanjang tahun-tahun akan datang."

Untuk maklumat lanjut kunjungi NEOM.com.  

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1099325/Mercedes_Benz_EQ_Formula_E_Team.jpg

Source: NEOM
Related Links:
Keywords: Auto Sporting Events Sports Transportation Contracts Joint ventures