omniture

Kemenangan Berganda untuk LCM Partners di Anugerah Private Debt Investor 2019

LCM Partners
2020-03-05 22:30 1010

LONDON, 5 Mac 2020 /PRNewswire/ -- LCM Partners dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah memenangi dua Anugerah Private Debt Investor bagi tahun 2019: Pelabur Hutang Distres Eropah Tahunan dan Firma Hutang Khusus Eropah Tahunan.  

Private Debt Investor ialah bahan penerbitan rekod untuk hutang persendirian, menjejaki institusi, dana dan urus niaga yang membentuk pasaran kredit persendirian di dunia. Anugerah tahunannya kini memasuki tahun ketujuhnya dengan pemenang-pemenang dipilih berdasarkan undian yang diterima daripada pembaca bahan penerbitan tersebut, termasuk peserta industri hutang persendirian dan komuniti pelabur institusi.

Ekoran kemenangan terdahulu pada tahun 2015, 2016 dan 2018, ini merupakan kejayaan keempat LCM dalam kategori Hutang Distres Eropah. Strategi Peluang Kredit ("COPS") LCM memperoleh pinjaman pengguna dan PKS berbayar, dijadual semula serta tidak berbayar dan anugerah ini merupakan bukti rekod prestasi firma tersebut dalam kelas aset yang sentiasa berada dalam pasaran Eropah selama lebih 21 tahun lamanya.

Baru-baru ini, LCM melancarkan strategi pemberian pinjaman langsung bertumpu pengguna dan PKS pada tahun 2018, Peluang Pengasalan dan Peminjaman Strategik LCM ("SOLO") dan anugerah Firma Hutang Khusus Eropah Tahunan memperlihatkan kejayaan firma tersebut dalam membawakan produk yang amat berbeza ke dalam pasaran. Strategi berkenaan menyediakan pengasalan baharu melalui perkongsian strategik dengan Pengeluar Peralatan Asli (OEM) dan syarikat-syarikat kewangan khusus dalam bidang pasaran seperti pemajakan, kewangan auto dan kredit runcit.

Paul Burdell, Ketua Pegawai Eksekutif LCM Partners, berkata:

"LCM Partners berbangga kerana telah memenangi dua anugerah Private Debt Investor ini dan amat bersyukur atas sokongan berterusan daripada Rakan Kongsi Terhadnya. Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting lagi adalah kami berasa amat teruja dengan peluang-peluang yang menanti di hadapan.

Pelaksanaan secara berterusan perundangan kawal selia seperti Basel III dan IFRS 9 mewujudkan dua peluang pelaburan yang berbeza dan boleh diskala di Eropah; pemerolehan aset-aset bukan-teras dan NPL serta peruntukan penyelesaian pemberian pinjaman untuk bidang kurang dana dalam pasaran yang mana bank dan pemberi pinjaman langsung yang lain adalah kurang aktif. Dengan lebih 21 tahun pengalaman dalam pasaran pengguna dan PKS Eropah, kami berpendapat bahawa kami berkedudukan baik untuk memanfaatkan trend industri semasa ketika bank-bank terus mengurangkan leveraj dan keluar daripada barisan perniagaan bukan teras."

Catatan untuk Editor:

LCM ialah pengurus aset alternatif Eropah terkemuka yang berpangkalan di London, yang mengkhusus dalam portfolio pengguna pinjaman penuh dan kredit PKS. Menawarkan kepakaran yang tiada tandingan dalam melabur dan mengurus portfolio kredit, LCM mempunyai kira-kira €3.6 bilion modal yang dikeluarkan dan/atau modal komited serta telah melabur dalam lebih 2,500 portfolio pinjaman berbayar, pinjaman dijadual semula dan pinjaman tak berbayar.

Kini, LCM sedang mengumpul dana untuk kedua-dua strategi pelaburannya. Penutupan awal untuk strategi Peluang Kredit LCM 4 ("COPS 4") diadakan pada Januari 2020, manakala strategi Peluang Pengasalan dan Peminjaman Strategik LCM ("SOLO") dijangka menyelesaikan pengumpulan dananya pada tahun 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang LCM di www.lcmpartners.eu.

LCM Partners
Paul D Burdell
T: +44-203-457-5050
paulburdell@lcmpartners.eu

LCM Partners
James Hogan
T: +44-203-457-5050
jhogan@lcmpartners.eu

Source: LCM Partners
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service Awards Financial Technology