omniture

Guide Infrared Sumbang Sistem Pemeriksaan Demam Inframerah bernilai $144,000 kepada Jepun

- Guide Infrared sertai perjuangan Jepun menentang COVID-19 dengan sumbangan Sistem Pemeriksaan Demam Inframerah
Guide Infrared
2020-03-09 08:21 649

WUHAN, China, 9 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Guide Infrared, pengeluar sistem pengimejan terma inframerah Cina yang terkemuka berpangkalan di Wuhan, China, telah mendermakan GUIDE IR Fever Warning Systems kepada Jepun. Sistem pengimejan terma inframerah dengan algoritma AI menyediakan pemeriksaan suhu tanpa sentuh yang cekap dan tepat dan memaklumkan pengendali apabila demam dikesan – dinilaikan pada lebih RMB1 juta (kira-kira US$144,000).

Bekalan perubatan disumbangkan oleh Guide Infrared
Bekalan perubatan disumbangkan oleh Guide Infrared

"Komitmen sosial berakar umbi dalam DNA korporat Guide Infrared dan memerangi epidemik Novel Coronavirus sudah menjadi satu tanggungjawab global. Hasilnya, Guide Infrared telah mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan untuk mencegah penyebaran lanjutan penyakit ini dengan mendermakan sistem pengimejan haba yang terkini," kata En Huang Sheng, Ketua Pegawai Eksekutif Guide Sensmart. Sebagai sebuah subsidiari Guide Infrared, Guide Sensmart bertanggung jawab terhadap perniagaan komersial industri pengimejan terma inframerah ini

Mengambil tindakan yang pantas, Guide Infrared mengumpulkan bekalan dan peralatan pencegahan epidemik dan menghantarnya ke Jepun menjelang hujung Februari, dan ia digunakan di hospital-hospital dan stesen-stesen pencegahan epidemik di seluruh negara.

Guide Infrared, peneraju pasaran sistem pengimejan inframerah China, telah mempunyai rekod yang terbukti dalam menyokong pencegahan epidemik dengan penyelesaian pengukuran suhu. Bermula dengan pandemik SARS 2003, pandemik H1N1 Influenza 2009 dan epidemik Ebola 2014, hinggalah kepada tercetusnya COVID-19, syarikat ini teguh berdiri Bersama-sama masyarakat dalam pencegahan penyakit.

Peranti yang disumbangkan termasuk IR236 IR Fever Screening Systems automatik yang dilengkapi dengan pengimejan terma inframerah IR236, pengesan inframerah proprietari yang dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan yang disebabkan oleh hubungan bersentuhan berpanjangan yang tidak dilindungi dengan pesakit, dengan mengenal pasti pesakit demam dalam lingkungan 10 meter dengan pantas. Hasil daripada gabungan data raya, kecerdasan buatan, pengenalan wajah, IR236 adalah mesra pengguna dan memberikan hasil yang tepat. Penyelesaian ini boleh digunakan di tempat-tempat yang sesak, seperti lapangan terbang, stesen keretapi, hospital, bank, kilang-kilang besar, sekolah, gedung membeli belah dan pasaraya serta komuniti kediaman.

Aplikasi GUIDE IR Fever Screening System
Aplikasi GUIDE IR Fever Screening System

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200306/2742735-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200306/2742735-1-b?lang=0

Source: Guide Infrared
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility