omniture

Lynx Analytics Jalin Kerjasama dengan Telkomsigma Bawakan Indeks Kegembiraan Pelanggan kepada Telkom Indonesia

Penyelesaian akan terus meningkatkan pengalaman pelanggan untuk kumpulan pelanggan Telkom Indonesia yang pantas berkembang
Lynx Analytics
2020-03-11 18:24 5441

SINGAPURA, 11 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Lynx Analytics, peneraju bagi kecerdasan buatan dan penyelesaian sains data, serta Telkomsigma, peneraju bagi penyelesaian hujung-ke-hujung berasaskan ICT yang inovatif untuk syarikat-syarikat di Indonesia, berkolaborasi bagi membawakan Indeks Kegembiraan Pelanggan kepada Segmen Pengguna Telkom Indonesia. Ini akan menyokong Telkom Indonesia dalam misinya untuk menjadi syarikat telekomunikasi digital yang paling diutamakan bagi memperkasa masyarakat.

Projek ini merupakan sebahagian daripada transformasi pengalaman pelanggan Telkom Indonesia yang bertujuan untuk membawakan pengalaman pelanggan yang mengagumkan melalui gaya hidup digital. Ia akan menyaksikan penciptaan saluran data beraneka bagi membekalkan Indeks Kegembiraan Pelanggan, satu penyelesaian analitik dipacu AI bagi meningkatkan pengalaman pelanggan. Ini akan membolehkan Telkom Indonesia mendapat maklumat yang terperinci mengenai pemacu di sebalik kepuasan pelanggan. Penyelesaian ini akan membolehkan Telkom Indonesia meramalkan metrik pengalaman pelanggan yang penting seperti Skor Promoter Bersih (NPS) untuk sebarang pelanggan merentas seluruh pangkalannya dan memberi petunjuk bagaimana untuk meningkatkan NPS. Ini merupakan maklumat yang amat bernilai tatkala Telkom Indonesia mengembangkan rangkaiannya dengan pesat dan menambah pelanggan.

"Menghasilkan pengalaman pelanggan yang berkualiti merupakan satu kemestian dalam dunia hari ini, namun kepuasan pelanggan boleh menjadi tidak menentu. Indeks Kegembiraan Pelanggan membolehkan pengendali untuk menghapuskan tekaan apabila melibatkan peningkatan pengalaman pelanggan," kata Gyorgy Lajtai, Ketua Pegawai Eksekutif Lynx Analytics. "Penyelesaian kami seakan-akan mempunyai sains data dalam kotak; ia menyediakan pemahaman yang diperlukan bagi membimbing inisiatif-inisiatif peningkatan pengalaman pelanggan yang berjaya," tambah beliau.

"Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Lynx Analytics bagi membawakan penyelesaian yang amat inovatif dan melanjutkan sokongan kami untuk objektif pertumbuhan Telkom Indonesia," kata Tante Suratno, Pengarah Perniagaan & Jualan Telkomsigma.

Latar Belakang Lynx Analytics 

Beribu pejabat di Singapura, Lynx Analytics ialah peneraju dalam kecerdasan buatan dan penyelesaian sains data. Dengan kepakaran yang mantap dalam model analitik prediktif, kami membantu perniagaan meningkatkan pengalaman pelanggan dan meramalkan hasil seperti kadar pulangan pelanggan, nilai seumur hidup pelanggan, NPS dan ARPU.

Latar Belakang Telkomsigma 

Telkomsigma ditubuhkan pada tahun 1987 dan sejak itu sentiasa komited untuk menjadi peneraju bagi menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung berasaskan ICT yang inovatif kepada syarikat-syarikat, baik di Indonesia mahupun di luar negara. Dengan visi kami untuk menjadi pusat kepada peneraju-peneraju IT di Indonesia, kami membuatkannya sebagai misi kami untuk menjadi rakan kongsi yang paling dipercayai dalam menyediakan dan menggunakan faedah-faedah penyelesaian ICT bagi mempercepatkan pertumbuhan perniagaan pelanggan kami.

Source: Lynx Analytics
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements New products/services Data Analytics