omniture

Kren Beroda ke-200,000 XCMG Dikeluarkan daripada Barisan Pengeluaran

XCMG
2020-05-02 01:26 1584

XUZHOU, China, 2 May 2020 /PRNewswire/ -- XCMG (SHE: 000425) telah merekodkan detik bersejarah apabila kren beroda ke-200,000nya dikeluarkan secara rasmi daripada barisan pengeluaran di Xuzhou, China. Syarikat ini mencapai matlamat pengeluaran 100,000 yang kedua hanya dalam sedekad.

Kren Beroda ke-200,000 XCMG Dikeluarkan daripada Barisan Pengeluaran
Kren Beroda ke-200,000 XCMG Dikeluarkan daripada Barisan Pengeluaran

XCMG membangunkan kren trak 5-tan yang pertama di China pada tahun 1963 dan melancarkan siri-K pada tahun 2000, membuka lembaran baharu untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) bebas bagi kren pembinaan di China. Mendukung piawaian emas "Maju dan Tahan Lama" serta strategi berorientasi pelanggan, kini XCMG merupakan pengeluar kren bergerak No. 2 di dunia dengan sepertiga daripada semua kren beroda yang beroperasi di seluruh dunia dibuat oleh XCMG di China.

Kren XCMG telah mencapai kejayaan berterusan dalam pasaran antarabangsa. XGC88000, kren rangkak terbesar di dunia, dibangunkan oleh XCMG, kini sedang menyelesaikan tugasan mengangkat untuk sebuah projek penapisan minyak di Oman. Selepas kejayaan penampilan sulungnya bagi mengangkat menara cuci 1,926-tan untuk projek UNITE EOEG III di Arab Saudi pada Oktober 2019. 

"XCMG banyak memegang pencapaian pertama. Bekalan 200,000 kren beroda ialah hasil daripada perkongsian erat XCMG dengan pembekal dan wakil penjual, yang mana kami berkembang maju dan mencapai kemajuan bersama mereka. Kami juga perlu mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka," kata Sun Jianzhong, Naib Presiden XCMG. 

Kualiti dan kecekapan merupakan kata kunci barisan produk 2020 baharu XCMG

XCMG melancarkan barisan siri-G pada tahun 2016. Barisan produk ini menekankan teknologi pintar, tenaga hijau dan prestasi ultra. Ia bersama-sama direka bentuk oleh penyelidik-penyelidik XCMG terbaik di Eropah, Amerika Utara, Brazil dan China melalui platform pengurusan data produk global canggihnya.

Sorotan utama tujuh model daripada 12 keluaran kren trak baharu ialah:

  • XCT80L6_1: Penggunaan bahan api lebih rendah sebanyak 12 peratus, meningkatkan prestasi dinamik sebanyak 15 peratus;
  • XCT85: Prestasi gerakan sebatian tertinggi dalam industri, dengan kelajuan mengangkat maksimum 145m/min;
  • QY25K5_II: Keupayaan gred maksimum sebanyak 40 peratus dan kelajuan perjalanan maksimum 80km/j; dengan penyelenggaraan mudah;
  • XCT8L4_1: Kecekapan bahan api terbaik dalam kelas dengan kelajuan perjalanan 90km/j, tertinggi antara kren trak tanan yang serupa;
  • XCT20L5_1: Platform dinamik serba baharu dengan kelajuan rendah, enjin tork tinggi dan keupayaan gred maksimum sebanyak 45 peratus;
  • XCT12L4_1: Merintis rantaian penghantaran emas dengan prestasi rentas desa yang mantap dan penggunaan minyak yang rendah, bum 31.5m dipanjangkan sepenuhnya;
  • QY20K5C: Kepala bum tunggal yang inovatif dan struktur ekor bum kompak untuk kapasiti galas yang lebih mantap.

Sila kunjungi www.xcmg.com atau halaman XCMG di Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200429/2789582-1?lang=0

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Transportation