omniture

Schindler lancar lift modular baharu

Schindler Group
2020-06-05 18:10 22

EBIKON, Switzerland, 5 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Schindler mengumumkan pelancaran generasi lift modular baharunya yang dilengkapi dengan teknologi inovatif, termasuk teknologi tanpa sentuh, sambungan termaju dan perkhidmatan digital tambahan yang memberi pengalaman penumpang yang serba baharu.

Jardine Schindler Group
Jardine Schindler Group

Urbanisasi yang pesat digandingkan dengan penduduk yang semakin meningkat usia mendorong permintaan untuk bandar-bandar yang lebih pintar yang mengutamakan penduduknya. Sebagai respons, Schindler telah mencipta rangkaian lift yang berasaskan pendekatan modular baharu dengan sistem dan komponen yang diselaraskan.

Selain daripada menyediakan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan interaktif, rangkaian baharu ini akan meningkatkan cara penampilan dan pengalaman lift, sekali gus memberi kebebasan reka bentuk yang bertambah kepada arkitek dan menyediakan pemilik bangunan dengan pengesanan prestasi segera pada masa sebenar.

"Kami memberi penambahan kepada kebiasaan dan telah membina generasi lift modular yang baharu dengan mengutamakan pelanggan dan penumpang," kata Christian Schulz, Ketua Operasi Kumpulan Schindler dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan. "Satu contohnya ialah lift tersebut kini mudah digunakan sebagai platform maklumat hibur."

Rangkaian baharu ini juga membolehkan pengesanan prestasi dan penyelenggaraan adaptif masa sebenar dilakukan, mengurangkan masa henti unit, di samping mengintegrasikan sistem pengurusan transit tanpa sentuh Schindler PORT ke dalam seluruh rangkaian produknya. Semua fungsi baharu ini disalurkan melalui piawaian keselamatan siber yang utama.

Tambahan pula, memandangkan kesihatan dan kesejahteraan menjadi semakin penting sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Schindler mengiktiraf keperluan terhadap penyelesaian tanpa sentuh yang inovatif. Sebagai respons, generasi baharu ini menggabungkan fungsi tanpa sentuh ke dalam penyelesaian umum yang sedia ada seperti panel operasi pendaratan dikawal gerak isyarat dan antara muka yang membolehkan pengguna berinteraksi secara jarak jauh dengan panel operasi menggunakan aplikasi smart phone myPORT.

Sejajar dengan pengenalan kepada generasi lift baharu ini, Schindler melancarkan semula Schindler Digital Plan and Design, satu aplikasi berasaskan web untuk arkitek dan jururancang bagi merancang dan mereka bentuk lift yang disesuaikan mengikut keperluan individu mereka. Di samping itu, rangkaian lift baharu ini menunjukkan emisi CO2 yang lebih rendah dengan kesan terhadap alam sekitar yang sedikit berbanding dengan penyelesaian masa kini.

Schindler akan melancarkan rangkaian lift modular baharu di peringkat global yang diberi nama Schindler 1000, Schindler 3000 dan Schindler 5000 sepanjang tahun 2020, bermula dengan Asia dan Eropah.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.schindler.com/addingtheextra.

Latar Belakang Schindler:

Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1874, Schindler Group ialah penyedia utama bertaraf global untuk lift, eskalator dan perkhidmatan yang berkaitan. Penyelesaian mobiliti Schindler menggerakkan lebih daripada 1.5 bilion orang setiap hari di seluruh dunia. Di sebalik kejayaan syarikat merupakan lebih 65,000 kakitangan di lebih 100 negara.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141111/8521406714LOGO?lang=0

Source: Schindler Group
Related Links:
Keywords: Construction/Building Electrical Utilities Machinery Mining/Metals Utilities New products/services