omniture

ZTE lantik Ni Fei sebagai Presiden Peranti Mudah Alihnya perkukuh integrasi sumber untuk peluang 5G

ZTE Corporation
2020-06-18 03:01 560

SHENZHEN, China, 18 Jun 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini menamakan Ni Fei sebagai Presiden Peranti Mudah Alihnya. En. Ni akan bertanggungjawab penuh terhadap perniagaan peranti mudah alih ZTE dan dalam masa yang sama beliau terus berperanan sebagai Presiden Nubia Technology Co., Ltd.

Ni Fei
Ni Fei

Ni Fei menyertai ZTE pada tahun 2001 dan telah terlibat dalam operasi produk terminal ZTE sejak tahun 2004. Pada tahun 2012, beliau mengambil bahagian dalam penubuhan Nubia dan menjadi Pengurus Besar Nubia Smartphones. Pada Mei 2019, beliau berperanan sebagai Presiden Nubia.

Dengan pengalaman yang beraneka dalam produk terminal, pasaran terbuka domestik dan pasaran luar negara, En. Ni komited terhadap inovasi teknikal. Beliau telah memimpin dalam mencipta telefon mudah alih Netcom penuh pertama China (Nubia Z5). Di samping itu, En. Ni telah mengetuai reka bentuk telefon pintar kurang bezel yang pertama dalam industri (Nubia Z9) dan produk skrin penuh kurang bezel pertama dalam industri (Z17S). Pada tahun 2018, beliau memulakan pasaran khusus bagi telefon mudah alih permainan, melancarkan Redmagic.

Dengan mengambil perniagaan terminal sebagai bahagian penting dalam keupayaan hujung-ke-hujung syarikat, ZTE akan terus menggabungkan kelebihan teknologi dan mengukuhkan lagi pelaburannya dalam 5G, IoT, cip set dan bidang berkaitan yang lain.

ZTE komited untuk membangunkan satu siri portfolio peranti terminal 5G terpelbagai bagi memenuhi pelbagai keperluan pengendali, pengguna perusahaan dan pengguna dalam berbilang senario perkhidmatan. Dengan menggunakan portfolio peranti terminal 5G yang lengkap, ZTE berdedikasi untuk memperkasa pelbagai jenis industri dan mendemonstrasikan keupayaan utamanya dalam penyelesaian hujung-ke-hujung 5G.

Berorientasi ke arah pasaran pengguna, ZTE akan mematuhi strategi kualiti dan menerokai keperluan pasaran yang dibawa oleh teknologi dan pengalaman baharu, agar dapat mencapai kejayaan cemerlang, dengan tumpuan pada pasaran terbuka domestik telefon mudah alih.

Dari segi industri dan kerajaan & pasaran perusahaan, platform awan ZTE merupakan asasnya. Dengan memberi tumpuan pada bidang dipacu teknologi seperti CPE, terminal lekap-kenderaan dan modul, ZTE akan mencipta penyelesaian bersepadu untuk IoT Perindustrian (I-IoT), IoT Pengguna (C-IoT), dan IoT Kenderaan (V-IoT).    

Menuju ke hadapan, Ni Fei akan mengetuai pasukan untuk merebut peluang jangka sederhana dan jangka panjang 5G dan IoT, bagi menangani perubahan dan cabaran dalam pasaran terminal global.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju untuk pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Syarikat ini komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung bersepadu bagi menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 negara.

Hubungan Media: 

Margaret Ma 
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200616/2832292-1?lang=0

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Personnel announcements