omniture

RevImmune Umum Percubaan Fasa II Faktor Pertumbuhan Sel-T CYT107 untuk COVID-19

RevImmune Inc
2020-06-29 23:34 185

Sedang Berjalan di Eropah Sejak Mei, Dalam Persediaan di A.S.  

Didesignasi Sebagai Keutamaan Kebangsaan Kesihatan Awam Segera Di U.K.

BETHESDA, Maryland, 29 Jun 2020 /PRNewswire/ -- RevImmune, sebuah syarikat bioteknologi milik persendirian yang membangunkan terapi imun CYT107 untuk penyakit berjangkit dan kanser, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan percubaan Fasa II "ILIAD" untuk rawatan COVID-19.

Banyak percubaan klinikal COVID-19 telah memberi tumpuan pada penurunan fasa hiper-keradangan yang sering berlaku dalam kalangan pesakit COVID-19 dan boleh menyebabkan mudarat yang besar. Walau bagaimanapun, semakin dapat dikenal pasti bahawa fasa hiper-keradangan umumnya bersifat sementara dan sering diikuti dengan peringkat kehilangan fungsi imun dan kehilangan sel T. Terapi dengan CYT107 dihasilkan untuk meningkatkan bilangan sel T imun dengan ketara dan memulihkan kehilangan fungsi imun.

CYT107 ialah satu bentuk terapi faktor pertumbuhan induk untuk sel T manusia: Interleukin-7 (IL-7). CYT107 telah diberikan kepada lebih 440 pesakit dalam percubaan klinikal dan diketahui dapat meningkatkan dengan ketara bilangan dan kepelbagaian sel T, termasuk dalam pesakit di ICU dengan tahap sel T yang rendah dan habis sama sekali akibat daripada jangkitan yang sangat teruk. CYT107 mempunyai profil keselamatan yang sangat baik, walaupun dalam pesakit yang sangat sakit.

Percubaan Fasa II "ILIAD" CYT107 untuk COVID-19 telah dipilih oleh U.K. National Health System untuk didesignasi sebagai "keutamaan kebangsaan kesihatan awam segera". Percubaan ini dimulakan di U.K. pada pertengahan Mei dan merekrut pesakit di 10 lokasi seluruh U.K. Percubaan ini dimulakan di Perancis dan Belgium pada awal bulan Jun. Persediaan untuk percubaan ini sedang dijalankan di A.S.

Selain daripada percubaan klinikal dalam COVID-19, RevImmune juga telah merawat 12 pesakit COVID-19 atas dasar penggunaan berbelas kasihan. Data daripada kes penggunaan berbelas kasihan menyokong reka bentuk percubaan ILIAD dan dalam proses penerbitan berwasit.

Kesan CYT107/IL-7 dalam memulihkan tahap imun adalah cepat dan bertahan lama. Rawatan ini melibatkan hanya dua pemberian setiap minggu selama 2-4 minggu. Dalam percubaan klinikal setakat ini, kesan-kesan telah dapat dilihat dalam beberapa hari pemberian awal CYT107 dan telah dilihat berterusan hingga setahun selepas pemberian selama 2-4 minggu. Kesan berkekalan CYT107 untuk mengekalkan peningkatan sel imun dari masa ke masa ini penting bagi mencegah jangkitan peringkat lewat yang sering menjadi punca relaps pesakit dan kemasukan semula ke hospital.

CYT107/IL-7 juga sedia digabungkan dengan rawatan lain. Umpamanya, CYT107/IL-7 boleh digabungkan dengan rawatan seperti Remdesivir, rawatan antivirus yang lain dan/atau rawatan antiradang. Justeru itu, CYT107 menawarkan cara baharu untuk meningkatkan hasil dalam COVID-19 dan penyakit berjangkit yang lain dengan menguatkan sistem imun pesakit itu sendiri dengan selamat.

RevImmune berkolaborasi dengan sepasukan pakar yang terkemuka dalam penjagaan kritikal dan imunologi, termasuk: Dr. Manu Shankar-Hari, Penyelidik Utama yang memimpin kohort percubaan U.K., Dr. Bruno Francois, Penyelidik Utama yang memimpin kohort percubaan di Perancis dan Belgium, serta Drs. Richard Hotchkiss dan Ken Remy di Washington University di St. Louis, Drs. Lyle Moldawer dan Scott Brakenridge di University of Florida Gainesville serta Dr. Martin A. "Mac" Cheever, Pengarah Cancer Immunotherapy Trials Network (CITN) di Fred Hutchinson Cancer Research Center.   

Dr. Remy mengulas:  "Data sejak beberapa bulan yang lalu dari China, Itali dan AS telah menunjukkan bahawa pesakit dengan jangkitan COVID-19 mengalami kehilangan limfosit yang berterusan dan teruk dengan penindasan keimunan yang serius. Pesakit yang menghidap COVID-19 mengalami kehilangan limfosit yang paling teruk dan mempunyai 50% insiden mengalami jangkitan sekunder yang didapati semasa di hospital."

Dr. Hotchkiss menjelaskan bahawa "IL-7 mempunyai aktiviti antivirus yang didokumentasikan dengan baik dalam kalangan pesakit imun tertindas dengan HIV, hepatitis C dan virus JC. Di samping itu, dalam percubaan Fasa II berbilang pusat yang kami jalankan dengan RevImmune, CYT107 juga telah membalikkan limfopenia (kadar sel T yang rendah) dan meningkatkan keimunan dalam kalangan pesakit yang mengalami sepsis yang mengancam nyawa. Kami percaya bahawa IL-7/CYT107 mewakili pendekatan baharu yang penting untuk merawat pesakit imun tertindas dengan pelbagai penyakit berjangkit."

Latar Belakang RevImmune

RevImmune ialah sebuah syarikat bioteknologi milik persendirian yang berpangkalan di Perancis, A.S. dan U.K. RevImmune sedang berada dalam beberapa percubaan Fasa II dengan CYT107 untuk rawatan sepsis, penyakit berjangkit tertentu dan kanser tertentu. Lebih 440 pesakit telah dirawat dengan CYT107 dalam percubaan terdahulu RevImmune untuk beberapa penyakit virus dan sepsis berbeza. CYT107 menunjukkan profil keselamatan yang sangat baik dan keputusan yang menggalakkan dalam percubaan ini.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1196997/RevImmune_Logo.jpg?p=medium600

Source: RevImmune Inc
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries