omniture

Dari Persidangan Antarabangsa Alzheimer's Association 2020: Kesan COVID-19 Dan Pandemik Global Pada Penyelidikan, Penjagaan Jangka Panjang Dan Otak Pesakit Alzheimer

Alzheimer's Disease and Related Disorders Association- Greater Illinois Chapter
2020-07-30 22:30 662

CHICAGO, 30 Julai 2020 /PRNewswire/ -- COVID-19 dan pandemik global telah menyebabkan gangguan yang ketara terhadap semua aspek kehidupan termasuk penyelidikan klinikal Alzheimer di seluruh dunia. Kesan COVID, kuarantin, dan ketakutan serta pengasingan yang terhasil telah menimbulkan masalah, tetapi juga mendorong penghasilan inovasi yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Namun, keperluan segera untuk menghasilkan kemajuan saintifik dalam penyakit Alzheimer dan demensia lain adalah sangat tinggi sehingga kita perlu melihat bagaimana kita dapat memulakan, meneruskan dan bahkan mempercepatkan penyelidikan klinikal dengan selamat. Persekitaran kita juga membolehkan kita menghasilkan kaedah yang kreatif dan inovatif bagi memajukan beberapa kajian dengan selamat.

Menurut Alzheimer's Association, A.S., kemudahan rawatan jangka panjang, kakitangan dan penduduknya mengalami krisis kerana kurangnya ketelusan, dan ketidakmampuan untuk mengakses ujian yang diperlukan, data dan maklumat yang tepat. Menurut beberapa anggaran, lebih daripada 59,000 penduduk dan pekerja telah terkorban akibat coronavirus di rumah jagaan dan komuniti penjagaan jangka panjang yang lain. Alzheimer's Association menganjurkan perubahan penting dan mudah dicapai, melalui cadangan dasar, untuk membantu keluarga dan juga penyedia penjagaan profesional. 

Perbincangan yang mantap semasa Persidangan Antarabangsa Alzheimer's Association International Conference® (AAIC®) 2020 dalam kalangan pakar dari Alzheimer's Association, University of Kentucky College of Medicine, Rush University Medical Center dan University of Texas Health San Antonio yang membincangkan pengalaman dari sudut pandang profesional mengenai topik-topik yang sentiasa berkembang dan memberi provokasi ini:

  • Kesan pandemik ini kepada ujian penyelidikan Alzheimer.
  • Apa yang kita tahu mengenai kesan coronavirus terhadap otak dan kognisi.
  • Kesan buruk terhadap penderita demensia dari segi penggunaan kemudahan penjagaan di tempat kediaman mereka, dan cadangan dasar penjagaan jangka panjang Alzheimer's Association.
  • Ketaksamaan kesihatan pandemik ini sangat ketara, yang juga sangat memberi kesan terhadap penghidap demensia dan keluarga mereka.

Terdapat pengumuman daripada Alzheimer's Association mengenai kajian penyelidikan baharu bagi mengesan dan memahami kesan jangka panjang pendedahan novel coronavirus pada otak di peringkat global.

 "Alzheimer's Association dengan bangganya mengumumkan pelancaran kajian penyelidikan antarabangsa baharu untuk mengesan dan memahami di peringkat global kesan jangka panjang pendedahan novel coronavirus pada otak, termasuk kognisi, tingkah laku dan fungsi," kata ketua pegawai sains Alzheimer's Association, Maria C. Carrillo, Ph.D. "Para saintis dari lebih 30 negara bersungguh-sungguh ingin menyertai penyelidikan ini, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberikan bantuan teknikal untuk kami memajukan kolaborasi yang penting ini. Untuk membina asas yang kukuh bagi penyelidikan ini, kami akan menyesuaikan keadaan dengan kajian sedia ada – seperti Kajian Jantung Framingham (Framingham Heart Study) – dan pakar perubatan dari seluruh dunia mengenai bagaimana data diukur dan dikumpulkan. Untuk lebih memahami kesan virus ini pada otak, kami akan mempertimbangkan kolaborasi kajian silang."

 

Petikan tambahan daripada ketua pegawai sains Alzheimer's Association, Maria C. Carrillo, Ph.D.

 "Kemungkinan besar, demensia tidak meningkatkan risiko COVID-19, sama seperti demensia tidak meningkatkan risiko selsema. Walau bagaimanapun, tingkah laku yang berkaitan dengan demensia, kesukaran mengikuti protokol keselamatan, peningkatan usia dan masalah kesihatan biasa yang sering dialami oleh penghidap demensia mungkin boleh meningkatkan risiko."

 "Terdapat pelbagai faktor tingkah laku, sosial, biologi dan persekitaran yang mempengaruhi status kesihatan. Penentu berikut meningkatkan kesan krisis COVID-19:

  • Kekurangan akses untuk mendapatkan tempat tinggal, pengangkutan, dan sumber daya kesihatan yang stabil mungkin menyulitkan mereka mengikuti langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi mencegah terjadinya COVID-19 atau mendapatkan rawatan jika mereka jatuh sakit.
  • Jenis pekerjaan, serta dasar persekitaran pekerjaan, boleh mempengaruhi risiko COVID-19. Pekerja tanpa cuti berbayar kemungkinan besar akan terus bekerja ketika mereka sakit. Ini boleh meningkatkan pendedahan kepada COVID-19 atau mendedahkan orang lain kepada virus tersebut.
  • Kekurangan akses terhadap insurans, dan rawatan kesihatan yang mampu milik."

"Pandemik COVID-19 terus menimbulkan cabaran tambahan kepada penghidap demensia Alzheimer dan semua jenis demensia, keluarga dan penjaga mereka. Persekitaran penjagaan jangka panjang sangat terkesan. Menurut beberapa anggaran, lebih daripada 59,000 penduduk dan pekerja telah terkorban akibat coronavirus di rumah jagaan dan pusat penjagaan komuniti jangka panjang yang lain. Alzheimer's Association menggesa pembuat dasar negeri dan persekutuan untuk melaksanakan dasar penyelesaian baharu yang akan menangani isu-isu segera dan jangka panjang yang mempengaruhi kemudahan penjagaan semasa wabak COVID-19 ini."

Kesan COVID-19 dan Pandemik Global terhadap Penyelidikan, Penjagaan Jangka Panjang dan Otak Pesakit Alzheimer: Perbincangan panel di AAIC 2020 untuk para wartawan mengenai COVID-19, pandemik global, dan kesannya terhadap demensia Alzheimer dan demensia lain. Acara itu menampilkan:

  • Maria C. Carrillo, Ph.D., Ketua Pegawai Sains, Alzheimer's Association.
  • Gregory A. Jicha, M.D., Ph.D., University of Kentucky College of Medicine. Pengarah, Unit Ujian Klinikal Pusat Penyakit Alzheimer; Pengarah Bersekutu & Pengarah Teras Klinikal, Pusat Penyakit Alzheimer UK.
  • Neelum T. Aggarwal, M.D., Pakar Neurologi Kanan, Rush Alzheimer's Disease Center Clinical Core; Pengarah Penyelidikan, Rush Heart Center for Women di Rush University Medical Center.
  • Beth Kallmyer, M.S.W., Naib Presiden, Penjagaan dan Sokongan, Alzheimer's Association.
  • Gabriel A. de Erausquin, M.D., Ph.D., M.Sc., Long School of Medicine, UT Health San Antonio. Zachry Foundation Distinguished Professor of Neurology, The Glenn Biggs Institute of Alzheimer's & Neurodegenerative Disorders.

Pautan ke Sumber yang berkaitan dengan COVID-19 daripada Alzheimer's Association

Alzheimer's Association International Conference (AAIC) ialah perhimpunan terbesar di dunia bagi para penyelidik dari seluruh dunia yang memfokuskan penyakit Alzheimer dan demensia yang lain. Sebagai sebahagian daripada program penyelidikan Alzheimer's Association, AAIC berfungsi sebagai pemangkin untuk menghasilkan pengetahuan baharu mengenai demensia dan memupuk komuniti penyelidikan yang penting dan kolegial.

Laman utama AAIC 2020: www.alz.org/aaic/
Bilik berita AAIC 2020: www.alz.org/aaic/pressroom.asp
AAIC 2020 hashtag: #AAIC20

Alzheimer's Association ini menerajui cara untuk mengakhiri penyakit Alzheimer dan semua penyakit demensia yang lain – dengan mempercepatkan penyelidikan global, mendorong pengurangan risiko dan pengesanan awal, dan memaksimumkan penjagaan dan sokongan yang berkualiti. Visi kami ialah dunia tanpa Alzheimer dan semua penyakit demensia yang lain. Layari www.alz.org atau hubungi Talian Bantuan 24/7 di 800.272.3900.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1219566/AAIC_2020_Logo.jpg?p=medium600

Source: Alzheimer's Disease and Related Disorders Association- Greater Illinois Chapter
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Mental Health Trade show news